CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6213|Reply: 26

[Sarawak] Rogol sepupu, kekasih bawah umur: Dua remaja dihantar ke Henry Gurney

[Copy link]
Post time 12-9-2021 08:31 AM | Show all posts |Read mode
Remaja 15 Tahun Rogol Sepupu Bawah Umur Di Sarawak, Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney. Kes rogol bawah umur semakin hari semakin membimbangkan pada masa kini. Dilaporkan bahawa, Mahkamah Majistret Kuching telah memerintahkan seorang remaja lelaki untuk dihantar ke Sekolah Henry Gurney Puncak Borneo atas kesalahan merogol sepupu wanitanya yang berusia 15 tahun.

Tertuduh dihantar ke sekolah Henry Gurney Puncak Borneo

Majistret Zubaidah Sharkawi menetapkan pesalah muda yang berusia 15 tahun itu dihantar ke sekolah berkenaan selama tiga tahun berkuatkuasa hari ini, setelah meneliti laporan akhlak dikemukakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pada 25 Jun yang lalu, tertuduh mengaku bersalah apabila didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan. Oleh itu, mahkamah menetapkan kes disebut semula semalam untuk mendengar laporan akhlak remaja tersebut.

Mangsa mengandung selama lebih kurang tujuh bulan

Mengikut pertuduhan, remaja yang tidak diwakili oleh mana-mana peguam tersebut didakwa merogol mangsa dalam satu kejadian antara 1 Januari hingga 31 Disember 2019, di kediaman mereka yang terletak di Siburan.

Berdasarkan keterangan kes ibu mangsa (pengadu), dia telah menyedari bahawa terdapat perubahan fizikal pada tubuh badan anaknya (mangsa) iaitu perutnya semakin membesar. Pengadu seterusnya membawa mangsa ke klinik untuk pemeriksaan dan doktor kemudian mengesahkan mangsa mengandung selama lebih kurang tujuh bulan.  

Difahamkan, mangsa mengaku melakukan hubungan seks dengan sepupunya (pesalah muda), yang dipercayai tinggal sebumbung dengan mangsa. Sehubungan itu, pengadu membuat laporan polis untuk tindakan yang lebih lanjut.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2021 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak marah nak tuduh dua2 ni bersalah tak sampai hati. Muda lagi tak fikir panjang. Masa ni lah kita kena fikir dimana peranan orang dewasa. Bila tinggal sebumbung, tanpa menerapkan perkara halal haram beginilah jadinya. Semoga kita dan keturunan kita dilindungi dari benda-benda mungkar.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2021 08:47 AM | Show all posts
Pendedahan kepada internet dan banyak drama dan movie yang tidak ditapis menyumbang kepada peningkatan kes rogol atau seks suka sama suka dikalangan remaja bawah umur.

Berat tanggungjawab ibubapa di zaman dunia tanpa sempadan ni.

Nak pukul anak anak yg buat kesalahan, tak pasal pasal kena tuduh mendera pulak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2021 08:52 AM | Show all posts
Lengkong replied at 12-9-2021 08:45 AM
Nak marah nak tuduh dua2 ni bersalah tak sampai hati. Muda lagi tak fikir panjang. Masa ni lah kita  ...
Seusia ni ... emosi dan perasaan ingin tahu sangat tinggi ...
serba serbi nak tau ... nak cuba ...

tolak tepi pasal halal haram ... secara moral nya patut ada penekanan dari awal ...mana boleh ... mana tak boleh ...

yang bermasalah ... bila di biarkan tanpa pengawasan dan tanpa teguran.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2021 08:54 AM | Show all posts
acikbrown replied at 12-9-2021 08:47 AM
Pendedahan kepada internet dan banyak drama dan movie yang tidak ditapis menyumbang kepada peningkat ...
mak pak sekarang ambik mudah ... takde masa sebab bz kejar duit ... semua serah kat Cikgu

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2021 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni mesti kes bercinta dgn sepupu..sampai mengandung!

Risaunya dgn remaja sekarang. Ibu bapa kena main peranan betul2. Jgn sampai jadi mcm ni baru nk menyesal. Anak perempuan kena jaga betul. Anak lelaki pun sama..

Tgk media sosial, internet skg. Kuat betul pengaruh buruk kpd anak2. Ada yg dh tak malu mengaku gay lesbian. Bercinta sampai terlanjur. Rosak dh fikiran anak2.

Mak bapa mesti bertegas dgn anak2. Jgn manja sgt anak2.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-9-2021 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Kekadang bukannya rogol tapi lebih kepada nak sama nak. Tapi sebabkan budak pompuan tuew bawah unur, dicaslah rogol. Yang maklap masa depan jantons, yang pompuan terlepas.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2021 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa la tinggal serumah??? Cabaran menjaga anak2 zaman kini..tegas,dikata mengongkong..longgar ibubapa kena pijak.maruah agama hancur pulak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2021 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 12-9-2021 08:52 AM
Seusia ni ... emosi dan perasaan ingin tahu sangat tinggi ...
serba serbi nak tau ... nak cuba ... ...

