CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3638|Reply: 7

[Sarawak] Peningkatan Kes Covid Sarawak 12/09/2021

  [Copy link]
Post time 12-9-2021 06:12 PM | Show all posts |Read mode
Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak ingin memaklumkan bahawa pada 12 September 2021, sebanyak 5,291 kes baharu COVID-19 telah dilaporkan di Sarawak, menjadikan kumulatif kes adalah sebanyak 156,798 kes.

Ini merupakan bilangan kes baharu harian tertinggi dicatatkan di Sarawak dan hari kelapan berturut-turut bilangan kes harian melebihi angka tiga ribu bermula 5 September 2021.

Jumlah 5,291 kes baru hari ini adalah dari 28,065 keputusan sampel yang diuji. Kadar positif adalah 18.8 peratus. Kadar ini meningkat dari purata 14.5 peratus. Ini menunjukkan kejadian penularan ini telah berlaku secara meluas dalam komuniti. Peningkatan kes harian telah menyebabkan peningkatan aktiviti pengesanan aktif kontak kepada kes di semua bahagian di Sarawak terutamanya di lokaliti yang mempunyai kluster aktif.

Bilangan sampel yang tinggi ini telah membebankan kapasiti makmal sedia ada dan justeru memanjangkan tempoh masa diperlukan untuk memperolehi keputusan ujian (‘turn-around-time’) walaupun melalui penyumberluaran yang telah dilaksanakan. Ini mengakibatkan banyak sampel yang tertunggak sehingga lima hari. Walaupun terdapat tunggakan masa dalam memperolehi keputusan, semua kontak yang berisiko telah diberi Home Surveillance Order (HSO) bagi mengelakkan penyebaran dalam komuniti.

Daripada jumlah 5,291 kes baharu yang dikesan pada hari ini, 99.9 peratus kes berada pada tahap kategori 1 (tiada gejala) dan kategori 2 (mempunyai gejala yang ringan) semasa dikesan positif.

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak sedang dan terus menjalankan pemantauan bagi menilai situasi COVID-19 di Sarawak. Langkah-langkah penambahbaikan dijalankan mengikut situasi semasa.

Penggunaan Rapid Test Kit (RTK) Antigen akan digunakan dengan lebih meluas di seluruh Sarawak bagi mengenalpasti kes positif dengan kadar yang cepat agar tindakan kawalan dapat dilakukan dengan pantas.

Perancangan strategi mitigasi sedang dirangka dan strategi terperinci akan diumumkan dalam masa terdekat setelah dibincangkan bersama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Orang ramai diseru untuk terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang betul iaitu pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal pada setiap masa.

Bersama-samalah bertanggungjawab untuk memutuskan rantaian perebakan jangkitan COVID-19 ini.

Sekian, terima kasih.

Dato' DR MOHAMED SAPIAN BIN MOHAMED DIMP.SMP
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak
12 September 2021




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-9-2021 06:17 PM | Show all posts
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN) menasihatkan orang ramai agar tidak leka dan terus kekal waspada. Pastikan saranan dan nasihat-nasihat kesihatan diamalkan pada setiap masa.

Antara nasihat yang sewajarnya dijadikan satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian adalah:

Elakkan 3S / 3C: iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close
conversation).

Amalkan 3W: iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan memakai alat pelitup separuh muka (penutup hidung dan mulut – facemask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:

o Elakkan bersalaman / bersentuhan;

o Amalkan etika batuk dan bersin;

o Dapatkan rawatan segera jika bergejala;

o Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;

o Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Selain itu, ingatlah kepada S.O.P, iaitu:
o S: Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB);

o O: Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera
menjalani pemeriksaan kesihatan;

o P: Penjarakan fizikal (physical distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

Stay Vigilant, Stay Safe, Stay Healthy, Save Lives

Jaga Sarawak, Intu Sarawak

SEKRETARIAT
JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA NEGERI SARAWAK
12 SEPTEMBER 2021
6.00 PETANG







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2021 06:19 PM | Show all posts
Bilangan kes tinggi hari ini adalah "BACK LOG " selama 5 hari yang lepas ...



Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2021 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by akuchenta at 12-9-2021 06:54 PM

Penjelasan drpd Pengarah Kesihatan Sarawak




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2021 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Daripada jumlah 5,291 kes baharu yang dikesan pada hari ini, 99.9 peratus kes berada pada tahap kategori 1 (tiada gejala) dan kategori 2 (mempunyai gejala yang ringan) semasa dikesan positif.

Positif rate pun naik 18.8
Kematian di Sarawak 8 org..

Risaunya. Ramai sgt yg tak patuh sop. Masih lagi bawa anak jalan di mall
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2021 07:09 PM | Show all posts
akuchenta replied at 12-9-2021 06:58 PM
Daripada jumlah 5,291 kes baharu yang dikesan pada hari ini, 99.9 peratus kes berada pada tahap kate ...
lebih merisau kan bila ada BID ... kematian yang d bawa ke Spital ...

sebab sekarang ni ... walaupun positip... kuarantin kat rumah jer jika takde gejala ...

Penting kena ada Oximeter untuk setiap rumah ... tengok selalu berapa kandungan oksigen dalam badan ... kurang dari 95 ... cepat cepat hantar diri ke Spital

https://warrior.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1266210


dan boleh juga baca ni...

https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1270175



Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-9-2021 07:14 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2021 07:16 PM | Show all posts


https://covidnow.moh.gov.my/


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 09:46 PM GMT+8 , Processed in 0.067916 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list