CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1921|Reply: 7

Trivia - Lagenda Sukan Malaysia

[Copy link]
Post time 9-9-2021 08:40 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Syd at 9-9-2021 02:06 PM

Raduan Emeari nafi hidup melarat selepas bersara

Astro Arena
September 9, 2021 04:55 MYT



Kehidupan saya OK, tiada masalah. Saya bekerja di sebuah pam minyak di Kuala Selangor, kata Raduan kepada Nadi Arena. - Foto Astro ARENA

BEKAS jaguh olahraga para negara, Raduan Emeari, menafikan hidupnya melarat selepas kisahnya bekerja di pam minyak tular di laman-laman sosial.

Raduan cukup hebat dalam acara olahraga T36 sewaktu zaman kegemilangannya.

Dia pernah meraih lima pingat emas dalam Sukan Para ASEAN di Nakhon Ratchasima, Thailand pada 2008

Selepas empat tahun bersara, dia pulang ke kampung halamannya di Kuala Selangor untuk bekerja selain dilantik sebagai penolong jurulatih skuad olahraga para Selangor dan mendapat bantuan kerajaan.

BACA: MSN pernah tawar kerja kepada bekas atlet para Mohd Raduan, tetapi ditolak

Baginya, pendapatan itu sudah cukup untuk menampung isteri dan anak lelakinya.

"Kehidupan saya OK, tiada masalah. Saya bekerja di sebuah pam minyak di Kuala Selangor," katanya kepada Nadi Arena.

"Selain itu, saya mendapat bantuan kerajaan daripada JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat).

"Saya juga merupakan seorang jurulatih dalam skuad paralimpik Selangor.

"Sekarang ini, saya mempunyai tiga sumber pendapatan. Hidup saya baik-baik sahaja. Saya dapat menyara keluarga saya. Saya amat bersyukur," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-9-2021 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Cc

@leqa140388
@AnnaSendin
@laradelara
@xastor9
@Cikrana
@akuchenta
@kakigojes
@shoyuna
@budi_jentayu

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2021 02:15 PM | Show all posts
Lagenda sukan: Cintakan Malaysia diutamakan, ganjaran jangan didahulukan
Ahad, 30 Ogos 2009 12:00 AM
Oleh: ZULHILMI SUPAAT

KUALA LUMPUR: Pada era 50-an hingga 80-an, bintang sukan negara mencipta kejayaan tanpa mengharap sebarang ganjaran, sekadar berbekalkan semangat untuk mengharumkan nama Malaysia sebagai pendorong.

Ketika itu, tiada insentif tunai RM1 juta serta pencen bulanan jika meraih emas dari Sukan Olimpik atau ganjaran tunai daripada Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) bagi kejohanan tertentu di peringkat dunia, sebagaimana yang dinikmati oleh atlet masa kini.

Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) belum wujud ketika itu, dan program latihan dilakukan atlet atas inisiatif masingmasing dan seringkali memaksa mereka menggunakan wang poket sendiri.

Beberapa lagenda sukan tanah air ketika ditemubual mengakui atlet yang sejati lebih memikirkan sumbangan kepada negara dan tidak menjadikan ganjaran sebagai matlamat utama.

Lagenda bola sepak negara, Datuk Abdul Ghani Minhat berkata atlet di zamannya mempunyai semangat kebangsaan yang kental, sanggup berjuang hingga keringat terakhir semata-mata bagi memastikan nama Malaysia sebaris dengan negara lain yang unggul di bidang sukan.

Beliau yang lebih dikenali sebagai 'Raja Bola' pada zaman kegemilangannya pada tahun 50-60an berkata selain tiada tajaan jersi dan kasut bola serta sebarang elaun, mereka juga tidak mengharapkan balasan sekiranya mengungguli sebarang kejohanan.

"Yang wujud, cuma perasaan bangga dan mahu melihat bendera Malaysia (kini Jalur Gemilang) dinaikkan di stadium, lebihlebih lagi di stadium luar negara," katanya.

Mengenai ganjaran atau imbuhan, Abdul Ghani berkata insentif tersebut akan datang seiring dengan kejayaan.

