View: 5049|Reply: 24
|
Ayu Damit Terkial-Kial Membiasakan Diri Dengan PDPR
[Copy link]
|
|
Menyambung pengajian peringkat ijazah sarjana muda Program Asasi Seni Kreatif di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) sejak 2 Ogos lalu, Ayu Damit mengaku terkial-kial membiasakan diri dengan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Tanpa berselindung, Ayu yang popular dengan lagu Hanya Di Mercu memberitahu dia seperti pelajar sekolah yang perlu membiasakan dengan norma baharu dalam pembelajaran pada era pandemik COVID-19.
Foto: Berita Harian
Ayu atau nama sebenar, Norayu Damit, 32, tersenyum sendiri mengingatkan gelagat hari pertama menghadiri kelas atas talian.
"Bayangkan, selama ini, kita yang digelar golongan 'emak-emak' tidak biasa dengan PdPR boleh kerut dahi melihat anak-anak belajar dalam norma baharu.
"Jadi, sekarang, saya dapat rasa apa yang dilalui anak. Pada mulanya, saya gelabah dan tidak keruan untuk memulakan proses belajar dalam talian.
"Namun, saya tidaklah seperti buta teknologi maklumat (IT). Saya masih boleh menyelenggara dan menggunakan serba serbi teknologi moden sama ada komputer riba atau telefon pintar," katanya kepada BH Online.
"Lama kelamaan saya boleh membiasakan diri dengan pembelajaran dalam talian. Ilmu praktikal banyak disokong dengan video, jadi saya betul-betul kena faham apa yang disampaikan.
"Alhamdulillah, saban hari saya boleh 'catch up' dengan cepat," katanya.
Ayu yang berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak segan menyambung pengajian di ASWARA.
"Saya bukan pandai, hanya lepasan SPM. Saya dapat tawaran ASWARA, bulan lalu. Tempoh pengajian ini adalah setahun membabitkan tiga semester.
"Apabila diterima ASWARA, saya kena lawan dan cabar diri. Saya tidak malu mengaku kelemahan diri yang serba serbi kurang pengetahuan soal muzik dan seni," katanya.
Ayu mengaku selama membabitkan diri dalam dunia seni, dia hanya bersandarkan bakat dan keupayaan vokal.
"Saya redah sahaja dalam soal nyanyian. Jadi, kenapa saya tidak gunakan peluang diberi ini untuk mengimbangi bakat dengan ilmu yang lebih padu," katanya.
Juara musim kedua program realiti, One In A Million pada 2008 ini bertuah kerana suami, Syed Fauzi Syed Baharuddin memberi galakan untuknya menyambung pengajian.
"Suami tidak memberi halangan. Saya percaya dia mahu isterinya lebih berjaya dan berpengetahuan luas dalam muzik.
"Cuma saya kena bijak membahagikan masa. Apatah lagi tuntutan kelas dalam talian lima hari seminggu. Saya dan suami ada perniagaan yang diusahakan bersama. Jadi, saya kena tahu fokus dan bertanggungjawab.
"Tiga anak saya juga perlu diberi perhatian... Insya-Allah, saya akan buat sehabis baik," katanya. -CARI
Sumber: Berita Harian
|
|
|
|
|
|
|
|
takpe.."usaha tangga kejayaan'. |
|
|
|
|
|
|
|
Menguappppp dekkk, apa special dan gosipnya nak membiasakan diri dengan pdpr? Ramai je orang kena hadap benda sama. |
|
|
|
|
|
|
|
Wartawan cari
Asasi ni baru asas, belum dikira sarjana muda kan.
Ke aku tertinggal tawaran baru
|
|
|
|
|
|
|
|
Slow2 ilmu ni x kira ko cepat atau lambat asalkan ada kemahuan utk upgrade diri.. iols tgok ayu ni pun jenis ada inisiatif diri x mengangkang kat rumah mengeluh xde job menyanyi. Atlease sheols dh jd usahawan tani berjaya okay lah tu. Sesambil tambah2 sijil n certificates utk upgrade diri. |
|
|
|
|
|
|
|
beli ja monitor lagi satu, yang besaar tu... puas hati mengadp pdpr.. takdak la stress mata mengadap screen laptop sekecik alam tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
cantik sheols yg baju kuning tu |
|
|
|
|
|
|
|
Haah..asasi tu mcm sijil ja..kira fast track nk ke degree la. Tapi kalau failed asasi boleh masuk balik diploma..mcm tu la yg aii tau |
|
|
|
|
|
|
|
slyfynx replied at 10-9-2021 01:34 PM
Wartawan cari
Asasi ni baru asas, belum dikira sarjana muda kan.
ye.. asasi macam matrikulasi je la kan. reputz xpenah masuk uni kot |
|
|
|
|
|
|
|
slyfynx replied at 10-9-2021 01:34 PM
Wartawan cari
Asasi ni baru asas, belum dikira sarjana muda kan.
Memang dari haritu salah. Aku baca pun geram. Sedangkan Ayu dah awal tunjuk surat tawaran. |
|
|
|
|
|
|
|
Akak ghasa hidop Ayu ni betul2 penuh berkat. Good for her. |
|
|
|
|
|
|
|
Beli skrin besar kalau boleh
puas hati haaa |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 10-9-2021 06:08 PM
Akak ghasa hidop Ayu ni betul2 penuh berkat. Good for her.
Kannnn.... Nampak perubahan diri dia. Dan dia pun berusaha utk memajukan diri. Tahniah jua utk si suaminya |
|
|
|
|
|
|
|
nakkomenjugak replied at 10-9-2021 10:39 PM
Beli skrin besar kalau boleh
puas hati haaa
Tahnya monitor beli 19 inch pon cukup rm200 lebih je…. Kerusi ttracing boleh beli… |
|
|
|
|
|
|
|
Pelan2 dik, tapi bagus sebab ada usaha nak menambah ilmu lagi.
Org ada bakat ni bukak mulut je nyanyi tetap sedap kedengaran walau lama tak nyanyi. Sbb bakat dan kreativiti ni anugerah Tuhan.
Bagus belajar apa yg kita minat nih teringat arwah dato maznah tu, dia cakap gini la
Kalau anak2 tu nampak minat meniaga biar dia meniaga pastu dia rasa nak tambah ilmu pasal bisnes ke apa nanti boleh sambung belajar pasal tu.
Serupa la kalau anak berbakat dlm muzik ke nyanyian ke toksah la ko nak verabis duit paksa dia belajar medic plak udahnya jd dokter setahun dua je tetap dia nak fokus menyanyi sbb minat mendalam kat situ. Baik awal2 belajar pasal muzik ja.
Ingat kerjaan yg menyenangkan adalah hobi yang dibayar, kalau dah minat dan passion kita ke arah sesuatu tu pokus je situ.
|
|
|
|
|
|
|
|
woi tulis ja la asasi.. pjg2 pasepa..pass asasi bru dia p ke degree |
|
|
|
|
|
|
|
jari10 replied at 11-9-2021 01:17 AM
Kannnn.... Nampak perubahan diri dia. Dan dia pun berusaha utk memajukan diri. Tahniah jua utk si ...
Tu ah. Orang kata jika pasangan tu memang huntok kita, hidop kita penuh berkat lepas menikoh. Dulu ramai poromer skeptikal dengan husband si Ayu ni. Namun hari ni meka membuktikan memang meka meant for each other karna hidup keduanya maju jaya lepas menikah. |
|
|
|
|
|
|
|
Kaka salute orang yang sentiasa ada semangat untuk belajar
esp Ayu ni
dulu jadi bahan orang forum |
|
|
|
|
|
|
| |
|