CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2330|Reply: 8

[SEJARAH] Tokoh-tokoh perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu

  [Copy link]
Post time 16-9-2021 03:02 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Tinot7 at 16-9-2021 03:04 PM

Edisi ulangkaji buku sejarah.

Hat nih mmg ada dlm buku sejarah yg kita kena baca masa Tingkatan 5. Tak tau la kalau isi buku dah berubah jaman now...

Kopipes dari http://girlsgroupdip1a.blogspot.com/



Dato Maharaja Lela


Dato Maharaja Lela Pandak Lam meninggal dunia pada 20 Januari 1877. Beliau ialah seorang pembesar kelapan Perak yang merupakan pejuang bangsa yang bertanggungjawab kepada sumpah dan janjinya. Beliau berketurunan Daeng Selili, Raja Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi. Semasa permerintahan Sultan Mudzaffar Shah III, beliau datang ke Perak dan dilantik sebagai mufti serta dianugerahkan gelaran “Dato’ Maharaja Lela Tan Lela”, dengan kuasa boleh memancung tanpa bertanya.


Pandak Lam kemudian merupakan pemimpin yang mengetuai perjuangan menentang British di Perak. Bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin yang lain seperti Orang Kaya-kaya Seri Agar Diraja (lebih dikenali sebagai Dato’sagor) dan Ngah Kandin, beliau merancang dan membuat pakatan untuk membunuh J.W.W Birch, Residen British Perak. Keputusan itu diluluskan oleh mesyuarat Durian Besar yang dipengerusikan oleh Sultan Abdullah dan dihadiri oleh pembesar pembesarnya pada 21 Julai 1875. Namun, beliau didapati bersalah terhadap pembunuhan J.W.W Birch pada 2 November 1875 di Pasir Salak oleh mahkamah yang bersidang dari 14 Disember hingga 22 Disember 1876 di Matang, Perak. Beliau dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 20 Januari 1877 di Taiping.
[size=29.3333px]

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-9-2021 03:04 PM | Show all posts
Tengku Kudin

Tunku Dhiauddin ibn Sultan Zainal Rashid I atau lebih dikenali sebagai Tengku Kudin adalah seorang putera Kesultanan Kedah. Beliau dilahirkan di Pulau Pinang, pada tahun 1821. Beliau dikatakan terpengaruh dengan cara hidup Eropah dan mendapat pendidikan separuh Eropah. Nenda beliau adalah Sultan Ahmad Tajuddin II dan kekanda beliau adalah Sultan Ahmad Tajuddin III.

Beliau pernah dilantik sebagai Raja Muda Kedah semasa pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin III tetapi telah dilucutkan jawatan kerana terlibat dengan Perang Saudara Selangor.


Tengku Kudin telah beristeri semasa menjadi Raja Muda diKedah, sebelum diarahkan membantu dalam perang saudara di Selangor. Nama isteri itu serta keturunannya dari isteri-isteri itu masih menjadi ‘Rahsia’.

Pada tahun 1869, Tengku Kudin telah berkahwin dengan Tengku Arfah, puteri Sultan Abdul Samad.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2021 03:06 PM | Show all posts
Rentap


Rentap merupakan seorang pahlawan Dayak (Iban) terkenal dalam sejarah Sarawak. Dia merupakan salah seorang pemimpin penentang kepada pemerintahan Raja Putih James Brooke.Rentap mendapat pengalaman berperang daripada pernyertaannya dalam ekspedisi-ekspedisi perang yang diketuai oleh Orang Kaya Pemamcha Dana "Bayang" terutamanya ke kawasan-kawasan di sekitar muara Batang Kapuas di Kalimantan Barat, Indonesia. Rentap telah dilantik sebagai seorang "ayam sabong" (ketua pahlawan) oleh Dana "Bayang". Sewaktu salah satu expedisi ini, Dana "Bayang" letah memperolehi sebuah meriam besar yang dinamakan "Bujang Timpang Berang" yang dicatatkan tahun 1515 daripada pihak Belanda sementara Rentap telah terkenal dengan keberaniannya melawan dan mengalahkan musuh sebuah perahu dan berjaya merampas sebilah keris berhulukan emas daripada seorang putera diraja.


