CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11268|Reply: 27

The Malay Identity

 Close [Copy link]
PeNinGLaLaT This user has been deleted
Post time 13-9-2004 11:10 AM | Show all posts |Read mode
What is your understanding and definition of the Malay Identity ?

How did it come about ?

In today's world , how important is it to preserve the Malay Identity ?

What , in your understanding , are the characteristics of the the Malay Identity ?

Let us discuss....


[ Last edited by PeNinGLaLaT on 13-9-2004 at 11:12 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2004 07:46 PM | Show all posts
Malay Identity...??

for me...I just rather concentrate on my Malaysian
Identity...coz my Malay identity comes to me unconsciously...
the good, the bad and the ugly...
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2004 02:14 PM | Show all posts

receive from e-mail...sumthing to ponder...

Antara kejayaan Zahid dengan Irma Nurzahrah

HARI ini jika ditanya 10 orang Melayu di negara ini, mungkin lima atau lebih daripada mereka kenal siapa dia Zahid, bukan Datuk Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Menteri Pelancongan, tetapi Ahmad Zahid Baharuddin juara Akademi Fantasia 2 (AF2).

Tetapi jika ditanya siapa anak Melayu bernama Irma Nurzahrah Junian, jangankan 10, tanya 1,000 orang Melayu pun belum tentu ada yang mengenali beliau.Kejuaraan Debat Universiti Dunia yang diadakan di Universiti Teknologi Nanyang, Singapura awal tahun ini disertai lebih 1,000 peserta daripada lebih 100 universiti termasuk Malaysia.

Irma Nurzahrah, 22, dari Malaysia dinobatkan pemidato terbaik dunia apabila beliau mengalahkan peserta dari Universiti British Columbia dan Universiti Alberta, Kanada pada peringkat akhir. Tetapi sayangnya, orang kita mungkin kurang tahu hal ini kerana kurang atau tiada liputan media mengenainya.

Inilah manifestasi kemelut minda orang Melayu yang seolah-olah tidak tahu lagi membezakan antara kaca dengan permata. Ia bukan saja menjangkiti orang Melayu kebanyakan bahkan kelas atasan seperti ahli korporat, pemimpin dan cerdik pandai turut dijangkiti 'wabak' ini walaupun bukan semua.

Budaya mengidolakan artis atau berhibur semakin menjadi-jadi dewasa ini bahkan ada kalanya sehingga pada tahap melampau. Jika tiada hiburan majlis, program, sambutan dan apa saja peristiwa seakan-akan tidak sempurna.

Daripada program amal sehinggalah ke program motivasi pelajar sekolah, artis mendapat tempat amat istimewa pada mata penganjur. Mungkin inilah puncanya sehingga ulama terpaksa bersuara agak nyaring sehingga menusuk gegendang telinga banyak pihak yang mendengar.

Soalnya, kenapa mesti hiburan? Untuk 'perjuangan' 10 minggu, artis seperti Zahid di AF2, Melayu sanggup menitiskan air mata, berbelanja sehingga RM7.5 juta untuk khidmat pesanan ringkas (SMS), demam panas, membuang masa berjam-jam menonton televisyen serta mengadakan majlis sambutan dan penghargaan untuknya setelah beliau dinobatkan sebagai juara.

Kebetulan hampir semua universiti baru saja selesai mengadakan majlis konvokesyen masing-masing. Tetapi bagi pelajar Melayu yang lulus cemerlang selepas berhempas pulas bertahun-tahun memerah otak untuk memakai jubah dan menerima ijazah pada majlis konvokesyen, ada sesiapa yang menangis selain ibu bapa mereka atau membuat sambutan bagi menghargai usaha dan kejayaan mereka kerana mereka anak kelahiran tempat atau daerah tertentu?

