CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: MinahMalang

mana jodoh

[Copy link]
Post time 24-9-2021 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
MinahMalang replied at 24-9-2021 03:42 PM
actually saya ada luahkan perasaan kat kawan kerja..mula2 dy cakap dy da ada someone..tapi sebul ...

Okey macam nih lah TT, nak bersuami ni bukan mudah, apatah lagi nak beristeri bagi pihak lelaki, kalau dalam peringkat perkenalan, terlalu banyak kekeliruan & tarik tali, antara pihak lelaki & wanita, boleh bayang kalau dua2 dah kahwin macam mana. Habit nih akan kekal dalam rumahtangga, nak kahwin kena ada teamwork ( chemistry )

Saya faham TT suka lelaki yang bersungguh & bersikap terbuka fikirannya, kalau si dia tak ada ciri2 lelaki begitu; iaitu jenis lelaki yang TT nak habiskan seumur hidup TT sampai akhir hayat bersama, TT dah kalah besar kat situ,

Sikap mana2 bakal suami yang TT dah tengok & tak berkenan untuk dibawa sampai tua, itu cuma masalah, saya faham manusia tak sempurna, kat sini kita tak nak cari yang sempurna, kita nak yang boleh sokong kita, hormat kita, terima pendapat kita, boleh diajak berbincang & matang, kita nak cari suami, ketua keluarga untuk kita & anak2 kita. Bukan takat cari lelaki.

Saya harap TT lebih fokus pada keperluan TT sendiri sebagai bakal isteri seseorang, senaraikan list2 ciri2 suami idaman sis, dan dengan teguhnya berdoa ikut list tuh, berapa ramai perempuan yang memasukkan diri mereka ke alam perkahwinan yang tak bahagia atas sebab asal berlaki.

Bila dah terlambat, bila dah rasa hidup sendiri lebih mudah & happy, tak banyak masalah, tak peningkan kepala, mereka kembali single, perkahwinan dah jadi satu benda yang try and error untuk orang zaman now. Padahal asal sebuah perkahwinan itu untuk menaikkan darjat wanita.

Saya doakan semoga TT beroleh jodoh sesuai dengan ciri2 yang TT nak, yang bangga jadi suami TT, bangga jadi bapa kepada anak2 TT, bangga jadi sebahagian dari diri TT.

Good Luck TT

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-9-2021 04:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MinahMalang at 25-9-2021 04:04 AM
MenteriWanita replied at 24-9-2021 06:17 PM
Okey macam nih lah TT, nak bersuami ni bukan mudah, apatah lagi nak beristeri bagi pihak lelaki, k ...


skrg pon kat tempat kerja pon saya sorang je tak kawin lagi..orang lain semua da nak kawin..dalam umur macam nie bila takde sape2 saya ase sgt risau..tkot tak kawin sampai bila2..cuma itu la..sy pon communication skills sgt trok..at least berkenalan dulu dengan lelaki tu..klu online lagi saya tak percaya..hmmm tp klu berdoa tanpa usaha pon tak boleh..kena usaha jugak..klu makanan depan mata tapi kita tak suap dia takkan pergi ke mulut jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2021 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Sama la kte tt..
Mcm forummer menteri wanita tu ckp la..iols setuju semua..
Selain tu ubah penampilan tu salah satu usaha jgk..
Tp mnda ni takdir..kalau tt xkisah dpt jodoh mcmana..mmg bila2 je boleh kawen..
Tp kalau nk yg btul2 baik tu..biasa la lmbt skit kn..
Tp ada je yg cntik..kemas tp susah btul nk dpt jodoh..mgkn llaki2 pun pkr dia jnis high maintainance  kot walaupun dia biasa je sbnrnya..
Tp ada plak kenalan sy yg biasa2..rupa n penampilan biasa sgt..dua kali berjodohan..
Mari lah kte doa yg sama2..sambil2 tu hargai apa yg kte ada skrg..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2021 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
MinahMalang replied at 25-9-2021 04:02 AM
skrg pon kat tempat kerja pon saya sorang je tak kawin lagi..orang lain semua da nak kawin..dala ...

Kalau nak suap makanan, tak kompem masuk mulut TT, boleh juga terjatuh, itu maksud makanan tuh bukan hak kita, walaupun kita nak & menginginkannya.

TT kata masa confess lelaki tuh kata dah ada yang punya, eh tiba2 dia nak merisik TT, adakah pihak sana tolak kemudian dia pilih TT untuk rebound, itu TT kena lah tanya dia bersungguh, ini melibatkan masa depan TT.

Saya faham ketakutan TT, orang2 yang lambat kahwin nih, dia diumpamakan macam orang yang tengah sakit, takut tak sembuh, jadi segala ubat dia telan nak cepat baik, kalau nasib dia baik, dia sembuh, kalau tak baik, dia overdose.

TT teruskan jela perancangan TT kalau TT rasa tuh yang terbaik, bersemuka & berbincang dengan dia sebaiknya.