Pada 19 Ogos 1844 di Karangan Peris dalam daerah Skrang, Libau RENTAP bersama pasukannya telah ulung kalinya bertempur dengan pasukan Rajah James Brooke dan Captain Keppel daripada Tentera Laut DiRaja Inggeris. Pada pertempuran ini, antara yang terkorban daripada pasukan Brooke ialah Datu Patinggi Ali dan pasukan perisiknya dari Sarawak yang telah mara duluan daripada pasukan utama kecuali hanya seorang yang masih hidup dan seorang Inggeris bernama George Steward.

Selepas pertemburan di Beting Maru, pemerintah Brooke telah membina sebuah kubu di Nanga Skrang dengan tujuan menyekat pergerakan orang-orang Skrang ke arah Batang Lupar dan seterusnya keluar ke Laut China Selatan untuk bekerjasama dengan Linggir "Mali Lebu" dari Paku dan Aji Apai Limba dari Padeh bagi mengamalkan kegiatan mengayau kepala manusia dan membeli barangan keperluan seperti garam atau menetang pemerintahan Brooke di Sarawak pada ketika itu.

Pada awal tahun 1853, Rentap telah mengetuai pasukan orang Iban yang menyerang pasukan Brooke di kubu Nanga Skrang yang diketuai oleh William Brereton. Berlakulah pertempuran yang sengit di antara kedua-dua pihak di Lintang Batang. Semasa pertempuran itu, seorang menantu Rentap bernama Layang telah membunuh Alan Lee dengan lembingnya dan Willima Brereton telah tercedera tetap masih dapat melarikan diri. Rentap dengan segera membawa pasukannya pulang ke ulu Sungai Skrang. Walau bagaimanapun, pengikut Brooke kemudiannya telah membinasa dan membakar 20 buah rumah panjang tempat kediaman para pengikut Rentap.


Dengan itu, Rentap terpaksa berundur dan membina tempat kediaman di Sungai Lang iaitu di hulu Sungai Skrang. Semasa mempertahankan kubu ini, pasukan Rentap telah melaung-laungkan semangat perjuangan mereka yang kental iaitu "Agi Bedarah, Agi Ngelaban” yang bermaksud "Selagi masih berdarah, Selagi itulah melawan" dan slogan yang paling terkenal hingga ke hari ini ialah “Agi Idup, Agi Ngelaban” yang bermaksud "Selagi Hidup, Selagi itulah melawan". Ada beberapa orang dari pasukan Brooke yang mara menghampiri kubu Rentap telah ditembak dan terkorban. Namun angkatan Brooke berjaya menyerang rumah panjang Rentap ini pada Ogos 1854 kerana tembakan meriam merobohkan pagar kayu di sekeling rumah mereka dan pasukan Rentap hanya ada bedil kecil sahaja untuk membalas tembakan meriam. Rentap sendiri telah tercedera semasa pertempuran ini. Jadi, Rentap dengan sebilangan pengikut beliau berundur dan membina kubu di sebuah bukit yang bernama Bukit Sadok.



Kubu Bukit Sadok ini sukar untuk ditakluki kerana kedudukannya di atas puncak bukit yang tinggi dan dikelilingi oleh tebing-tebing curam yang sukar untuk didaki. Juga hanya ada satu jalan sempit di atas gaung yang begitu dalam untuk sampai ke kubu Rentap ini. Sekeliling kubu ini diperkuatkan oleh pagar kayu tebelian yang keras dan setebal dua kaki. Rentap juga ada sebatang meriam yang besar untuk mepertahankan kotanya, yang dikenali sebagai "Bujang Timpang Berang". Meriam ini telah dibawa oleh rakan seperjuangannya iaitu Aji Apai Limba yang merupakan anak kepada Orang Kaya Pemancha Dana "Bayang". Aji telah terkorban ditembak oleh pasukan Brooke di Sungai Langit sebelum menyerang Rentap di kubunya di Bukit Sadok.


