CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1609|Reply: 1

Nazirul sudah ‘gian’ mahu pulas throttle motosikal

[Copy link]
Post time 14-9-2021 07:42 AM | Show all posts |Read mode
PELUMBA Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor, Nazirul Izzat Bahauddin mengakui tidak sabar untuk kembali berentap menjelang pusingan ketiga dan keempat Kejuaraan Cub Prix Malaysia minggu depan.

Nazirul yang beraksi dalam saingan CP150 mengakui sangat teruja selepas perlumbaan Cub Prix disambung semula setelah hampir lima bulan ditangguhkan berikutan kes pandemik Co-vid-19 yang melanda Malaysia.

Begitupun, pelumba berusia 21 tahun itu bertekad untuk te-rus menghadiahkan kemena-ngan buat pasukannya menjelang dua perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Utara pada 18 dan 19 September nanti.

“Saya akui memang tidak sabar untuk pulas throttle minyak kerana hampir lima bulan tiada perlumbaan Cub Prix. Saya amat gembira kerana perlumbaan kembali berlangsung dan teruja dapat kembali bersama pasukan menjelang perlumbaan sebenar nanti.

“Apa pun, cabaran pasti ada kerana kami perlu berdepan dua perlumbaan berturut-turut di Sepang. Bukan satu tugas yang mudah dan pelumba perlu mempunyai stamina yang cukup kuat.

“Saya yakin mampu melakukannya kerana pada 2019, saya pernah berdepan jadual seperti ini apabila perlu bersaing tiga perlumbaan iaitu CEV, ARRC dan Cub Prix,” katanya kepada -Kosmo! semalam.

Dalam pada itu, Nazirul yang meraih kemenangan pertama bersama pasukannya pada pu-singan kedua di Sepang bertekad untuk menaiki podium sekali lagi.

“Saya harap mampu mengekalkan aksi terbaik di Sepang sekali gus menjulang kemenangan pada perlumbaan pusingan ketiga nanti.

“Saya perlu berwaspada kerana ketika ini saya hanya dipisahkan satu mata dengan pelumba ONEXOX TKKR Racing Team, Muzakkir Mohamed. Justeru, podium adalah sasaran saya -minggu depan,” tambahnya. - Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-9-2021 07:45 AM | Show all posts

NAZIRUL (kiri) yang mewakili pasukan Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor sudah tidak sabar untuk bersaing pada perlumbaan Cub Prix selepas hampir lima bulan ditangguhkan akibat Covid-19.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:05 PM GMT+8 , Processed in 0.140075 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list