"Contohnya, saya hanya mendapat gelaran Datuk yang dianugerahkan oleh kerajaan Pahang pada tahun 2000 sedangkan saya pemain bola era 50-an. Sebab itu saya katakan, bila seseorang atlet cemerlang, ganjaran pasti ada," katanya.

Bagi juara bina badan Mr Asia sebanyak enam kali di antara tahun 19851991, Abdul Malek Noor, pengalaman menuntut dan menetap hampir 10 tahun di Amerika Syarikat dan Hong Kong menjadi pembakar semangatnya untuk menonjolkan nama Malaysia.

Di luar negara, katanya, rakyat asing berlumba-lumba untuk menonjolkan nama negara masing-masing walaupun mereka berhijrah ke negara lain.

Mengakui dirinya terasa kerdil bila berbual dengan rakan yang sering berbangga dengan pencapaian negara mereka, Abdul Malek kemudian mula menceburi sukan bina badan, dengan hasrat mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.

Menurutnya, pada zaman kegemilangannya dalam sukan bina badan, tiada atlet Malaysia yang lain ketika itu menyinar di pentas dunia menyebabkan beliau menjadi ikon bagi rakyat Malaysia.

"Saya gunakan populariti itu untuk memberitahu dunia, saya berasal dari Malaysia," katanya.

Lagenda badminton negara, Datuk Choong Ewe Beng atau lebih dikenali sebagai Eddy Chong berkata karier ahli sukan yang semakin singkat akibat persaingan sengit memerlukan atlet berusaha memburu wang ganjaran. Tetapi jika wang menjadi motif utama maka semangat kebangsaan atau jati diri mereka tidak kukuh, katanya.

Eddy yang memenangi 400 kejuaraan di sepanjang kariernya termasuk empat kali menjuarai perseorangan lelaki Kejohanan All England berkata atlet perlu ditanam semangat cintakan Malaysia sejak di awal pembabitan di bidang tersebut.

Selain itu, atlet juga harus ditanam semangat cintakan sukan itu sendiri dan menganggap matlamat utama bergelar atlet untuk meraih kejayaan, sekaligus mengharumkan nama Malaysia.

Pada zamannya, antara tahun 1940 dan 1950an, katanya, atlet berusaha menonjolkan diri masingmasing untuk dihormati oleh rakan sebaya dan peluang mewakili negara merupakan satu pencapaian tertinggi kepada mereka.

"Dan bila menang di pentas antarabangsa ketika mewakili Malaysia, saya berasa seperti di awan biru," katanya.

Masyarakat kini telah banyak berubah menjadi lebih bersikap materialistik. Atlet juga tidak terkecuali kerana mereka juga sebahagian daripada masyarakat.

"Tidak adil membandingkan semangat kebangsaan atlet dahulu dan zaman sekarang. Keduadua zaman berubah. Hakikatnya, atlet adalah sebahagian daripada masyarakat yang berubah," kata Datuk Dr M.Jegathesan, yang pernah bergelar "orang terpantas di Asia atau Flying Doctor" kerana kepantasannya dalam acara trek pada tahun 60-an.

Dr Jegathesan yang kini timbalan presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) berpendapat secara keseluruhannya, atlet negara masih mempunyai semangat kebangsaan yang tinggi walaupun dilimpahi pelbagai kemewahan.

Sementara pengkritik sukan terkenal tanah air, Tan Sri Dr Khoo Kay Kim pula bimbang dengan jati diri atlet Malaysia yang pada pendapatnya semakin terhakis.

Menurutnya, suatu ketika dahulu, hanya pemenang pingat emas dalam sesuatu kejuaraan mendapat ganjaran menyebabkan atlet berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai tempat pertama.

"Tetapi kini, pemenang pingat gangsa juga mendapat ganjaran. Ini sedikit sebanyak melemahkan semangat juang atlet kerana mereka tahu, jika mendapat gangsa sekalipun, pasti ada ganjaran," katanya.