Apakah usaha Zahid seorang sehingga berjaya menyarung jubah 'konvokesyen' AF2 setanding usaha seorang pelajar Melayu yang berjaya menamatkan pengajian walaupun cacat penglihatan? Apa hebatnya Zahid yang berjaya mengalahkan peserta dari negeri lain dengan mendendangkan lagu Biarkan Bulan Bicara dan Milikku berbanding Irma Nurzahrah dan rakannya Raihan Ismail yang berjaya ke peringkat akhir debat dunia kategori bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua membahaskan tajuk That Japan Should Involve In Peacekeeping In Foreign Land mengalahkan peserta dari negara lain?

Nampaknya menyarung jubah AF dan menerima hadiah daripada Ramli MS lebih mahal pada mata kebanyakan orang Melayu daripada menyarung jubah konvokesyen dan menerima segulung ijazah daripada canselor atau rektor universiti. Apa sudah jadi?

Sindrom berhibur melampau ini sebenarnya menampakkan kecetekan jiwa dan minda bangsa Melayu yang sejak sekian lama sememangnya berkrisis. Kemelut minda orang Melayu telah lama menjadi topik dan tema pelbagai perbincangan, tulisan dan seminar inisiatif cerdik pandai dan pemimpin Melayu.

Namun, hingga kini ia masih sukar untuk dirungkai. Salah siapa? Mereka yang berbincang, menulis atau berseminar atau mereka yang malas berfikir. Berhibur tidak salah jika kena pada tempat dan caranya. Tetapi berhibur semata-mata bukanlah cara bangsa yang merdeka. Hidup penuh hiburan adalah simptom kejatuhan dan keruntuhan sesuatu tamadun.

Barat berdiri megah kerana maju. Malangnya jiwa bangsa mereka tempang kerana hedonisme menjadi sebahagian budaya hidup mereka. Tamadun yang mereka bina sebenarnya menuju kelam. Allah swt tidak melarang manusia berhibur mengikut lunas petunjuk-Nya, tetapi Allah mengangkat darjat orang yang berilmu. Jika kita dambakan kejayaan duniawi dan ukhrawi maka hendaklah menjadi hamba kepada ilmu dan bukannya menjadi abdi kepada hiburan.

Orang Melayu di negara ini memikul dwiamanah yang cukup besar sifatnya. Sebagai khalifah mentadbir alam ini daripada manusia pertama bernama Adam as, dan sebagai pewaris kedaulatan tanah tumpah darah ini daripada pejuang kemerdekaan silam. Pada 31 Ogos, genap 47 tahun kita merdeka daripada penjajahan imperialis. Kita seronok kibarkan bendera dan laungkan merdeka, tetapi mungkin tiada yang menitiskan air mata menginsafi pengertian, keperitan dan pengorbanan di sebalik erti sebuah kemerdekaan melainkan mereka yang terbabit melakar sejarah itu.

Tetapi yang menghairankan apakah alasan orang kita menangis melihat idola mereka 'terkorban' dalam AF dan rancangan seumpamanya. Jangan sampai kita menang sorak, tanah tergadai kerana kita memang telah banyak bersorak untuk perkara yang tidak berfaedah. Maka, jika selepas ini ada sesiapa yang bertanya Irma Nurzahrah itu anak siapa, kelahiran mana dan belajar di universiti mana untuk memberi penghargaan kepadanya, terserahlah kepada orang Melayu sendiri untuk mencari jawapannya, jika masih ada yang sudi.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2004 01:15 AM | Show all posts
Originally posted by tina^^ at 16-9-2004 02:14 PM:
Antara kejayaan Zahid dengan Irma Nurzahrah

HARI ini jika ditanya 10 orang Melayu di negara ini, mungkin lima atau lebih daripada mereka kenal siapa dia Zahid, bukan Datuk Ahmad Zahid Hamidi, T ...

jangan bercakap begitu untuk ditujukan kepada orang melayu.... apakah kau kenal masyarakat barat bagaimana, pernah kau membaca statistik dari mesyarakat barat menjawab persoalan hiburan dan akademik?... Masyarakat barat yang dikatakan maju itu, ada yg masih tak kenal presiden mereka sendiri, masih tak tahu banyak perkara...

