CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1585|Reply: 17

[SEJARAH] Edisi tambah tacang: Kenali Perdana Menteri Malaysia (1) - exposed

  [Copy link]
Post time 10-9-2021 12:05 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Tinot7 at 12-9-2021 12:04 AM

Kuiz ditutup. Tiada tacang akan diberikan selepas ini.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2021 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by peacock.bass at 10-9-2021 12:28 AM

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah
(8 Feb 1903 - 6 Dis 1990),beliau jugak dikenali sebagai bapa kemerdekaan negara
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2021 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by CikYaYaYa at 10-9-2021 01:16 AM

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah
-Dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan
-Berkhidmat sebagai perdana menteri dari tahun 1957 -1970
-Lahir pada 8/02/1903
-Meninggal pada 6/12/1990
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2021 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts
CikYaYaYa replied at 10-9-2021 12:48 AM
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah
-Dikenali sebagai Bapa  ...

1999?.. check balik
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2021 01:17 AM From the mobile phone | Show all posts
sosimple replied at 10-9-2021 01:10 AM
1999?.. check balik

sorry mod typo. dah betoi kan. tqq
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2021 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj diputerakan pada 8 Februari 1903 di Alor Star, Kedah. Tunku merupakan putera ke-20 kepada Sultan Abdul Hamid Halimshah, Sultan Kedah yang ke-24 dan isteri beliau iaitu bonda kepada Tunku Abdul Rahman bernama Nearng atau lebih dikenali sebagai Makche Menjalara. Bonda yang dicintai itu adalah seorang keturunan Thai anak kepada Luang Nara Borirak (Kleb), keturunan Chao Phya Maha Kota, Ketua Negeri Mataban dalam jajahan Siam di Shan Utara Thailand.

Ini bermakna Tunku dilahirkan di istana sepertimana beberapa tokoh UMNO yang lain. Tunku tinggal di Istana Kota Lama yang dikenali sebagai ‘Istana Tiga Tangga’. Nama timangan Tunku ialah ‘Awang’ yang disebabkan kulitnya yang hitam manis akibat bermain panas manakala Ayahandanya memanggil beliau dengan nama ‘Putra’. Beliau Putera Raja yang mempunyai adik beradik yang ramai dan kaum kerabat yang besar jumlahnya, tetapi tidak dalam lingkungan yang akan mewarisi takhta kerajaan negeri. Tuhan telah menentukannya menjadi menjadi pemimpin rakyat seluruh negara. Pemerintahannya itu tidak berdasarkan warisan tetapi atas pemilihan rakyat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-9-2021 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Pada usianya enam tahun belajar di salah sebuah sekolah Melayu di Alor Star dan kemudian sekolah Government English School. Pada tahun 1913, ketika Tunku berusia sepuluh tahun, bondanya menghantarnya ke Bangkok untuk tinggal bersama-sama kakanda sulungnya Tunku Yusuf yang sedang bertugas disitu. Beliau telah dimasukkan ke Sekolah Debsurin. Kemudiannya Tunku pulang ke Kedah dan menyambung pelajaran di sekolah Melayu pada tahun 1916, sebelum memasuki Penang Free School. Semasa usia Tunku tujuh belas tahun, beliau dihantar oleh keluarganya ke seberang laut untuk menuntut pelajaran di St. Catherine’s College, Universiti Cambridge, England.