Sikap materialistik, katanya, akan mengikis semangat jati diri di kalangan atlet dan beliau secara peribadi berpendapat semangat tersebut semakin sukar dicari di kalangan atlet masa kini. BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh heols pernah bertanding dengan Rizuan Puzi masa Para ASEAN dekat Singapore. Alhamdulillah heols masih ok2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2021 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kepantasan Rabuan Pit, Zaiton Othman sukar ditandingi

Haika Khazi
[email protected]
June 11, 2017 @ 12:10am

KUALA LUMPUR: Kesempitan dialami ketika alam remaja menjadi pembakar semangat kepada Rabuan Pit, untuk berlatih bersungguh-sungguh sehingga muncul sebagai pelari terpantas Asia dan layak beraksi pada temasya Sukan Olimpik Moscow 1980.

Bagi anak bongsu daripada lapan beradik itu, pembabitannya dalam sukan olahraga bukan satu kebetulan, namun ia satu cara terbaik baginya memperbaiki taraf sosio-ekonomi keluarganya.

Walaupun pencapaian akademik Rabuan kurang cemerlang, beliau bijak memanfaatkan kelebihannya yang sering membantu bapanya melakukan kerja-kerja berat seperti di kebun getah, menggali longkang dan memetik kelapa bagi membina kekuatan fizikal dan mental.

Sebelum terbabit secara serius dengan olahraga, Rabuan adalah seorang atlet serba boleh dan menyertai pelbagai acara termasuk badminton, sepak takraw, bola sepak, lompat jauh dan lompat kijang pada awal pembabitan di Sekolah Kebangsaan Merlimau, Melaka.

Selepas memasuki era sekolah menengah, Rabuan bernasib baik kerana diberikan dorongan sewajarnya oleh gurunya, Tan Sri Aziz Tapa bagi membolehkan beliau memberikan fokus kepada sukan olahraga atau lebih tepat lagi acara pecut terutama 100meter (m), 200m, 400m, 4X100m dan 400m.

Catat 10.68 saat di New Delhi

Bermula dari situ, anak kepada Allahyarham Pit Alip dan Allahyarhamah Simbok Khatan tidak lagi menoleh ke belakang tetapi terus mengembangkan bakat dan kebolehannya selepas berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai konstabel pelatih, pada 1976.

Rabuan memanfaatkan sepenuhnya waktu terluang dan rehat di hujung minggu ketika mengikuti latihan di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak, Kuala Lumpur untuk berlatih sendirian di Tasik Titiwangsa dan Taman Tasik Perdana untuk memantapkan corak dan teknik larian, selain kekuatan fizikal serta mentalnya.

Berkat usaha dan kesungguhannya, Rabuan muncul sebagai juara peringkat kebangsaan dan pertama kali dipilih mewakili Malaysia ke Sukan Asia 1978, namun tewas pada perlumbaan akhir.

Rabuan kemudian bangkit menebus kegagalannya dengan menang pingat emas dalam acara 200m dan 400m di Sukan SEA Jakarta pada 1979, diikuti dengan emas di Piala Suharto 1980.

Beliau terus mempamerkan aksi cemerlang apabila meraih emas acara 400m di Kejohanan Olahraga Terbuka Brunei 1980, gangsa acara 200m di Sukan SEA Manila 1981, dan mara ke final Kejohanan Trek dan Padang Asia di Jepun serta merangkul perak 100m di Terbuka Australia 1981.

Kejayaan demi kejayaan dicapainya membolehkan Rabuan dinobatkan sebagai Raja Pecut Asia sempena Sukan Asia 1982 di New Delhi, India, dengan catatan masa 10.68 saat selain penerima Anugerah Olahragawan Kebangsaan 1980 dan 1982.

Sementara itu, biarpun lebih 30 tahun berlalu, kehebatan Datuk Zaiton Othman, 58, selaku ratu olahraga terutama dalam acara Heptathlon dan 400m memang sukar ditandingi hingga hari ini.

Bagaimanapun, setiap kejayaan itu tidak datang bergolek dan memerlukan usaha bersungguh-sungguh, komitmen dan banyak pengorbanan bukan hanya dari segi wang ringgit, malah tenaga dan masa.