Kerajaan Brooke telah membuat tiga percubaan untuk menangkap Rentap di Bukit Sadok. Cubaan pertama adalah dalam Jun 1857. Semasa serangan ini, seorang anggota pasukan Brooke yang bernama Abang Aing telah ditembak dan terpaksa dibawa turun ke bawah bukit. Melihat kejadian ini, pasukan Rentap telah menjerit kegembiraan dan memukul gong mereka.


Dalam tahun 1858, pasukan Brooke buat kedua kalinya menyerang kubu Rentap di atas Bukit Sadok tetapi tembakan meriam mereka tidak dapat menembusi pagar kubu Rentap. Jadi, pasukan Rentap telah melaungkan dengan megahnya kepada pasukan Brooke untuk membawa meriam yang lebih besar lagi pada masa akan datang.
Namun pada tahun 1861, barulah serangan pasukan Brooke yang ketiga kalinya berjaya menguasai Bukit Sadok setelah membawa sebuah meriam besar yang dikenali sebagai "Bujang Sadok" untuk menembak dan merobohkan pagar kubu Bukit Sadok. Sebelum pertempuran ini, pasukan Brooke telah menawarkan pengampunan kepada abang-abang arwah Aji yang telah ditembak mati oleh pasukan Brooke di Sungai Langit iaitu Nanang dan Luyoh supaya mereka menyerah diri dan dihukum membayar 40 biji tempayan rusa. Tawaran yang sama dicadangkan kepada Rentap dengan denda 12 biji tempayan, musnahkan kubu Bukit Sadok dan meninggalkan kubu itu dengan segera. Tetapi Rentap menolak tawaran ini walaupun telah diberitahu bahwa pasukan Brooke ada membawa sebuah meriam yang besar kali ketiga ini. Semua wanita dan kanak-kanak telahpun diarahkan untuk meninggalkan kubu tersebut. Semasa pertempuran dengan pasukan Brooke, seorang pengendali meriam Rentap dan beberapa rakannya telah terkorban kerana terkena tembakan meriam pasukan Brooke. Seterusnya, kubu dan rumah tempat kediaman Rentap dan orang-orangnya dibakar oleh pasukan Brooke pada 20 Oktober 1861.
Tetapi Rentap telah berundur ke Bukit Lanjak Entimau yang menjadi punca-punca air Batang Skrang, Lemanak dan Engkari.


Kemudian beliau turun ke Ulu Entabai iaitu sebuah sungai cawangan kepada Sungai Kanowit dan Julau di mana beliau membina sebuah kubu di Bukit Stulak. Pada usia tuanya, Rentap dan pengikutnya berpindah ke Bukit Sibau iaitu kawasan yang terletak di Ulu Wak, Pakan. Beberapa tahun kemudian, Rentap meninggal dunia di situ pada usia lebih kurang 70 tahun. Mayat dan keranda Rentap tidak ditanam dalam tanah seperti biasa tetapi diletakkan dalam sebuah pondok sebagai tanda hormat kepada seseorang yang dianggap seorang pahlawan dan bangsawan. Setelah daging mayat beliau telah habis reput, tulang-tulang kerangka beliau telah disimpan di dalam tempayan oleh kerabat keluarga beliau. Inilah tanda pernghormatan yang paling tinggi untuk seseorang yang telah berjasa.

Rentap merupakan pejuang sejati kerana beliau tidak pernah tunduk kepada pemerintahan Brooke sehingga ke akhir hayatnya. Sehingga ke hari ini makam pahlawan Rentap telah di baik pulih oleh kerajaan negeri Sarawak bagi mengenang jasanya. Beliau meninggal dunia pada tahun 1863.





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2021 03:07 PM | Show all posts
Mat Kilau




Mat Kilau (1847[perlu rujukan]-1970) merupakan seorang pahlawan Melayu yang berjuang menentang penjajah British di Pahang. Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu atau Tok Gajah. Ibu beliau adalah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut Burau. Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang.[perlu rujukan] Mat Kilau pandai mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai "Dikir Pahang". Hobi Mat Kilau adalah bermain gasing dan berlaga buah keras.

Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud, dari Kampung Kedondong. Imam Daud adalah seorang guru agama yang disegani di daerah Pulau Tawar, Jerantut, Pahang dan juga merupakan guru mengaji kepada Mat Kilau dan rakan-rakanya. Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak. Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan. Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain, bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang. Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Montok (Hj.Uthman bin Senik) yang merupakan mufti Pahang ketika itu.