Good Luck TT.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2021 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
MenteriWanita replied at 25-9-2021 08:20 AM
Kalau nak suap makanan, tak kompem masuk mulut TT, boleh juga terjatuh, itu maksud makanan tuh buk ...

saya pon confuse jugak..kenapa cakap da ada tetibe nak dtg merisik saya plak..lepas tu dia cakap lagi kat saya ko nak kan sebenar eaa..mcm saya terhegeh2 plak kat dia..tp skrg pon dengan dia tak jadi..maybe saya kurang bagi response..sebab saya pon tak tau hati dia macam mana..mmg dia betul2 nak ke atau saya second choice je..skrg setiap ari saya tahajud doa mintak tunjuk mana jodoh saya Yang sebenar eaa
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2021 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
MinahMalang replied at 25-9-2021 09:32 AM
saya pon confuse jugak..kenapa cakap da ada tetibe nak dtg merisik saya plak..lepas tu dia cakap l ...

Macam yang saya pernah kata sebelum nih, semua perempuan sama, nak kan lelaki yang matang & bertanggungjawab, bukan yang buat dia lebih insecure & tak stabil dari segi emosi & perasaan.

Ramai perempuan marry a man with a boy mentality, akibat tak sabar, pilih lelaki yang tak matang walaupun lelaki tuh lebih berumur. Fitrah lelaki menambah kekuatan perempuan, sebab perempuan secara azali sifatnya rapuh & lemah.

Saya faham awak cinta dia, cinta awak pada dia memang boleh bawa awak ke gerbang perkahwinan, tapi adakah cinta awak pada dia, akan dapat membantu awak bertahan dengan ketakutan yang bakal diberi pasangan,

Di saat dia kritik awak, adakah cinta awak pada dia boleh membantu terima kritikan dengan hati terbuka, bila dia merendahkan kan awak kata macam awak yang terhegeh2 adalah cinta itu mengakui a'ah betul awak terhegeh, bila awak tahu awak adalah second choice, adakah cinta awak pada dia okey w that situation. Semua jawapan diatas ada pada awak,

Memang betul ketakutan yang dirasai akan mudah untuk orang yang tahu pasal nih, untuk ambil kesempatan pada perempuan, perempuan yang takut kesorangan akan sauk mana2 orang utk jadi pasangan,

Lelaki narcissist, mat pit, & biawak hidup pun tahu hal nih, dorang akan pilih pasangan ikut tahap ketakutan mereka, dia cari yang rapuh, dah berumur dan kerja bagus, dia masuk jarum, Alhamdullilah dapat bini yang akan cari makan untuk dia seumur hidup.

Doalah pada Allah SWT semoga ketakutan awak tuh berubah jadi keberanian, berani untuk pilih siapa yang betul2 layak jadi pasangan awak, siapa yang layak untuk masuk dalam hidup awak, siapa yang layak jadi bapa pada anak2 awak, siapa yang layak untuk jadi ketua keluarga awak.

Berkenalan lah dengan mana2 lelaki yang awak berkenan dengan akhlak mereka, buang rasa malu, sebab nak cari bapa yang baik untuk anak2, tukar ketakutan kepada keberanian. Berani untuk anak2 awak.

Good Luck TT.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-9-2021 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
MenteriWanita replied at 25-9-2021 09:08 PM
Macam yang saya pernah kata sebelum nih, semua perempuan sama, nak kan lelaki yang matang & bertan ...

nak berkenalan dengan lelaki pon saya takde masa..sebab hidup saya pergi kerja and balik kerja je..tapi betul saya kena kuat..dia asyik buat saya insecure..cakap saya tak up to date la..saya takde la hodoh..ada jugak org ckp saya comey..dia mcm byk merendahkan saya jugak..so saya pikir baik saya cari lelaki Yang boleh terima saya seaadanya..yang betul sayang saya..bukan saya je yang sayang dia ..tapi setakat ni tak jumpa lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
MinahMalang replied at 26-9-2021 08:51 AM
nak berkenalan dengan lelaki pon saya takde masa..sebab hidup saya pergi kerja and balik kerja je. ...

Good Luck TT.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2021 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
MenteriWanita replied at 25-9-2021 08:08 PM
Macam yang saya pernah kata sebelum nih, semua perempuan sama, nak kan lelaki yang matang & bertan ...

Suka sangat baca pendapat u ni menteri.. thank you
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
sweetpea911 replied at 26-9-2021 04:18 PM
Suka sangat baca pendapat u ni menteri.. thank you

You're welcome.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
MenteriWanita replied at 23-9-2021 03:12 PM
Salam TT yang comel kiut muit,

Begini lah, rasanya awak pun dah tahu masa awak dalam perut, umur  ...

Wahhh nasihat yg bagus dr menteri wanita...i like it...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 03:02 AM From the mobile phone | Show all posts
MsPercy replied at 27-9-2021 09:39 PM
Wahhh nasihat yg bagus dr menteri wanita...i like it...

Terima Kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2021 10:05 AM | Show all posts
klu ko ada bakat melawak...lg senang dpt bf...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2023 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
dah 2 tahun sekarang Masih lagi tak kawin. Mungkin jodoh mmg dekat syurga. Nagis lah. ????????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2023 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
dah 2 tahun sekarang Masih lagi tak kawin. Mungkin jodoh mmg dekat syurga. Nagis lah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2023 08:10 AM | Show all posts


melawak huhuhu

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2023 01:46 PM | Show all posts
kalau jodoh itu ada jual kt shoppee, dah lama saya beli cari sana
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:31 AM GMT+8 , Processed in 0.106517 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list