Rahsia utama Zaiton mampu muncul sebagai atlet heptathlon dan 400m adalah pelbagai cabaran dan kesusahan dialaminya ketika di zaman kanak-kanak termasuk membantu bapanya Othman Che' Meh menoreh dan mengutip hasil di kebun getah.

Beliau juga gemar melakukan pelbagai aktiviti lasak yang biasanya dilakukan kanak-kanak lelaki seperti memanjat pokok, melastik burung di hutan dan bermain kejar-kejar ketika kecil.

Semua aktiviti lasak dan kesusahannya itu membantu Zaiton, lulus Ujian Daya Tenaga Asas dan mewakili Sekolah Kebangsaan Paya Keladi, Kepala Batas, Pulau Pinang, dalam acara 4x100m, ketika berusia 10 tahun.

Selepas kejayaan demi kejayaan dicapai, Zaiton kemudian bertanding untuk mewakili Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang (MSSPP) ke Kejohanan Sukan, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM), namun tidak berjaya kerana masalah teknikal dan masalah kewangan.

Tak patah semangat

Kegagalan itu tidak mematahkan semangat anak kelapan daripada sembilan beradik itu, malah ia membakar semangatnya supaya melipat ganda usaha dan latihan sehingga mencapai pelbagai kejayaan selepas pertama kali mewakili Malaysia dalam acara 400m di Terbuka Singapura, ketika berusia 15 tahun.

Antara kejayaan terbesar dicapai Zaiton sepanjang pembabitannya dalam sukan olahraga termasuk menang tiga emas (heptathlon dengan catatan 5,338 mata; 4x400m dan 4x100m); satu perak dan satu gangsa di Sukan SEA di Manila, Filipina, pada 1981.

Malah, lebih membanggakan sehingga kini Zaiton masih memegang rekod kebangsaan bagi acara Heptathlon selepas berjaya melakukannya di Sukan SEA Manila, Filipina pada 1981.

Kecemerlangan Zaiton dalam sukan olahraga membolehkannya dipilih sebagai penerima Anugera Olahragarawati Pulau Pinang pada tahun 1981 dan Olahragawati Kebangsaan pada tahun 1982.

Di sebalik kejayaan itu terselit kepahitan apabila Zaiton mengalami kecederaan tulang belakang ketika menjalani latihan di Jerman pada 1982.

Biarpun terpaksa menahan kesakitan, Zaiton tetap meneruskan perjuangannya dengan mewakili negara dalam acara heptatlon dan lumba lari 4x400 meter di Sukan Asia di New Delhi, India, pada 1982.

Kejayaan demi kejayaan dicapai Zaiton dalam sukan olahraga membolehkan beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Sukan Malaysia bermula dari 2015 hingga sekarang.

Profil:

Nama: Rabuan Pit

Tarikh lahir: 26 April 1956

Asal: Kampung Air Tawar, Merlimau, Melaka

Sukan: Olahraga

Acara: 100m, 200m, 400m dan 4Xm100, 4mX400m

Adik Beradik: Anak kelapan daripada lapan beradik

Pencapaian:

* Sukan Asia 1978, 200m (final)

* Sukan Sea Jakarta 1979 Jakarta 200m dan 400m (emas)

* Piala Suharto 1980, 200m dan 400m (emas)

* Terbuka Brunei 1980, 400m (emas)

* Sukan Sea Manila 1981, 200m (gangsa)

* Kejohanan Trek dan Padang Asia 1981 Jepun (final)

* Terbuka Australia 1981, 100m (perak)

* Sukan Asia 1982, New Delhi 100m (emas), 200m (perak)

* Terbuka Bombay 1982, 200m (emas)

* Kejohanan Trek dan Padang Asia, Kuwait 1983, 100m (final)

* Kejohanan Seoul 1984, 100m (final)

* Kejohanan Dunia 1984 Finland, 100m (pusingan kedua)

* Sukan Sea 1985, 100m (perak), 4X100 (perak) dan 4X400m (perak)

* Sukan Asia Korea 1986, 100m (final) - Sukan Sea Kuala Lumpur 100m (cedera)