Salahkah orang kita/masyarakat termengetahui sesuatu yang dihidangkan kepada mereka... macam AF.  Salahkah orang kita/masyarakat yang tidak mengetahui sesuatu yang tidak dihidangkan kepada mereka, macam peristiwa kejohanan pidato antara universiti... Apakah kepuasan yg orang ramai (yg berfikiran sederhana) boleh dapat dan berkongsi minda dengan peristiwa sebegini. Selain dari turut merasa bangga, mereka tidak dapat melayan perkara berat ini berminggu-minggu untuk dijadikan hidangan hiburan - penyegar minda.  

Aku rasa peneraju AF lebih bijak menggunakan keadaan untuk mencari duit, mengajak orang ramai turut serta.  Kalau dibuat juara pidato setiap minggu sama seperti konsep AF, rasanya tidak ada yang sanggup mengorban sms sebegitu banyak kerana ianya tidak melegakan minda harian (hiburan memang diperlukan untuk mengendurkan ketegangan minda).  

Soalnya, kenapa mesti hiburan? Untuk 'perjuangan' 10 minggu, artis seperti Zahid di AF2, Melayu sanggup menitiskan air mata, berbelanja sehingga RM7.5 juta untuk khidmat pesanan ringkas (SMS), demam panas, membuang masa berjam-jam menonton televisyen serta mengadakan majlis sambutan dan penghargaan untuknya setelah beliau dinobatkan sebagai juara.

kenapa hiburan... itulah lumrah manusia.... jangan persalah penerima hiburan, mereka dihidangkan... jangan salah penganjur, mereka mencari penarikan untuk keuntungan.... mereka menang dan berjaya dalam usaha mereka.  Yang kalah adalah gulungan yang memerhati dengan banyak persoalan.... tetapi tidak berupaya untuk melakukan perkara lebih baik sekaligus menyalahi masyarakat.

[ Last edited by paler kembang on 10-10-2004 at 01:18 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

hazel This user has been deleted
Post time 16-11-2004 08:26 PM | Show all posts
I think. tina make a point here.. alwez the malay 'peka' terhadap apa yg dihidangkan.. like zahid case.. everyday, kita dihidangkan ngan news AF ni.. tats y org kita lebih tahu pasal tu.. so ini menunjukkan juga, apa yg tak ditekan, org kita tak tahu.. n we dont even try to know bout other things.. further on ini juga menunjukkan org melayu ni memang malas membaca.. they read whatever they want to read.. other than that, they just ignore..:ah:
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2004 01:03 PM | Show all posts
smlm naik lrt..bbudak asik belek2 hp..
takde pon yg buka buku or paper ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
akunakparking1 This user has been deleted
Post time 28-11-2004 11:01 PM | Show all posts
The Malay Identity

Janji Melayu : Janji pukul 2. Kol 2 30 baru nak datang
                 : Insya allah esok aku datang kenduri kawin kau (tak datang la tuh)

Education Melayu : Phd ( Perasaan Hasad Dengki).
                        
How did it come about? Simple. Kita selalu puji cina bukak kedai makan, cina bukak bisnes, cina bukak bengkel, mamak bukak kedai mamak, tapi kita?

"Biasalah cina"

Kita ni tak nak ke tolong orang kita sendiri? Sibuk sangat menjaga kubur sendiri. Entah lah.......

How important it is to preserve the Malay identity? I cant tell how important it is if there are 20 000 Malays inside Pusat Serenti all over Malaysia and countless inside Sg Buloh prison and other lockups. Not to mention those yang dah keluar pusat serenti + prison either

1.Cant get "it" up
2.Cant get a job
3.End up doing the same thing - getting addicted - get caught = same thing

Why dont we do our part in helping those who are willing to change. Why dont we do our part in creating more opportunities?