Betul apa Fc cakap. Umur muda semua nak dicuba dah lah remaja sekarang mudah terdedah pada benda-benda negative dari internet. Terima kasih Fc bagi banyak tacang hari Ahad ni..santai2 baca forum.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2021 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Porn, nafsu dan perasaan ingin tahu yg x terkawal. Dari zaman dulu pun dah ada. Lagi skrg ni, accessibility tu di hujung jari.

Nak salahkan ibu bapa  pun  X boleh juga. Sebab ada je anak pak imam X menjadi. Zaman skrg ni, bekerja sorang nanti cukup2 mkn je. Bila kawal sangat jadi memberontak, kalau lepas sangat perangai menjadi2.

Salah kan diri sendiri. Jangan nak salahkan orang lain lagi2 mak bapak. Kalau sayang kan mak bapak, xde buat perangai macam tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2021 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
rumie dan julie...2 remaja sedang bercinta..berjanji sehidup semati..bersumpah setia...kekal abadi....
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2021 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
nauzubillah.. mmg kena pantau, tambahan lagi klu serumah
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2021 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 12-9-2021 12:06 PM
rumie dan julie...2 remaja sedang bercinta..berjanji sehidup semati..bersumpah setia...kekal abadi.. ...

ooohhhh rumi dan juli.. keabadian cintamu... menjadi lambang setia.. saling cinta menyintai..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2021 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 12-9-2021 08:54 AM
mak pak sekarang ambik mudah ... takde masa sebab bz kejar duit ... semua serah kat Cikgu

Setuju FC, memang pun , I pernah jumpa masa tu I cikgu tusyen, mak pak punya bz, sampai report kad pun suh I pi sign tau... I malas, korang buat anak jagalah anak sendiri, I pi ngaja aja, bab sekolah mak pak yang urus kan, tak pi jugak... last2 anak sign sendiri bawak balik repot kad tunjuk kat I,  bukan tunjuk kat mama ayah depa, mujur lah budak2 tu jadi orang tu pun puas la I smack down pakai mulut hari2 5 kali seminggu...
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2021 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Berbeza Sgt hubungan sepupu antara dulu dgn skrg. Dulu sepupu dh mcm keluar seperut.Rapat dan penuh kasih sayang. Zaman skrg pulak.. Nauzubillah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2021 05:44 PM | Show all posts
akuchenta replied at 12-9-2021 09:39 AM
Ni mesti kes bercinta dgn sepupu..sampai mengandung!

Risaunya dgn remaja sekarang. Ibu bapa kena ...
Mak bapa mesti bertegas dgn anak2. Jgn manja sgt anak2.

sangat2 setuju ...
dua2 mesti sepakat ...
tak leh ler sorang displin kan ... sorang lagi asyik memujuk ...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-9-2021 05:48 PM | Show all posts
AnnaSendin replied at 12-9-2021 10:24 AM
Kekadang bukannya rogol tapi lebih kepada nak sama nak. Tapi sebabkan budak pompuan tuew bawah unur, ...
perempuan lebih teruk rasa nya dengan persepsi masyarakat sekeliling ...
lagi lagi dah mengandung tu ...

yang lelaki nya yer memang kena hukum ...
habis hukuman ... 3 tahun ... bebas lah dia ...
tak berkudis pun pada pandangan masyarakat ...
masyarat masih boleh menerima ... tak seperti yang perempuan ... akan kena cerca seumur hidup...

realiti masyarakat kita...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2021 05:49 PM | Show all posts
Belibis replied at 12-9-2021 10:47 AM
Kenapa la tinggal serumah??? Cabaran menjaga anak2 zaman kini..tegas,dikata mengongkong..longgar ibu ...
ramai rasa nya ... lebih2 kat kampung ... akan tinggal ramai2 serumah ...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2021 05:52 PM | Show all posts
Lengkong replied at 12-9-2021 11:19 AM
Betul apa Fc cakap. Umur muda semua nak dicuba dah lah remaja sekarang mudah terdedah pada benda-b ...
kadang payah kan bila mikir ...
kita jaga dah elok2 ...
bila dia ke sekolah...?
bila dia dah ramai kawan...?
bila dia dah ada henpon sendiri ...?

baik solo jer

FC suka bagi tacang kat yang bagi komen bernas ... bagi info...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2021 05:54 PM | Show all posts
Skuau replied at 12-9-2021 12:06 PM
rumie dan julie...2 remaja sedang bercinta..berjanji sehidup semati..bersumpah setia...kekal abadi.. ...
pastu nyanyi lagu ni ...



Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.461646 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list