* World Police Games 1997, Kanada 100m (ke-4)

Profil:

Nama: Datuk Zaiton Othman

Tarikh lahir: 3 Mei 1959

Asal: Kepala Batas, Pulau Pinang

Jenis sukan: Olahraga

Acara: heptathlon, 4x400m dan 4x100m

Jawatan sekarang: Pesuruhjaya Sukan (berkuat kuasa 1 Februari 2015)

Pencapaian:

*1975 - ke-4 Sukan SEA

* 1978 - pingat emas 4x400m wanita Sukan Asia di Bangkok

* 1979 - pingat emas 4x400m Sukan SEA di Jakarta

* 1981 - tiga emas satu perak di Sukan SEA di Manila. (Emas heptathlon (5,338 mata), 4x400m, 4x100m gold, perak acara lompat tinggi dan gangsa lompat jauh)

* 1981 - Ditabal 'Ratu Heptathlon' Sukan SEA

* 1982 - Tempat ke-4 Heptathlon di Sukan Asia, New Delhi

* 1983 - pingat emas Sukan SEA (heptathlon (5,326 mata)

* 1983 - Ditabal 'Ratu Heptathlon' Sukan SEA

* 1984 - pingat emas Piala ASEAN di Manila, Filipina

* 1989 - pingat emas heptathlon buat kali ketiga di Sukan SEA di Kuala Lumpur (umum persaraan sebagai atlet olahraga)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2021 10:57 PM | Show all posts

OLAHRAGA
G Shanti tunggu pengganti

Haika Khazi
Julai 30, 2017 @ 12:05am
[email protected]

KUALA LUMPUR: Biarpun sudah lebih 23 tahun berlalu, kehebatan G Shanti selaku jaguh olahraga dan ratu pecut Malaysia terutama dalam acara 100 meter (m) dan 200m masih tiada tandingan hingga hari ini.

Malah, Shanti masih memegang rekod wanita terpantas di Malaysia selepas beliau berjaya mencatatkan masa 11.50 saat (s) dalam acara olahraga 100 meter (m) di Kuala Lumpur, pada 7 Mei 1993.


Antara kunci utama kejayaan Shanti sehingga jasanya masih dikenang ialah disiplin tinggi dan kesanggupannya menghadapi pelbagai kesusahan semata-mata untuk pergi berlatih, termasuk menaiki bas mini tidak berhawa dingin dan tinggal di asrama 'ala sauna' kerana tiada kipas angin.

Namun, berkat tunjuk ajar jurulatih Harun Rashid dan demi mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa, ia bukanlah satu halangan dan masalah besar untuk Shanti terus memperbaiki pencapaiannya sehingga bergelar antara wanita terpantas di Asia Tenggara.


Rekod kebangsaan acara 100 meter wanita (11.50 saat) yang dicatatnya, kekal sehingga kini meskipun hampir dileburkan Zaidatul Husniah dengan catatan 11.45 saat, di Afrika Selatan awal tahun ini.

Catatan Zaidatul itu tidak dapat diiktiraf, namun Shanti bangga melihat bayangan penggantinya bakal berdiri megah dengan rekod yang lebih baik.

Seteru Lydia de Vega

Beliau juga berkongsi pentas sama dengan ratu pecut Asia Tenggara dan pemegang rekod 100m Sukan SEA (11.28s), Lydia de Vega dari Filipina.

Sebagai atlet pecut, Shanti tidak boleh lari daripada mengalami kekecewaan terutama apabila beliau tewas kepada Lydia di pentas final acara 100m dan 200m di Sukan SEA Singapura 1993 selepas berjaya mencipta rekod baharu kebangsaan, seminggu sebelum temasya dwitahun berkenaan berlangsung.

Kehampaan itu berterusan apabila Shanti ditimpa kecederaan hamstring seminggu sebelum berangkat ke Jepun untuk menyertai Sukan Asia pada 1994.

Beliau kemudian mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga bersama seorang pegawai bank dikenali sebagai R Kannan dan dikurniakan seorang anak perempuan.