What I think we lack is positive thinking. If all of us can think positively we can overcome so many things. Ni tak, sikit2 nak kondem orang. SIkit2 nak bomoh orang. Apa lah salahnya create a positive competition? If the Chinese and mamak can do it why not us?

Points to ponder......

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2004 07:59 PM | Show all posts
memang la hiburan diperlukan utk release tension....
tp kalau dah buat semua org demam dan mabuk AF....menjurus pada kelalaian dan kealpaan la pulak....begitu fobia....tak boleh tak tgk AF...

eh...cam thread AF lak jadinya....

memang minda kita tak berapa suka kat sesuatu yg berbentuk education kot....lebih suka sesuatu yg berunsurkan hiburan....bukan melayu aje....

yg ketara identity melayu ni.....derang lemak banyak...ehh banyak lemak.....hidup dalam kesenangan....pelbagai keistimewaan di malaysia nih....hak2 org melayu....dah la tak boleh dipertikaikan.....sbb generasi merdeka ni tak menjadikan pahlawan dalam sejarah sbg idola....bagaimana mereka berjuang....sanggup mati demii mengusir penjajah...celik2 dah merdeka....tuh yang seronok aje....
walaupun kita merdeka,sbnrnya kita masih dijajah...pemikiran kita dijajah....salah satunya....hiburan macam AF tu la....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2004 06:16 PM | Show all posts
AF bersifat komersial....

aku tak suka akan hiburan melampau lampau...
budak budak skang lagi suka belek handphone, download ring tones, gossip artis..yang tak ada nilai nilai ilmiah langsung..

aku ingat, zaman aku remaja (90an) aku tak layan sangat bab bab gossip, handphone masa tu jauh lagi, takde langsung... aku tumpukan terhadap pelajaran, walaupun aku mat moto, tapi tuisyen aku pegi, kelas tak ponteng, aku join study group..

sebab aku takut tercicir, dan aku tau hala tuju aku..pasal tu aku belajar..walaupun sekali sekala merempit ngan moto, tapi aku takde la join race haram...masih beringat ingat..

budak budak sekarang terlampau dimanjakan, dihidangkan dengan hiburan..jadi kalu ada yang tak setuju....nampak sangat mentaliti depa tu suka hiburan sampai alpa..sampai lupa semayang..

baik ko pegi bersukan, sepak bola..buleh kuar peluh..sihat badan...lagi best...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2004 10:28 PM | Show all posts
yup, up to u actually...to do things moderately...
with balance...

as for me...I like to be Jill of all trade...mistress of none...

masa I stadi dulu pon...I like to study smart...art n culture
semua pi...yg islamic pon pi...cuma tak pi yg melampau jerr...
sport pon turut serta...sekrg ni jer dah mula kurang...mis my
sport...

ok..back to the topic...rasanya
rasanya Melayu ni masih lagik ada budaya...
cukuplah apa yg ada...tuh yg sukar nak kikis...
walaupun dah mula berkurangan...
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2004 11:24 AM | Show all posts
identiti melayu tu adalah seperti enau di belukar, melepaskan pucuk masing masing.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2005 04:10 PM | Show all posts

salam..

bila terbaca atau isu Bahasa Inggeris dijadikan bhs pengantar untuk subjek sains and maths in School barulah saya rasa tergeral untuk mencelah dalam topik ini-

apa itu Identity Melayu?

Yg berbaju kbaya? berkeronsang? berbaju Melayu yg bercekak Musang - ? yg menguasai kepulauan Nusa Tenggara and  oceania? yg menuturkan bhs DARI kelompok Austronesia? itulah Identity Melayu dan seterusnya  setelah bertamadun dgn segala pengaruh tamadun - then datanglah agama Samawi yg melahirkan satu puak etnik yg unggul mampu membina empayar dari galur yg diiktiraf  dari kesultanan Melayu Melaka-

ITUKAh identiti Melayu?
is that what you want to be defined as Malay Identity-
well it's an identity allright..
we can discuss it all over again and indeed it is  interesting to probe further upon this matter.



