Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
5510
View
82
Reply

[Tempatan] "Kenapa mahal sangat sampai RM10 juta?" Banyak sangat orang nak 'mark up?-TMJ

[Copy link]

Author: YgBenar    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 15-9-2021 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 15-9-2021 07:25 AM

KUALA LUMPUR: "Kenapa mahal sangat sampai RM10 juta?"

Itu persoalan yang ditimbulkan pemilik pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim selepas Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mendedahkan kos sebanyak RM10 juta diperlukan untuk membuat padang baharu di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
Ini kerana Tunku Mahkota Johor itu menjelaskan beliau hanya memerlukan RM1.4 juta untuk membuat padang menggunakan rumput jenis Zoysia di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) yang lengkap dengan sistem perpaipan, tanah dan pelbagai lagi.

"Saya berbual dengan Menteri KBS baru-baru ini dan tanya berapa kos saya buat padang. Dia terperanjat apabila saya cerita kos padang kerana dia dapat tawaran buat padang baharu di Bukit Jalil yang sama seperti ini, RM10 juta. Banyak sangat orang nak 'mark up.'


"Saya buat RM1.4 juta sahaja. Saya pakai Zoysia. Kos dia tetap sama... paling mahal pun RM1.5 juta, takkan ada lebih mahal daripada itu. Kenapa jadi sampai RM10 juta?

"Untuk kos penyelenggaraan pun, (kos) tidak lebih RM300,000 setahun. Kalau ada orang nak selenggara padang perlukan berjuta-juta, itu cerita dongeng.

"Jadi kalau boleh saya nak minta pada kerajaan dan KBS, bajet yang ada jangan diberikan pada kelab tetapi pada Majlis Sukan Negeri (MSN) untuk buat padang. RM1.4 juta untuk 14 negeri, bagi saya tiada apa-apa," katanya menerusi rancangan Bola@Mamak, malam tadi.

Dalam masa sama, Tunku Ismail turut mengakui kualiti padang di negara ini sudah jauh ketinggalan berbanding negara jiran seperti Thailand, Filipina, Myanmar dan Singapura memandangkan rumput jenis 'cowgrass' masih digunakan di sini.

"Dua padang (yang baik) adalah di JDT dan Terengganu FC (TFC). TFC ambil inisiatif yang tepat dan bagus untuk ubah padang mereka Tak guna ada fasiliti tetapi padang masih 'old school'. Pemikiran itu perlu ditukar.

"Jangan buat fasiliti kerana nak tunjukkan apa JDT ada, kita kena ada. Padang adalah keutamaan dan benda pertama kena tukar adalah padang. Sampai bila kita nak pakai 'cowgrass'. Jangan malukan kita kerana negara jiran pun dah berubah.

"Saya harap Negeri Sembilan, Kedah, Melaka, Sabah, Sarawak, Selangor dan semua ada padang seperti ini. Padang seperti ini akan naikkan mutu permainan kita apabila kita bertanding. Tahap pasukan akan meningkat kalau pasukan ada padang yang bagus.

"Kita main 'cowgrass' sepanjang tahun tetapi apabila skuad kebangsaan beraksi di luar, kita jadi kekok. Padang adalah pelaburan jangka masa panjang," katanya.
https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/sukan/bola/2021/09/863885/banyak-sangat-orang-nak-mark-tmj

IMG_20210915_072222.jpg
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Stadium Nasional Blow Job
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka orang yang letak harga tinggi tu.
Macam ni sebaiknya. Jumpa dan bincang dengan yang dah ada pengalaman. Majulah sukan untuk negara.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
teringat dlu taun 1990an opis aku pindah. aku kontek la syarikat pindah barang
"Encik ni swasta ke gomen? kalau swastarm30,000 kalau gomen rm70,000.
" eh pesal gomen mahal?"
" gomen payment lambat encik, kami kena keluar modal dlu"

tu baru pindah barang,lain2 aku  xtaw
betapa ruginya negara bila bayaran sepatutnya tetapi dinaikan. skang ni aku x taw cm ne
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni jenis sub sub sub sub sub con berapa level sampai boleh jadi 10 juta.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
TuntungReturn replied at 15-9-2021 07:49 AM
teringat dlu taun 1990an opis aku pindah. aku kontek la syarikat pindah barang
"Encik ni swasta ke  ...

Tekan habis eh kalau gomen.
Kali ni aku nak team TMJ. Semoga menggelabah orang yang Mark up sampai 10juta tu. Gilakk
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Duit tepi..duit bawah..duit atas, so berjuta jadinye
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Menten rumput lebih mahal dari tanam sayur
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 08:11 AM | Show all posts
Pejai mudah tertipuuuuu.......
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 08:25 AM | Show all posts
kalau padang quote 10juta tapi maintenance warranty 30tahun boleh lah tahan kira....
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalo dah sub con sampai 10level mau tak jd 10juta
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 08:37 AM | Show all posts
main sub sub ni kira halalkah? tolong jawab siapa yang tau..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Pastu subcon ke sepuluh dapat sejuta je, nak maximize profit margine so bina pakai bahan nilai 500k ja
End up bumbung runtuh
Rasa macam tengok cerita Tamil corruption level tertinggi
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 08:40 AM | Show all posts
Nak tunggu apa jawapan/alasan dia orang.........
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
apartment kecik pun setengah juta..
takkan la stadium 1.5juta..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Syed suck dxck jgn terasa eh
Kes duit kbs nanti kena buka
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Gomen mmg bayar lambat... Kalau blh bayar cash on the spot blh murah sikit, walaubagaimana pun markup jgnla terlampau tinggi, tinghi sikit dari pihak swasta mmg blh diterima
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Kroni UMNGOK memang makan banyak..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 09:36 AM | Show all posts
hakikat nya bergitu la. pernah nampak quotation dan PO untuk sebuah sekolah asrama membekalkan barang2 basah ke asrama tersebut. harga bawang,kentang, beras , minyak semua jauh lebih mahal dari harga barang runcit apatahlagi pasaraya dan pasar borong.dalam hati aku dah kenapa pihak pengurusan sekolah tak ambik di pasar borong je gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
kek kampung aku depa nk buat padang taraf daerah mandangkan jumlah ank muda yg ramai...tolak tanah sekerat jalan dr taun 2000 lg sampai la ni apa pon tada....korup nya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list