Ibarat rezeki anak sulungnya selepas berpantang Shanti berjaya dipujuk oleh suaminya untuk kembali berlatih dan pulang ke pangkuan skuad olahraga kebangsaan seterusnya menang pingat emas acara 100m dan 200m di Sukan SEA Jakarta 1997.


Profil:

Nama: G Shanti

Tarikh lahir: 19 September 1967 (50 tahun)

Acara: 100m, 200m, 4x100m, 4x400m

Mula mewakili negara: 1989

Pencapaian terbaik:

* 1989: Pingat perak 4x100m Sukan Sea Kuala Lumpur

* 1990: Pingat gangsa 4x400m Sukan Asia Beijing, China

* 1991: Pingat emas acara 200m dan perak 100m Sukan Sea Manila

* 1993: Pingat gangsa 4x400m ATF, Manila

* 1993: Pingat emas 4x400m, perak (100m dan 200m) Sukan Sea Singapura

* 1997: Pingat emas 100m dan 200m Sukan Sea Jakarta. * Julai 1998: Pingat gangsa 100m dan cipta rekod kebangsaan 200m ATF Fukuoka, Jepun.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-9-2021 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Gangsa Di Sukan Asia 1974

Posted Sep 15, 2021  

Pada hari ini 15 September dalam tahun 1974, Isa Bakar menyumbat dua gol untuk memastikan kemenangan berpihak kepada Harimau Malaya dalam perlawanan penentuan pingat gangsa di temasya Sukan Asia Teheran 1974. Pasukan bola sepak negara berjaya mengalahkan Korea Utara 2-1.

Pasukan Malaysia yang baharu sahaja muncul juara Pestabola Merdeka melaporkan diri di Wisma FAM pada 11 Ogos dan dijadual berangkat ke Teheran pada 23 Ogos, tetapi mereka hanya berangkat empat hari kemudian kerana masalah teknikal pesawat.

“Syarikat penerbangan menempatkan kami di sebuah hotel terkemuka di ibu kota. Skuad negara seolah-olah berdepan kejutan budaya apabila dihidang juadah mewah. Di situ kami menikmati nasi, biskut, kek dan kuih-muih sehingga mencetuskan kemarahan jurulatih Jalil Che Din,” cerita pemain tengah Shukor Salleh yang dipetik dari buku Siri Legenda – Dato’ Shukor Salleh: Jeneral Padang. (Link ke buku di bawah)

Pada perlawanan pembukaan Malaysia tewas kepada Israel 3-8 dan kemudiannya seri 1-1 dengan Jepun. Pasukan kebangsaan berjaya ke pusingan kedua apabila berjaya membelasah Filipina 11-0.

Di pusingan kedua pula, pasukan negara tewas 0-1 kepada tuan rumah Iran, seri 0-0 dengan Iraq dan menundukkan Korea Selatan 3-1 untuk lolos ke perlawanan penentuan tempat ketiga.

Perlawanan dengan Korea Utara bermula dengan rentak yang perlahan di mana kedua-dua pasukan bermain seperti untuk seri. Tiada waktu untuk memanaskan badan sebelum perlawanan, ia mungkin memberi kesan kepada pemain. Perlawanan yang sepatutnya berlangsung pada jam 6 petang bermula pada pukul 6.10 kerana menunggu acara olahraga yang selesai 5 minit sebelumnya.

Seminit sebelum tamat separuh masa pertama, Shukor Salleh berjaya melepaskan diri di sebelah kiri padang dan berada di dalam kotak penalti dengan hanya berdepan dengan penjaga gol. Namun, baju Shukor ditarik oleh An Gil Wan dan menghalang beliau melepaskan sepakan. Sepakan penalti tidak diberikan oleh pengadil walaupun ramai hampir menyaksikan gol yang sudah pasti untuk Malaysia sebelum kekasan itu berlaku.

Insiden itu menyemarakkan semangat pemain-pemain Malaysia. Pada minit ketiga di separuh masa kedua, kombinasi dua pemain dari Pulau Pinang menghasilkan gol pertama perlawanan. Dari kawasan sendiri, Shukor Salleh membuat hantaran jauh mengatasi benteng pertahanan Korea Utara. Isa Bakar berjaya memecut meninggalkan dua pemain pertahahan Korea Utara sebelum merembat masuk bola ke dalam pintu gol.

