CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8739|Reply: 54

'Buntat' jual roti canai

  [Copy link]
Post time 15-9-2021 12:19 AM | Show all posts |Read mode
'Buntat' jual roti canai


'BUNTAT' di kedai roti canai bapanya.

LIMA tahun lalu, watak Buntat yang dilakonkan Muhammad Ariff Abdullah, 17, dalam drama bersiri 7 Hari Mencintaiku pernah mencetuskan fenomena sehingga meraih populariti dalam sekelip mata.

Kini, Muhammad Ariff lebih memberi fokus kepada pelajaran kerana bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijangka tahun depan.



Selain itu, Muhammad Ariff yang kini meningkat remaja turut mengambil kesempatan membantu bapanya yang menjual roti canai di medan selera di Jitra, Kedah.

Melihatkan tingkah lakunya kini, Muhammad Ariff lebih petah berbicara selain tidak kekok ketika mengambil pesanan dan melakukan kerja di kedai bapanya.

Malah, berbanding ketika awal mencipta nama, dia juga semakin ramah dan selesa ketika diaju pelbagai soalan mengenai perkembangan dirinya.

Tidak lekang dengan senyuman, Muhammad Ariff berkata, dia teringin untuk berlakon, namun disebabkan pandemik Covid-19 dia terpaksa memperlahankan aktiviti lakonan selain tidak menerima sebarang tawaran.


MUHAMMAD Ariff membantu bapanya, Abdullah Kasim,56, menyediakan roti canai di medan selera di Jitra, Kedah.

"Mungkin ada hikmahnya juga kerana disebabkan Covid-19 ini saya dapat fokus kepada pelajaran kerana bakal menduduki peperiksaan SPM.

"Kali terakhir saya menjalani penggambaran tahun lalu dalam satu babak drama 7 Hari Mencintaiku 2 dengan memegang watak sebagai Ariff," katanya di kedai roti canai bapanya.



Menurutnya, dia tidak kisah sekiranya ditawarkan watak apa sekalipun selepas ini, namun ia mungkin perlu seiring dengan usianya yang meningkat remaja.

"Saya seronok berlakon dan yakin akan dapat menjiwai apa saja watak yang diberikan kerana minat dan enggan sia-siakan bakat yang ada," katanya.

Selain mencipta nama dalam drama bersiri 7 Hari Mencintaiku, Muhammad Ariff juga pernah berlakon dalam filem Jibam yang ditayangkan pada 2017 dengan memegang watak sebagai kanak-kanak istimewa.



Walaupun menghidap disleksia serta menghadapi masalah untuk membaca dan menulis, namun Muhammad Ariff mempunyai daya ingatan yang kuat dan cenderung kepada perkara diminatinya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2021 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Besar dh dia. Budak pompuan yg jd anak go yong dlm train to busan pun dh besar.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Ohhh ingat buntat forumer
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 01:18 AM From the mobile phone | Show all posts
wow dh 5 tahun berlalu
time flies smpi ai x sedar pun
tp drama tu meletops gK la..ada sallywho kan
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 07:44 AM | Show all posts
dah besar buntat ..bagus jenis tak buat kerja yg bukan2
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
bagus dik, tolong ayah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2021 08:16 AM | Show all posts
semoga dimurahkan rezeki Buntat dan semua yg rajin berusaha.......
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok la bantu buat roti canai, takdela ngadap game je  ya dr kul 2 pagi sampai 7 pagi.
Pastu kelas pdpr pun tak masuk sebab baru nak masuk tidur.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2021 10:10 AM | Show all posts
Semoga sentiasa dimurahkan rezeki Muhammad Ariff Abdullah~
Rajin dia tolong bapa dia.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus buntat..semoga dimurahkan rezeki..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Jitra tang mana?
Jom kaka @sarah82
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
trexxxxxi replied at 15-9-2021 10:18 AM
Jitra tang mana?
Jom kaka @sarah82

Muahaha kak sarah tgk gerai tu mcm area belah bandar darulaman.. Puas belek bukan area market jitra atau depan kfc lama.. Huwaa.. Teringat burger lebai
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus dik buntat bantu mak ayah. Boleh belajar skill meniaga sekali. Tetiba teringat scene interrogation dalam lagi2 senario "gaji penebar roti canai lebih tinggi dari gaji penggali kubur"
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 15-9-2021 10:21 AM
Muahaha kak sarah tgk gerai tu mcm area belah bandar darulaman.. Puas belek bukan area market jitr ...

Ada lg ke burger lebai...dh lm tak mkn... Last mkn 3thn lps rasanya tp dh kurang sikit rasa dia tak brp nk sedap mcm yg mkn sblm ni....
Rasanya gerai dia kat balai polis tu kot...ada medan dpn tu...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
q@2a replied at 15-9-2021 10:30 AM
Ada lg ke burger lebai...dh lm tak mkn... Last mkn 3thn lps rasanya tp dh kurang sikit rasa dia ta ...

Yg depan sekolah tu kan? Dulu ada makcik jual karipap sedap dsn juga laicikang jalanan.. Fuhhh..

Last time sebelum balik alor setar.. Awal tahun ni ada lagi.. Lagi satu rindu kat nasi ayam yg medan depan kfc tu.. Nasi ayam rm 6.50 dpt ayam extra..sambal sedap.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai jer budak disleksia yang kreatif dan cemerlang dalam bidang yang diceburi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2021 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 15-9-2021 10:33 AM
Yg depan sekolah tu kan? Dulu ada makcik jual karipap sedap dsn juga laicikang jalanan.. Fuhhh..
...

Kalau dia tak pindah lagi la..tp rasanya situ mmg kedai ayh dia pun kan... Sate kat medan tu pn sedap jgk..

Nnt blk nk kena buat jln2 cari mkn lagi ni.. Simpan duit utk beli makan ja kahkahkah selalu blk tak dan nk mkn nasi aym kat kfc tu... Byk benda sgt nak mkn hahaha

Satu lagi nasi ayam kat tok jalai.. Nasi ayam cikgu org panggil yg bwh pokok besar tu... Kat situ pun sedap juga nasi ayam dia
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
q@2a replied at 15-9-2021 10:43 AM
Kalau dia tak pindah lagi la..tp rasanya situ mmg kedai ayh dia pun kan... Sate kat medan tu pn se ...

Hahahaha.. Betul.. Nasi ayam cikgu.. Asyik sold out saja bila pi beli.. Kena plan betul3 bila boleh merentas daerah.. Nak pi jitra beli makanan sedap2..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 11:01 AM | Show all posts

meols pun ingat buntat forumer
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 11:02 AM | Show all posts
janji halal dik

moga murah rezeki dan sentiasa sihat ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:11 PM GMT+8 , Processed in 0.080552 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list