Mat Kilau juga dikatakan pergi bertapa di Gua Kota Gelanggi yang terletak tidak jauh dari Pulau Tawar untuk mendalami ilmu yang dituntutnya. Gua tersebut masih ada hingga kini. Menurut beberapa pendapat orang-orang lama, gua ini boleh menghubungkan Pahang, Terengganu dan Kelantan.


Mat Kilau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. Atas dasar pungutan cukai yang menindas dan keangkuhan pihak penjajah, Mat Kilau, Dato Bahaman dan Tok Janggut bersekutu berganding bahu memulakan pemberontakkan ke atas pihak British. Namun begitu, pihak pemberontak tidak mendapat sokongan Sultan terhadap pergerakkan penentangan British pada masa itu. Sultan yang pada masa itu hanya mementingkan darjat dan talian persahabatan dengan pihak British sanggup mengkhianati bangsa dan rakyatnya sendiri bagi mematahkan pemberontakkan di Semantan.

Pada bulan Oktober 1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan Mat Kilau. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau. Beliau suka bergaul dengan setiap lapisan masyarakat dan ini membuatkan beliau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat. Mat Kilau adalah seorang yang jujur dan tegas, justeru itu dia sangat disegani dan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya. Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang diketahui namanya ialah Pawang Nong, Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali (khatib), Awang (Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.


Dalam bulan Disember 1969,Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim,memperkenalkan dirinya yang sebenar.Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai,maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya. Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau,maka Mat Kilau dibawa ke Kampung asalnya iaitu Kampung Masjid,Pulau Tawar Jerantut. Pada hari Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau telah mebaca Quran dan kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.

Pengisytiharan ini telah mengemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau. Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari

Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang, YAB Tan Sri Haji Yahaya Mohd Seth. Setelah empat hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau meninggal dunia kerana keuzuran. Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun. Walau bagaimanapun fakta ini dipertikaikan kerana tiada dokumen untuk mengesahkan usia beliau.





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2021 03:12 PM | Show all posts
Yamtuan Antah

Yamtuan Antah ibni Almarhum Yamtuan Radin ( 1812 - 1888 ) merupakan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang keenam. Memerintah dari 1869 - 1888 dan memperjuangkan Negeri Sembilan daripada dijajah oleh British pada tahun 1876. Merupakan ayahanda Yamtuan Radin dan mempunyai anakhanda yang memodenkan Negeri Sembilan iaitu Tuanku Muhammad Shah.



Dengan kejayaan itu pada awal 1875, Residen British pertama dilantik di Sungai Ujong, PJ Murray dilantik untuk membantu Datuk Kelana memerintah. Pembesar lain di Negeri Sembilan jelas tidak setuju dengan dasar berkenaan. Bagi mereka, tindakan Datuk Kelana membawa masuk British ke Sungai Ujong umpama mengundang penjajah untuk menjajah negeri mereka.



Hari berikutnya memperlihatkan Datuk Kelana masih tidak menghiraukan pandangan pembesar lain. Lalu pakatan pembesar menabalkan Yamtuan Antah sebagai Yamtuan Seri Menanti yang mana jajahan itu meliputi Terachi, Ulu Muar, Gunung Pasir dan Jempol. Tindakan Datuk Kelana membenarkan British bertapak di Sungai Ujong mengeruhkan huubungan antara dirinya dengan pembesar lain termasuk Yamtuan Antah. Yamtuan Antah akhirnya tidak mengiktiraf Datuk Kelana sebagai pemerintah Sungai Ujong.



Pada pertengahan 1875, di bawah lindungan British, Datuk Kelana mengisytiharkan Terachi yang terpisah oleh Bukit Putus, sebagai sebahagian daripada wilayahnya miliknya iaitu Sungai Ujong sekali gus mencetus api pertelingkahan dengan Yamtuan Antah. Datuk Kelana dan British bertindak melantik orangnya sebagai pemerintah Terachi dengan anggapan daerah itu sudah menjadi milik mereka pada November tahun yang sama. Yamtuan Antah yang semakin berang kemudian memecat Datuk Pemerintah Terachi yang dilantik Datuk Kelana. Residen British, Murray yang berpihak kepada Datuk Kelana mengganggap perbuatan Yamtuan Antah itu sebagai mengganggu daerah pemerintahan Datuk Kelana dan melanggar undang-undang.