My next Question is


APA ITU JATI DIRI - : apakah ia ada perkaitan rapat dgn IDENTITI MELAYU?
cuba jawab.. sbb saya  inginkan penjelasan

apakah faktor yg dapat mengukuh jati diri ini? sumber external atau spiritual-

apakah ada saling hubungan dgn NAsionalisme?


lagi satu

dalam menangani arus globalisasi yg semakin dirasai - semua dapat melihat dan merasa - itu sudah pasti -

apakah sesuatu polisi yg dimalkan oleh kerajaan itu dikatakan akan cuba mengikis jati diri?

sbb - ini saya merujuk penggunaan BI in Subjects science and maths

saya amat terkilan sebab ada golongan yg elit yg saya terkejut tidak menyokongh rancangan ini - atas dasar takut hilang jati diri
SEDANGKAN anak - anak mereka bebas  to quote all those foreign languages booksin  all sorts of language...ini yg saya nampak - ..ini juga yg diceritakan oleh my lecturer - saya muak dgn hypocrisy ini.
Apakah mereka sedar yg sebilangan besar siswazah  masih  well..mypic in terms of conversing  or enuff to say that  pengusasn mereka tak secekap mana pun yg dikatakn " melunturkan jati diri"

apakah JAti DIRI tu lebih cedera dgn pelaksanaan dasr BI berbanding dgn DADAH  yg ditagih oleh sebilangan besar org yg BEIDENTITIKAN MELAYU??

ini yg saya musykil..
wassalam..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2005 04:22 PM | Show all posts

salam ..

What is your understanding and definition of the Malay Identity ?

the so called "Malay identity "itself based on the shared characteristics that are found on a particular racial group - in thsi case is the MAlay ethnic -  this racial group or ethnic  is then further identified to have shared similar culture as a collective group.





How did it come about ?

when  thsi collective group tends to share similar way of life , the culture the everything under the  sun...

In today's world , how important is it to preserve the Malay Identity ?
I's very important in the sense that we are not only aiming t preserve the identity but how do we try to achieve that - not like hopefully a group of native in the "Captain Cook's island - thsi  ethnic aborines - well we recognised their roots , their culture but that's it the most -- we dinot only wanted to be recognised and thus prserving the identity " THAT WAY" but to be prserve  as meaning to be fully dynamics and important  as other races - to be known for the excellence  we created to the civilisation and so forth so you see.. how important? that important - would we wanna be like a group og ethnic group in the land of  of kiwi's ? only managed to perform their cultural heritage at tourist centre..that much  NO .we don 't want that .God Forbid..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2005 03:28 PM | Show all posts
Inilah yg dikatakan biar mati anak jangan mati adat atau biar mati agama jangan mati budaya.

Kehendak zaman mengikut acuan agama bukan budaya. Islam melayu lemah kerana minda yg me-layu berpanjangan.

Jatidiri melayu atau iman lebih penting ?
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2005 12:29 PM | Show all posts
Identiti Melayu...Hemmm .....................
Rasanya itu lah yang masih dicari.;)
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2005 01:49 AM | Show all posts

salam..

apakah perlu kita mencari  identiti sedangkan sasaran yg dituju belum pasti? what do you think Akak ANis.. apa  yer persepsi org foreign ttg Identiti Melayu ? i think  Munsyi Abdullah dikriytik hebat sbb banyak menulis berkisar ini  but adakah beliau tu bebetul adil dalam membicarakn identiti Melayu ...apakah peranan Islam dalam pembetukan jati diri ini?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2005 02:19 AM | Show all posts

Identiti Melayu?