Gol pendahuluan itu hanya bertahan 10 minit sebelum Kim Jong Min berjaya melepasi Hanafiah Ali dan mewaskan penjaga gol R. Arumugam dalam sudut yang sempit.

Walau bagaimanapun, Isa Bakar memberi kata terakhir dalam perlawanan. Isa dengan pantas mencuri bola dan menjaringkan gol setelah ia muntah daripada penjaga gol Le Chong Mun yang menampan sepakan kencang Mokhtar Dahari. Gol Isa yang dijaringkan sembilan minit sebelum tamat permainan memastikan kemenangan ke atas wakil Asia di Piala Dunia 1966. Pingat gangsa milik Malaysia sekali lagi, yang terakhir dimenangi di Sukan Asia Jakarta 1962.

Barisan pemain Malaysia dalam perlawanan menentang Korea Utara terdiri daripada:

R. Arumugam, Hanafiah Ali, Soh Chin Aun, P. Umaparam, M. Chandran, Shukor Salleh, Ali Bakar, Mohammad Bakar, (Wan Zawawi), Isa Bakar, Mokhtar Dahari dan Harun Jusoh.

Buku Dato’ Shukor Salleh – Jeneral Padang sekarang di pasaran: https://legasilagenda.com/product/dss-jeneral-padang/

#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia
#integriti
#pengorbanan
#kesabaran
#harimaumalaya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2021 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari ini 20 tahun yang lalu, Malaysia sah sebagai juara temasya Sukan SEA buat kali pertama.

Sejak ia pertama kali diadakan pada 1959 di Bangkok, Malaysia pernah menjadi tuan rumah temasya sukan dwitahunan itu sebanyak 4 kali - 1965, 1971, 1977 & 1989 sebelum 2001. Temasya 2001 adalah yang pertama dalam kurun ke-21 & milenia ketiga.

Sukan SEA ke-21 mula dipertandingkan pada 1 September, membuka tirainya secara rasmi pada 8 September oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj dalam upacara gilang-gemilang di Stadium Nasional Bukit Jalil yang baru dibina.

1,280 pingat (392 emas, 390 perak & 498 gangsa) dipertaruhkan dalam 391 acara merangkumi 32 jenis sukan untuk direbut oleh 4,165 atlet dari seluruh Asia Tenggara yang bertanding. 39 venue terlibat (19 di K.L., 10 Selangor, 4 Johor & 3 di N. Sembilan & P.Pinang).

Selepas lebih 2 minggu berlangsung, Sukan SEA XXI melabuhkan tirainya secara rasmi pada malam 17 September dengan upacara penutup bercitrakan warna Malaysia disaksikan oleh lebih 1,000 penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Malam itu, atlet equestrian negara, Mohd Qabil Ambak Mahamad Fathil dinobatkan sebagai Olahragawan Terbaik manakala pelari pecut Thailand, Supavadee Khawpeag diangkat sebagai Olahragawati Terbaik temasya tersebut.

Kutipan pingat keseluruhan terbanyak adalah milik Thailand iaitu 278 pingat, namun kutipan 103 pingat emasnya diatasi oleh tuan rumah dengan 111 emas walaupun jumlah keseluruhan pingat di bawah Thailand iaitu 271 pingat.

Dengan kiraan itu, Malaysia sah sebagai juara temasya tersebut, kali pertama selepas 5 kali menjadi hos & 42 tahun selepas ia diperkenalkan. Ia jelas pencapaian terbaik selepas acara pada 1989 yang hanya berjaya mengutip 67 pingat emas.

Selepas Perdana Menteri ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan ia ditutup, obor dipadamkan & bendera Sukan SEA diturunkan sebelum diserahkan kepada Vietnam, hos temasya seterusnya pada 2003.

Sumber: Arkib Negara Malaysia

#PeristiwaHariIni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.360733 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list