CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1676|Reply: 1

Sistem peranti halo selamatkan Hamilton

[Copy link]
Post time 14-9-2021 10:03 PM | Show all posts |Read mode
MONZA, Itali – Juara dunia tujuh kali Formula Satu (F1), Lewis Hamilton menegaskan, sistem peranti halo pada jentera F1 menyelamatkan nyawanya selepas terlibat dalam insiden kemalangan dengan Max Verstappen pada Grand Prix (GP) Itali di Litar Monza kelmarin.

Pada perlumbaan itu, kedua-dua pelumba terbabit dalam insiden kemalangan selepas bergesel sesama sendiri yang menyaksikan tayar belakang jentera Verstappen berada di atas badan kereta Hamilton sebelum terkeluar daripada litar.

Hamilton mengakui, dia bernasib baik kerana sistem peranti halo dapat menahan bebanan tersebut daripada ter-kena kepalanya sekali gus menyelamatkan nyawanya kerana jika tidak, mungkin berdepan risiko yang lebih parah.

“Ketika insiden itu, saya lihat tayar belakang Verstappen tepat mendarat di atas kepala saya. Ini antara risiko yang saya hadapi dan sudah pasti saya terkejut apabila insiden ini berlaku.

“Leher saya sedikit sakit sejurus insiden kemalangan itu. Saya sangat beruntung tiada perkara yang tidak diingini berlaku. Mujur ada pelindung yang menyelamatkan saya.

“Jika anda melihat gambar itu, kepala saya agak jauh ke depan. Saya sudah berlumba untuk tempoh yang lama dan rasa sangat bersyukur kerana masih ada di sini,” kata Hamilton.


KEADAAN kepala Hamilton hampir dilenyek tayar jentera Verstappen pada GP Itali kelmarin . -AFP

Sementara itu, Hamilton kesal dengan tindakan Verstappen yang beredar terus tanpa memberikan bantuan atau memeriksa keadaannya sejurus kemalangan tersebut.

“Semua terjadi dengan sangat cepat dan ketika itu saya masih dalam mod perlumbaan. Saya berada dalam kesakitan dan cuba keluar tetapi tidak berjaya kerana jentera tersekat.

“Saya lihat Verstappen hanya berjalan keluar daripada jenteranya. Saya terkejut kerana apabila terbabit insiden kemalangan seperti ini, perkara utama adalah pastikan pelumba di belakang anda dalam keadaan yang baik,” jelasnya.

Akibat insiden tersebut, -Verstappen dipersalahkan dan menerima hukuman penalti tiga petak pada perlumbaan GP Rusia di Litar Sochi dijadualkan 26 September ini. – AGENSI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-9-2021 10:04 PM | Show all posts

HAMILTON terselamat daripada insiden ngeri selepas jentera Verstappen (kanan) melambung ke atasnya pada GP Itali di Litar Monza kelmarin. - AFP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.056486 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list