Kadang kadang aku lagilah terkilan, apabila masalah setempat dikatakan sebagai masalah melayu. Identiti Melayu dibentuk, bukan terbentuk dengan sendirinya. Sebab itu ada perbezaan diantara penduduk Melayu di antara negara. Apakah wajar kita mengatakan Melayu itu gilakan hiburan hanya kerana majoriti Melayu Malaysia yang tergila gilakan AF? Apakah Melayu itu mudah lupa apabila ianya cuma terjadi di Malaysia?

Identiti Melayu sebenarnya dibentuk oleh corak kepimpinan dan sistem yang mereka adaptasikan dari tempat mereka tinggal. Melayu pun, jika mereka di bentuk oleh dengan sistem English, mereka akan jadi English walaupun pada hakikatnya, mereka tidak dapat meninggalkan melayu secara 100%
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2005 02:12 AM | Show all posts

well

Melayu  ada macam satu benda ni selalu mahu dibentuk ( ini pasif lah) tak mahu MEMBENTUK - agent of change - system jugak nak bentuk depa ..tapijapanese lain..depa bentuk system dan kesedaran untuk berubah tu seolah olah  "homogesied" ..tu yg kurengg...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2005 10:57 AM | Show all posts
Originally posted by mbhcsf at 2005-5-8 06:49 PM:
apakah perlu kita mencari  identiti sedangkan sasaran yg dituju belum pasti? what do you think Akak ANis.. apa  yer persepsi org foreign ttg Identiti Melayu ? i think  Munsyi Abdullah dikriytik heb ...




Salam DA:hug:

Identiti adalah permulaan kita mengenal sesuatu. Dalam kehidupan seharian kita mampu membezakan baik atau buruk sesuatu perbuatan kerana kedua-duanya mempunyai identity yang tersendiri. Tuhan menjadikan setiap sesuatu dengan sifat dan identity yang tertentu.

--------------------------

Manusia adalah berbeza dengan segalanya,  kerana kita diberikan akal.Maka akal mampu melahirkan identity yang berlapis lapis bermula dari identity sesebuah Negara, Identiti Bangsa dan akhirnya identity diri kita sendiri. Maka adalah malang jika kita lahir dalam bangsa yang tidak mempunyai identity kerana pada hakikatnya kita mengundang Globalisasi  seperti  tulisan dalam buku The End of the Nation State (1995) -Kenichi Ohmae, bahawa sejarah negara-bangsa akan berkubur. Tidak akan ada semangat kenegaraan kerana berlakunya Globalisasi yang menghilangkan identity bangsa.

Dakwaan Kenichi Ohmae ini dianggap tidak Ilmiah pada sesetengan cendikiawan, tapi pada hakikatnya ianya bukan mustahil  kerana jika kita tidak beridentiti kita berubah dan bersatu pada identity yang lebih kuat tarikannya.
-------------------------------------

Peranan Islam dalam identity Melayu itu luas  dan kerana itulah setelah beratus-ratus tahun kita dijajah Belanda,Partugis dan British. Kita masih lagi beragama Islam.Semua ini berlaku atas Identiti Ugama dan Bahasa yang mempertahankan bangsa kita. Bahasa yang menceritakan sejarah  maka kita  masih lagi kenal siapa itu Tok Gajah dan kita tahu Singapura bukan ditemui oleh Francis Light. Begitulah hebatnya Identiti melalu yang terbentuk sama bulat jika diguling dan sama nipis jika dilayang.............

-----------------------------

Tapi pada hari ini sejarah tetap sejarah, apa yang penting sebagai pelapis bangsa kita harus kembali menyampaikan pada setiap generasi bahawa kita adalah bangsa yang 揼ah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Robotic This user has been deleted
Post time 22-5-2005 12:48 PM | Show all posts
Originally posted by Tengku Anis at 18-5-2005 10:57 AM:




Salam DA:hug:

Identiti adalah permulaan kita mengenal sesuatu. Dalam kehidupan seharian kita mampu membezakan baik atau buruk sesuatu perbuatan kerana kedua-duanya mempunyai identity yan ...


Akuk  setujuk meleyu sebenonya dah hilang identity
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.077523 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list