KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pengacara terkenal, Che Puan Sarimah Ibrahim, 43, menyeru Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin untuk menyalurkan mesej lagu Harapan bersempena kempen Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia kepada khalayak.
Menurut Sarimah yang juga penaung Pertubuhan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental (Miasa) Malaysia dan selaku Pengasas Bersama dan Duta Kempen #StandForHOPE, lagu itu dilihat mampu menjadi pemangkin harapan, inspirasi dan semangat kepada mereka yang sedang dalam kebuntuan serta permasalahan emosi supaya tidak berputus asa dalam kehidupan.
“Mungkin kalau KJ tidak keberatan untuk mengetengahkan lagu ini sebagai tanda sokongan inisiatif Yayasan ZuriatCare dan Awareness Against Suicide dalam memberi kesedaran kepada rakyat pentingnya prihatin dan bertindak dalam mencegah tingkah laku bunuh diri.
“Tanpa kesihatan mental, tiada kesihatan rakyat dan negara. Kita tidak boleh menafikan bahawa harapan merupakan salah satu elemen penting bagi mereka yang sedang melalui fasa penyembuhan dalam kehidupan.
“Justeru, ambil tahu dan ambil berat tentang perasaan termasuk keadaan emosi rakan-rakan, ahli keluarga serta jiran kita sama-sama dapat membantu sekali gus mencegah terjadinya sesuatu yang akan dikesali dan lebih menyedihkan kelak,” ujarnya.
Sebagai informasi, lagu genre Pop R&B dan muzik video Harapan merupakan hasil ciptaan Damian Mikhail serta duet bersama Sarimah.
Lirik lagu tersebut padat dengan mesej positif dan bertepatan dengan perjuangan berkaitan kempen pencegahan dan hindari bunuh diri iaitu menghapuskan stigma dan memberi sokongan emosi kepada individu yang sedang bertarung dengan masalah kesihatan mental yang menjurus kepada pemikiran dan tingkah laku bunuh diri serta yang telah terkesan akibat kematian insan tersayang yang Meninggal dunia Akibat Bunuh Diri (MABD).
Post time 11-9-2021 08:39 AMFrom the mobile phone|Show all posts
trexxxxxi replied at 11-9-2021 08:16 AM
She's not Che Puan
Zaman2 dulu jarang dengar kerabat2 perempuan bawahan ada title Cik Puan kan?
Tapi gelaran ni dia sendiri yang declared dulu kena panggil dia by that masa belum kahwin. Dulu dia kan DJ kat Mixfm. Masa morning crew tu dia sembang2 dengan Rod bab tak lama lagi nak kahwin and dia siap sebut lagi (bukan lawak, serious) nanti orang kena address dia as Cik Puan.
Enjoyed listening to her on Mixfm tapi dia kadang tak sporting bila kena usik by Rod, butthurt sikit. Kalau Aishah tu dia sempoi tak kisah kena kutuk gurau2 by Rod or Prem.
Post time 11-9-2021 09:32 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Tu gambar KJ zmn bila tu, KJ skg beza klu buat challenge past photo and now , mau org ckp beza 20 tahun lepas. padahal br bape tahun PH jd kerajaan kejap. pufff padayappa terus.
Post time 11-9-2021 10:17 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Dh hbs video keluar video tan boon heong dgn wife die nyanyi lagu ct
Kelakar lh tan boon heong tu
Dgn pelat cina utara nya
Berckp x berenti
Hensem pun hensem
Bini dia pun lawa
Post time 11-9-2021 11:27 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Seek for professional help la kalau ada tanda2 depression ke anxiety ke. Jangan duk diam pendam sorang2. Kenapa nak binasakan diri sendiri. Kalau dah tau ada yang tak kena dan buat la sesuatu. Jangan la malu nak dpatkan bantuan. Kawan2 pun belum tentu boleh tolong. Terus dapatkan bantuan profesional kaunselor & psychiatrist. Buat DASS test tu. Result tak ok pi la rujuk klinik berdekatan. Kalau nak baik jangan sesekali rasa malu dan fikirkan sangat stigma masyarakat. Insha allah boleh je baik kalau dapat rawatan awal dan yg sepatutnya.
Post time 11-9-2021 12:55 PMFrom the mobile phone|Show all posts
alesandra replied at 11-9-2021 11:45 AM
yg aku pulak x suka aishah tu.terus tukar ke lite fm ..kdg2 ada gak dengar benda lain.skrg dah ada ...
Aku pun sejak sarimah takda, masuk aisyah aku dah tak dengar mix. Prem pun boring asyik buat jadi DJ melayu ala2 kenduri, supermarket. DJ apa entah nama. Hambar sgt. Rod je aku rasa ok. Lani aku pun bertukar ke Lite (easy listenin), atau Traxx (banyak lagu rare, lagu retro).
On topic, tak payah lah serap lagu Sarimah. Suara dia tak sedap pun. Lagi buat stress sakit telinga ada lah.
Post time 11-9-2021 12:56 PMFrom the mobile phone|Show all posts
mclaren replied at 11-9-2021 08:39 AM
Zaman2 dulu jarang dengar kerabat2 perempuan bawahan ada title Cik Puan kan?
Tapi gelaran ni di ...
Meolls enjoy dengar Aishah gelak2 kena bodo2 dgn Rod n Prem pagi2 otw p keje.
Si SI nih cam culture shocked masuk dlm kerabat nih. She setaraf je dgn Jeslina Hashim laki theyolls cousin kan. JH relaks je layan follower dia ada je follower dia panggil JH kakak. Takde poyo2 takde nak hashtag2 bagai
Post time 11-9-2021 12:57 PMFrom the mobile phone|Show all posts
iman_kasih replied at 11-9-2021 11:27 AM
Seek for professional help la kalau ada tanda2 depression ke anxiety ke. Jangan duk diam pendam sora ...
Bagi sesetengah orang yang depressed atau ada anxiety, kalau dia reti nak seek help dan cari jalan dgn harapan nak baik dan tak rasa malu atau stigmatised, then takde la dia depressed atau anxious. Orang dalam keadaan tu ramai yg mmg dah tak boleh fikir rasional sistematik mcm tu in the first place kan. So mungkin kena ada orang lain yg bantu juga.