Bagi netizen, cadangan tersebut sangat lah tidak praktikal. Mengapa pula perlu membeza-bezakan kedai ayam sedangkan kerajaan boleh bertindak dengan lebih bagus menerusi penyelesaian panjang iaitu harga dedak ayam!
"Mohon perkasa mutu penyampaian. Tak semua akan ke pasar raya. Sila lantik pegawai media sosial yang cakna dalam semua perkara. Jangan jadi kurang cerdik bila kongsi twit kepada rakyat."
Malahan netizen turut mengkritik menteri serta pegawainya yang tidak prihatin dengan masalah asas.
Bagaimanapun, setelah mendapat banyak kritikan, KPDNHEP akhirnya memadam twit tersebut.
Apa pendapat anda? - CARI