Pada 27 November 1875, Murray ke Terachi bersama 20 askar diketuai Leftenan Hixman selain 30 polis dan masing-masing seorang doktor dan seorang jurubahasa Australia bernama Dominic Daly ke Terachi, tetapi tidak mendapati tiada kekacauan berlaku di kawasan itu. Sehari kemudian, Murray kembali ke Sungai Ujong tetapi Daly ditinggalkan di Terachi untuk mengukur jarak antara Kampung Terachi dengan Kuala Pilah. Di tepi sebatang sungai, Daly bertemu sekumpulan penduduk seramai 200 orang yang menuntut lelaki asing itu dan orang-orangnya balik ke Sungai Ujong. Daly ketakutan, dia segera minta bantuan kepada Murray di Sungai Ujong dan Residen itu segera dimaklumkan kepada Yamtuan Antah.



Kedatangan British itu seolah-olah mencabar kedaulatan Seri Menanti lalu Yamtuan Antah mengerahkan pasukannya seramai kira-kira 4000 orang supaya bersedia untuk menghadapi peperangan. Kebangkitan Yamtuan Antah untuk mengusir penjajah itu turut mendapat sokongan beberapa pembesar antaranya Datuk Siamang Gagap, Tunku Besar Tampin, penduduk Rembau, Jelebu dan Johol.



Seterusnya, pasukan perang Yamtuan Antah segera mendaki dan menyeberang Bukit Putus untuk memasuki Paroi. Di situ, Yamtuan Antah mengutus surat amaran kepada Murray supaya tidak lagi menggangu kedaulatan Seri Menanti dan menceroboh Terachi. Murray yang ketakutan melihat kebangkitan penduduk dipimpin Yamtuan Antah segera meminta bantuan kepada Negeri-negeri Selat.



Keadaan British di Sungai Ujong semakin genting kerana mereka khuatir akan penduduk akan menyerang. Hinxman dan askar lain yang berada di Rasah, segera menggali parit dan membuat kubu pertahanan di sekeliling tapak perkhemahan tentera mereka.



Pada Disember 1875, pasukan Yamtuan Antah yang seramai 200 orang berjaya menawan Paroi dan mereka membina kubu di situ tetapi di Sungai Ujong, bantuan British dari Melaka yang terdiri daripada 20 askar diketuai Leftenan Peyton tiba untuk menentang kebangkitan penduduk. Dengan bantuan tambahan, Hinxman membawa satu pasukan perang seramai 30 askar, 30 polis dan 6 askar Arab dari Rasah untuk menyerang pasukan Yamtuan Antah di Paroi.



Bagaimanapun, sebaik sampai, pasukan British terlebih dahulu diserang penduduk menggunakan senapang. Bilangan penduduk tempatan lebih ramai daripada pasukan Hinxman menyebabkan musuh hampir dapat dikepung dan ditahan. Menyedari mereka akan kalah, askar British yang ketakutan segera melarikan diri dan balik ke Rasah. Tentera Yamtuan Antah berjaya menduduki dan bertahan di sebuah rumah di tepi Sungai Linggi.



Pada 5 Disember 1875, British semakin tertekan apabila pasukan diketuai Hinxman gagal merampas kembali Paroi. Mereka merancang serangan yang lebih hebat. Menggunakan meriam milik Datuk Kelana, mereka membedil tentera Yamtuan Antah. Pertempuran hebat menggegar bumi Paroi ketika itu. Selepas satu jam berbalas tembakan, askar British akhirnya berjaya menyeberangi paya yang terbentang di hadapan kubu pertahanan Yamtuan Antah walaupun beberapa jasad askarnya ditembak. Hinxman dan Peyton akhirnya bernekad untuk terus memusnahkan kubu pertahanan tentera Yamtuan Antah. Mereka membawa satu pasukan seramai 20 askar British dan Arab menuju ke kubu pertahanan Yamtuan Antah tetapi mereka tersesat jalan. Dalam kebingungan, mereka terus diburu askar tempatan.



