CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 844|Reply: 0

[Sabah] 218 Kanak-Kanak Termasuk Bayi Baharu Lahir Dikesan Positif COVID-19

[Copy link]
Post time 10-9-2021 05:01 AM | Show all posts |Read mode
KOTA KINABALU, SABAH – Kes COVID-19 baharu hari ini bertambah 231 kes dari kelmarin, membawa kepada keseluruhan 2,298 KES.

Satu kluster jenis komuniti baharu, Kluster Rapak di Ranau turut dikesan dengan 42 kes setakat ini.

Kes di daerah Kota Kinabalu bertambah 151 kes dan begitu juga dibeberapa daerah lain seperti Penampang (naik 53 kes), Putatan (naik 40 kes), Lahad Datu (naik 50 kes), Kota Marudu (naik 33 kes), Pitas (naik 50 kes) dan Ranau (naik 23 kes).

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata kes menurun di Tuaran (turun 42 kes), Sandakan (turun 59 kes), Kinabatangan (turun 35 kes) dan Tongod (turun 34 kes).
“Sejumlah 1,184 kes daripada jumlah hari ini adalah lewat daftar antara dua (2) hingga melebihi lima (5) hari selepas tarikh keluar keputusan…

“Saringan Kontak Rapat kekal penyumbang utama kepada kes harian dengan 1,29) kes atau 56.3 peratus daripada 2,298 kes hari ini,” katanya.

Di Kota Kinabalu, 38.34 peratus kes berpunca daripada Saringan Bergejala, diikuti Tawau, (57.9%), Penampang (40%) dan Sandakan (31.6%).

“Saringan bergejala adalah kes-kes sporadik yang berkemungkinan berjangkit akibat kelalaian mematuhi prosedur operasi standard (SOP)…

“Penambahan peratusan penduduk divaksin sedikit sebanyak mengurungkan jumlah kategori kes yang dianggap serius seperti Kategori 4 dan 5,” jelas Masidi.

Kes tertinggi pesakit berada dalam Kategori 2 iaitu 1,575 orang atau 68.6 peratus dari keseluruhan kes. Seramai 195 pesakit hari ini adalah warga asing dan 51.1 peratus adalah wanita.

“Walaupun majoriti pesakit (1,457 orang) adalah mereka yang berumur antara 18-59 tahun tetapi seramai 191 orang yang dijangkiti adalah dikalangan kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke bawah termasuk 27 bayi yang berumur kurang daripada satu (1) tahun,” katanya lagi.

Setakat Rabu, sejumlah 65.36 peratus penduduk dewasa Sabah telah memperolehi satu dos vaksin dan 48.63 peratus lagi telah melengkapkan pengambilan dos vaksin mereka.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 03:53 PM GMT+8 , Processed in 0.113708 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list