CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1139|Reply: 1

Azizul idam anjur kejohanan sendiri

[Copy link]
Post time 16-9-2021 08:47 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang tidak menolak kemungkinan akan menjadi 'watak penting' dalam penganjuran kejohanan pada masa akan datang.

Walaupun melihat idea berkenaan masih terlalu awal untuk direalisasikan, namun pemenang pingat perak Olimpik Tokyo itu akan cuba menjayakan kejohanan atas namanya apabila sudah meninggalkan arena berbasikal trek negara.

Beliau berkata, penganjuran kejohanan antara perkara penting dalam usaha melahirkan lebih ramai pelumba elit yang mampu menyinar di peringkat antarabangsa.

Menurutnya, penganjuran pertandingan atas namanya itu mungkin memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak terutama membabitkan Kementerian Belia dan Sukan serta Majlis Sukan Negara (MSN).

"Bila bersara akan buat pertandingan atas nama saya…bila sudah bersara akan memantapkan lagi kejohanan sukan di negara ini.

"Penganjuran kejohanan akan memantapkan lagi skil pelumba untuk memperbaiki kualiti berbasikal mereka. Harap dapat dijalankan satu hari nanti," katanya.

Azizul berkata demikian pada Forum Kebangsaan Bersama Atlet Olimpik Tokyo 2020; "Misi Emas: Antara Minda, Tekad dan Daya secara atas talian anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Forum yang dikendalikan Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri, Alumni dan Masyarakat) UKM Profesor Norazah Mohd Nordin turut disertai gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi dan pemain badminton paralimpik, Cheah Liek Hou.

Selain itu, Azizul mendedahkan dia sudah mencurahkan segala ilmu dan pengetahuannya sepanjang terbabit dalam sukan berbasikal kepada pelumba muda.

Beliau berkata, menerusi perkongsian ilmu sejak berkecimpung dalam arena berbasikal trek negara, kedudukannya tidak pernah tergugat malah terus meningkat apabila masing-masing perlu bersaing untuk memastikan tempat dalam pasukan negara.

Walaupun dianggap 'otai' dalam sukan berbasikal trek negara, Azizul tidak pernah meletakkan dirinya dalam golongan 'kayangan' apabila dia sendiri menawarkan diri untuk berkongsi ilmu kepada pelumba muda supaya masing-masing mampu perbaiki kelemahan yang ada demi memperoleh kejayaan di kejohanan antarabangsa.

"Saya ibaratkan sukan seperti perniagaan apabila kita perlu sentiasa meningkatkan kualiti atau perkhidmatan produk untuk lebih menarik seterusnya orang ramai akan tertarik untuk membeli barangan kita.

"Sama juga seperti dalam sukan, kita perlu ada sesuatu yang menarik atau kelebihan dalam diri untuk pastikan kekal mampu bersaing atau mencipta kejayaan di peringkat lebih tinggi.

"Pada masa sama, saya juga akan curahkan segala ilmu kepada pelumba muda tiada rahsia atau saya tinggalkan sikit untuk diri… apabila prestasi mereka meningkat sudah tentu saya pun perlu bersaing untuk meningkatkan prestasi. Itu adalah satu perkara yang positif dan beri kebaikan," katanya. - HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-9-2021 08:48 AM | Show all posts

Pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang. FOTO File NSTP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 09:53 AM GMT+8 , Processed in 0.187761 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list