Tunku Laksamana akhirnya dilantik sebagai Yamtuan Seri Menanti. Bantuan tambahan yang diminta Murray tiba di Sungai Ujong pada 8 Disember 1875. Diketuai Leftenan Gabenor Pulau Pinang, Anson, lelaki asing itu tiba bersama pasukan perang terdiri daripa 350 askar British yang dibawa dari Melaka. Kekalahan dalam pertempuran sebelum itu, menyebabkan British memperkuatkan serangan terhadap tentera Yamtuan Antah di Paroi. Kali ini, menggunakan beberapa pucuk meriam, mereka membedil kubu Yamtuan Antah.



Selepas melepaskan 10 das meriam, pasukan Yamtuan Antah terpaksa berundur. Selepas pertempuran hebat itu, mengorbankan 37 askar British dan Arab selain mencedarakan ramai pihak, akhirnya Paroi dapat dirampas semula oleh British.



Pada 10 Disember 1875, bantuan British terus dibawa masuk iaitu pasukan askar Gurkha, seramai 250 orang beserta pegawainya seramai 32orang. Pasukan meriam daripada kapal perang HMS Thistle turut tiba di Sungai Ujong. Dengan kekuatan tentera itu, Leftenan Kolonal Clay iaitu Ketua Pemerintah Askar Sungai Ujong merancang menyerang Bukit Putus yang masih berada di bawah kekuasaan pengikut Yamtuan Antah, daripada pelbagai penjuru.



Pada 19 Disember 1875, satu pasukan perang diketuai Murray bertolak dari Sungai Ujong menuju Bukit Putus melalui Langkap. Clay pula mengetuai pasukan seramai 280 orang. Akhirnya berlaku pertempuran antara British dan pejuang tempatan di Bukit Putus dan akhirnya kawasan itu berjaya ditawan British. Selepas menawan Bukit Putus, Clay bersama pasukannya menuju ke Seri Menanti. Menyedari kehadiran musuh, Yamtuan Antah dan keluarganya terpaksa berundur meningggalkan Seri Menanti dan bergerak mencari perlindungan di Johor.



Di negeri itu, Yamtuan Antah bertemu Sultan Johor, Sultan Abu Bakar, Sultan Abu Bakar kemudian menasihati baginda supaya berdamai dengan British. Dengan pertolongan Sultan Johor ketika itu, pada Mei 1876, Yamtuan Antah memnbuat pertemuan dengan Gabenor Singapura iaitu William Jervois. Yamtuan Antah bersama empat pembesar dari daerah Seri Menanti, Johol dan Inas sekali lagi menemui Gabenor British di Singapura pada November 1876. Dalam pertemuan itu, pihak British memikirkan perkara yang adalah lebih baik berdamai dengan penduduk setempat bagi menunjukkan imej baik mereka. Lalu Kerajaan British bersetuju melantik Yamtuan Antah sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti. Daerah lain dalam Negeri Sembilan akan diserahkan di bawah kekuasaan Ketua Daerah masing-masing manakala daerah Sungai Ujong di bawah kekuasaan British.






Selepas dua tahun berundur ke Johor, akhirnya Yamtuan Antah kembali ke tanah airnya, Seri Menanti. Beliau hanya sempat tinggal di bandar diraja itu hanya 11 tahun apabila pada 1888 beliau meninggal dunia dan beliau dimakamkan di Seri Menanti.







Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2021 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Hensem Dato Maharaja Lela
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-9-2021 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
dah lama sgt tak membaca pasal sejarah ni... subject paling mengantuk ... tak tau kenapa
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
3chanceno replied at 16-9-2021 05:04 PM
Hensem Dato Maharaja Lela

Tenkiu mod baik hati mod hari ini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2021 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Marylis replied at 16-9-2021 05:41 PM
dah lama sgt tak membaca pasal sejarah ni... subject paling mengantuk ... tak tau kenapa

Bagus jugak mod bukak benang nie..walaupun summary, tapi kita recall balik sejarah & dapat  info jugak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:27 AM GMT+8 , Processed in 0.267331 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list