View: 1617|Reply: 8
|
Datang Nak Merogol, Bunuh Dan Campak Mayat Dua Beradik Dalam Perigi
[Copy link]
|
|
Jawa Timur: Dua beradik ditemukan maut dalam perigi selepas bertengkar dengan seorang lelaki yang datang ke rumah mereka di Wedoro, Sidoarjo.
Lapor CNN Indonesia, mangsa dikenali sebagai DV, 20 dan DC, 12, dan beberapa barang berharga turut hilang di rumah tersebut.
Ketua Polis Sidoarjo, Kusumo Wahyu Bintoro berkata, kejadian berlaku ketika suspek berusia 25 tahun datang ke rumah mangsa dengan motif untuk melakukan pemerkosaan.
Foto: CNN Indonesia
Katanya, suspek bertemu DC dan mereka berdua sempat bersembang sebelum DV tiba.
Jelasnya, kehadiran suspek membuatkan DV tidak senang sehingga mereka berkelahi.
“Ketika bertengkar, suspek tiba-tiba mencekik leher mangsa. Melihat abangnya dicekik, DC terus mengambil pisau di dapur untuk mengugut suspek supaya menghentikan tindakan kasar itu.
“Namun, suspek merampas pisau tersebut dan menikam mangsa sehingga maut. Malah, dia juga mencekik abang mangsa sehingga mati,” katanya.
Pelaku kemudian mencampak kedua-dua mangsa yang sudah tidak bernyawa ke perigi di belakang rumah supaya tidak dihidu orang lain.
Namun, selepas kejadian itu, dia berpatah semula ke rumah mangsa dan mengambil sejumlah barang berharga termasuk kereta milik ibu bapa mangsa, komputer riba dan telefon bimbit.
“Motifnya, kesal cinta bertepuk sebelah tangan dan mencuri barang mangsa. Pelaku melarikan diri selepas mengambil kereta ibu bapa mangsa yang diletakkan di bahagian garaj,” jelasnya. -CARI
Sumber: Utusan Online |
|
|
|
|
|
|
|
DC tu budak perempuan umur 12 tahun.. Jadi pembunuh haramjadah ni adalah PEDO.. Semoga kena liwat dlm penjara sehari 200 kali. |
|
|
|
|
|
|
|
baru kelmarin rasanya berita budak lelaki 10 tahun kena cabul ramai-ramai dalam van tu
ni budak perempuan 12 tahun pulak. dah serupa baca cerita dari India kesnya. pedo berleluasa
|
|
|
|
|
|
|
|
kejam
|
|
|
|
|
|
|
|
Adrif replied at 9-9-2021 01:27 PM
baru kelmarin rasanya berita budak lelaki 10 tahun kena cabul ramai-ramai dalam van tu
ni budak ...
Betul.. Semakin ramai pedo sekarang ni |
|
|
|
|
|
|
|
motif memang nak buat jenayah la ni..berang dgn abg 2 2 dibunuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
bdk tu bru 12 tahun kot jijik btul setan ni. semoga mati dlm penjara |
|
|
|
|
|
|
|
asal ramai sangat pedo bermaharajalela ni??
kalau iol ni memang kasi bunuh terus.
The lowest scum in the earth is people who abuse children. |
|
|
|
|
|
|
| |
|