CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7459|Reply: 50

[Tempatan] Pembantu perubatan dituduh sebabkan dua maut

[Copy link]
Post time 15-9-2021 08:39 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 14-9-2021 04:51 PM

Pembantu perubatan dituduh sebabkan dua maut [METROTV][size=14.399999618530273px]

[size=14.399999618530273px]Hidayatidayu Razali
am@hmetro.com.my





Tanah Merah: Pembantu perubatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian dua penunggang motosikal dan seorang lagi parah dalam kemalangan jalan raya di Jeli, Jumaat lalu.
Tertuduh, Zurailie Muhamad, 36, mengaku tidak bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Nasruddin Mohamed.
Zurailie yang bertugas di sebuah klinik kerajaan didakwa memandu sebuah kereta secara merbahaya sehingga menyebabkan kematian dua penunggang motosikal, manakala seorang lagi cedera parah.
Kesalahan didakwa dilakukan di Kilometer 87, Jalan Kota Bharu-Machang-Gerik dekat Jeli kira-kira 11.11 pagi pada 10 September lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 338/87).
Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 10 tahun dan denda tidak kurang RM20,000 serta tidak lebih RM50,000.
Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Mazuin Che Mahmood yang menawarkan jaminan sebanyak RM20,000 kepada tertuduh yang tidak diwakili peguam.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 1 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Tertuduh membayar ikat jamin yang ditetapkan oleh mahkamah.

ZURAILIE Muhamad didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu kereta sehingga menyebabkan kematian. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Media sebelum ini melaporkan, dua lelaki maut dan seorang cedera parah selepas motosikal ditunggang mereka merempuh sebuah kereta Honda Civic yang membuat pusingan U secara mengejut.
Kejadian itu menyebabkan penunggang motosikal berusia 17 tahun dan 31 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala remaja berusia 17 tahun cedera parah.
Saringan ujian air kencing mendapati tertuduh positif dadah jenis methamphetamine.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2021 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni la ade kes bunuh jiran dia dkt jhor.. So dia trbukti be salah ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2021 08:51 AM | Show all posts
Adakah ini orang yang sama kes pembunuhan tahun 2015?

https://mforum.cari.com.my/forum ... page=1&mobile=2
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Punya byk rekod jenayah pon boleh relax2 lagi kerja gomen, pakej kes bunuh...mlysia darul kelakar sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 15-9-2021 08:51 AM
Adakah ini orang yang sama kes pembunuhan tahun 2015?

https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=vi ...

Ikutkan nama umur ngan perkerjaan tu memang betol laa dia
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 09:57 AM | Show all posts
hukum gantung je lah kalau dah bukti kukuh.. parasit!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2021 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Mini.Me replied at 15-9-2021 09:41 AM
Punya byk rekod jenayah pon boleh relax2 lagi kerja gomen, pakej kes bunuh...mlysia darul kelakar su ...


Tengoklah barisan menteri dan ex menteri kite sister.... Bersusun kes kat mahkamah
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau org yg sama dgn kes kat johor tu, maknanya dia lepas la ye kes yg dl tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2021 10:57 AM | Show all posts
Edited by isbritneybich at 15-9-2021 11:00 AM

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/polis-berkas-jiran-dipercayai-terbabit-kes-bunuh-kerani-sekolah-agama-81732

http://beritasempoi.blogspot.com/2015/11/akhirnya-kronologi-sebenar-laporan.html
memang bermasalah. suspek rogol, bunuh, mendadih sejak sekian lama, kali ni buat orang mati lagi. apa lagi kerosakan kau nak buat kat atas muka bumi ni, dah 3 orang mati sebab kau
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa.la.gomen.simpan lagi bangsat mcm ni..
Ish3
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 15-9-2021 11:11 AM
Kenapa.la.gomen.simpan lagi bangsat mcm ni..
Ish3

Jgn dengki la
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Mini.Me replied at 15-9-2021 09:42 AM
Ikutkan nama umur ngan perkerjaan tu memang betol laa dia

Tk trbkti brsalah dan menang saman malu
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Kes bukan kaleng-kaleng tapi tak dibuang kerja.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia terlepas kes bunuh tu ke? Ke tak abis bicara lagi? Jijiknyaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
dia tu dh la medical assistant. mcm manala attend patient dengan attitude sakai cmni
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
bkn ke kalau ada kes mahkamah gomen leh buang? nape la syg sgt si gemuk ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2021 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
mesej yg disampaikan disini, makin keji makin jahat ko, makin terjamin keje kjaan ko..ni termasuk ahli2 politik , polis2 rasuah yg pnuh salah laku tu, kjaan akan simpan ko ditatang bagai minyak yg penuh terjamin mase depan siap dgn pencenn segala bagai..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Dr pak muntri bderet2 kes mahkamah smpi la org2 bwhan. Tp masih boleh bkhidmat mcm biasa. Only in Bolehland. Kalo kt luar neg kes salah laku pn dh boleh jd reason kna buang kja. No second chance.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
pembantu perubatan sap iceee, malaysia bolehh
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
seriusla. kes lama xde bukti kukuh lah ni. bekerja dgn gomen ke klinik swasta ni. tolong la jgn rehired balik dlm sektor gomen balik. dgn positif meth nye. jgn ckp org lain khianat pulak. btw, mmg seram klu bwk kete kt KB, gedebe wlupun driver pki kopiah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:18 PM GMT+8 , Processed in 0.083126 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list