Walaupun rekod akademiknya tidak suatu yang boleh dibanggakan, beliau adalah orang Melayu yang pertama dari Kedah yang lulus dari sesebuah Universiti Inggeris pada tahun 1925 dengan mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam Undang-undang dan Sejarah dari Universiti Cambridge. Pada tahun 1926 beliau pulang ke Tanah Melayu tetapi empat bulan kemudian, kakandanya Tunku Ibrahim, Raja Muda Kedah ketika itu menghantarnya kembali ke England untuk melanjutkan pelajaran undang-undangnya di Inner Temple bagi membolehkan beliau mendapat kelayakan menjadi peguam atau majistret. Malangnya Tunku tidak dapat menumpukan minatnya dalam undang-undang dan gagal mendapatkan sebarang kelayakan dan pulang ke tanahair lima tahun selepas itu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2021 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Tunku memulakan kerjayanya sebagai Penolong Pegawai Daerah dan kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Daerah di beberapa Daerah di Kedah termasuk Kuala Nerang dan Pulau Langkawi.  Semasa bertugas di Kuala Nerang, daerah tersebut mengalami wabak demam malaria dan isterinya meninggal dunia akibat demam malaria di sana. Kemudian Tunku Abdul Rahman berkahwin dengan Sharifah Rodziah Binti Syed Alwi Barakhah dan perkahwinan ini kekal sehingga ke akhir hayat beliau.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2021 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Pada tahun 1940 Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pertahanan Awam Kedah Selatan. Apabila Jepun menyerahkan Kedah kepada negara Thai pada tahun 1941, Tunku dilantik menjadi Penyelia Pelajaran dan beliau menyandang jawatan tersebut hingga British menjajah Tanah Melayu semula.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2021 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Setelah tamat perang dunia kedua, Tunku Abdul Rahman menyertai politik menentang Malayan Union dan membangkitkan kesedaran kemerdekaan di kalangan rakyat Tanah Melayu. Bersama pemimpin UMNO, beliau berusaha mendapatkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu. Beliau berpindah ke Kuala Lumpur untuk menjadi Timbalan Pendakwa Raya di bawah Jabatan Undang-Undang Persekutuan dan kemudiannya menjadi Presiden Session Court.  Setelah Dato On Jaafar meletak jawatan, Tunku Abdul Rahman dilantuk sebagai Dipertua UMNO yang ke-2
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2021 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Sumbangan pertama beliau ialah untuk memupuk kerjasama di antara kaum dan dalam masa yang sama menjaga keutuhan bangsa Melayu seperti hak-hak istimewa bagi orang-orang Melayu, penerimaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan asas dasar pelajaran kebangsaan dan Islam sebagai agama rasmi. UMNO berkerjasama dengan MCA dan MIC dan membentuk konsensus dalam Perikatan dan pemimpin-pemimpin Perikatan mengadakan rombongan pertama Perikatan ke London pada  tahun 1954 tetapi tidak beroleh kejayaan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2021 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Pada Julai tahun 1955, pilihanraya umum pertama diadakan di Malaysia dan Perikatan mencapai kejayaan cemerlang dengan mendapat 51 daripada 52 kerusi yang ditandingi. Dengan majoriti yang diperolehi, Perikatan melakukan rombongan kali ke dua ke London dan ia diketuai oleh Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri dan Menteri Dalam Negeri. Dalam rombongan ini Tunku Abdul Rahman berusaha untuk menamatkan keganasan komunis secara damai.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2021 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Pada 9 September 1955, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan pengampunan bagi  komunis yang menyerah diri. Rundingan Baling telah diadakan pada 28 hingga 29 Disember 1955 di antara Parti Komunis Tanah Melayu dengan kerajaan. Parti Komunis Tanah Melayu telah diwakili oleh Chin Peng, Chin Tien dan Rashid Maidin sementara Kerajaan pula diwakili oleh Tunku Abdul Rahman danTun Tan Cheng Lock. Namun rundingan ini gagal apabila Chin Peng menolak cadangan Tunku agar komunis meletakkan senjata tanpa syarat. Tunku Abdul Rahman berjaya mengalahkan komunis lima tahun kemudian.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2021 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Pada tahun 1956, Tunku mengetuai rombongan ke London untuk berbincang dengan Kerajaan British mengenai Kemerdekaan Tanah Melayu. Kali ini beliau membawa empat orang wakil Raja-raja Melayu dan empat orang wakil Parti Perikatan. Akhirnya beliau berjaya mendapatkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu dan tarikh Kemerdekaan ditetapkan pada 31 Ogos 1957.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2021 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Akhirnya pada 30 Ogos 1957, tepat pukul 12 tengah malam bendera Tanah Melayu pun dinaikkan bagi menggantikan bendera Union Jack. Keesokan harinya  di Stadium Merdeka, Tunku membaca Pengisytiharaan Kemerdekaan dan  kedengaran pekikan “Merdeka!” sebanyak tiga kali oleh Tunku Abdul Rahman. Setelah kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri yang pertama.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2021 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Di antara usaha pertama beliau sebagai Perdana Menteri ialah untuk menyatu-padukan rakyat dan meningkatkan kemajuan ekonomi. Tunku Abdul Rahman memperkenalkan Rancangan Malaya yang pertama  pada tahun 1956 dengan fokus untuk membangunkan Tanah Malaya. Pada tahun 1960, darurat selama 12 bulan diisytiharkan tamat apabila komunis berjaya dihentikan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2021 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Selepas menjadikan Islam sebagai agama Malaysia yang rasmi pada 1960, Tunku mengasaskan Pertubuhan Kebajikan Agama Islam(PERKIM), sebuah pertubuhan untuk membantu mualaf Islam untuk menyesuaikan diri kepada penghidupan baru. Beliau memegang jawatan Presiden PERKIM sehingga setahun sebelum kematiannya.
·        Pada 1961, Malaysia menjadi tuan rumah kepada "Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa" yang pertama, suatu peristiwa yang diperkembangkan daripada gagasan Tunku sewaktu beliau mengadakan pertandingan tahap negeri yang pertama di Kedah pada tahun 1951.
·        Pada 1969, Tunku membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan dilantikkan sebagai Setiausaha Agung yang pertama. Beliau kemudian menubuhkan Bank Pembangunan Islam sebagai sebuah institusi yang khusis di dalam OIC.
·        Tunku juga merupakan Presiden "Majlis Da'wah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik" (RISEAP) dari 1982 sehingga 1988.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2021 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Dalam tahun-tahun terakhirnya, Tunku abdul rahman tinggal di sebuah rumah di Pulau Pinang.Apabila sakit beliau dirawat di Hospital Besar Kuala Lumpur .Beliau meninggal dunia pada 6 Disember 1990 sewaktu berumur 87.
·        Jenazah dibawa ke kediamannya di Bukit Tunku dan esoknya disemadikan di Makam Diraja Langgar, Alor Star.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:10 AM GMT+8 , Processed in 0.071794 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list