CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6682|Reply: 29

[Tempatan] Jururawat di Sabah Terkejut Ada Individu di Johor Guna MyKad Miliknya Buat Sarin

  [Copy link]
Post time 17-9-2021 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Semua orang pasti bersetuju aplikasi MySejahtera kini begitu penting dalam kehidupan harian kita selepas MyKad dan lesen memandu.

Yelah semua tempat yang nak dikunjungi pun kini memerlukan aplikasi berkenaan untuk di daftar masuk/keluar selain ia digunakan untuk mengetahui status vaksinasi seseorang.

Namun bayangkan kalau MySejahtera korang tiba-tiba berstatus merah dan disahkan positif covid-19 walhal korang langsung takde melakukan ujian, mesti cuak kan?

Itu yang dialami seorang wanita yang bertugas di Sandakan apabila status MySejahteranya bertukar merah secara tiba-tiba dan disahkan positif Covid-19.

Nama sama tapi beza nama bapa
Hasil semakan kemudian mendapati seorang individu telah menggunakan identiti dan MyKad miliknya sewaktu melakukan saringan disebuah klinik di Kulai, Johor

Lebih mengejutkan apabila dia yang juga seorang jururawat di sebuah hospital kerajaan di Sandakan mendapati nama individu tersebut sama dengannya namun apa yang membezakan hanyala nama hujung bapa mereka.

Kisah tersebut yang dilaporkan adiknya, @ctnurhidaya di Twitter kepada pengedali MySejahtera kemudiannya mula tular sehingga mencuri perhatian netizen.

“Hello MySejahtera, individu ini Nurul Ashikini binti Abdul Ghani guna nombor IC kakak saya untuk buat saringan Covid-19 di Johor.  Nama kakak saya Nurul Ashikin binti Abdul Ghaib kini bekerja di Sandakan” ciap adiknya

Keadaan tersebut juga menyebabkan kakaknya kini tidak dapat melakukan imbasan MySejahtera untuk pergi kemana-mana.

Petugas klinik pegang IC pesakit sambil register

Mulanya menyangkakan ia hanyalah kesilapan teknikal ekoran dari tersalah key-in, si adik bagaimanapun terkejut apabila kakaknya memaklumkan sudah menghubungi klinik tersebut dan mereka memaklumkan mengambil no tersebut dari MyKad milik individu berkenaan.

Sudah buat laporan polis
Sehubungan itu dia telah membuat satu laporan polis dan pihak klinik juga turut membuat laporan sama.

MySejahtera sudah beri maklum balas
Hasil penelitian kami, MySejahtera sudah pun membalas ciapan gadis tersebut namun setakat ini belum ada sebarang maklumat terbaru dari gadis berkenaan dan juga MySejahtera.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2021 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
makin banyak plk kantoi guna mykad palsu. apa tindakan KDN JPN??
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 09:08 AM | Show all posts
cheezel replied at 17-9-2021 08:27 AM
makin banyak plk kantoi guna mykad palsu. apa tindakan KDN JPN??

Selalunya lepas - RM RM RM
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Sandakan, sabah...


What do u expect.... Projek ic berleluasa
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti foreigner ic beli ni...makin menjadi2
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
omygosh..terus check my sejahtera sendiri..bahaya la gini..rasa aritu dh jd kes gini..
so mksdnya sindiket jual beli ic pelesu tu di
org ic org yg mmg wujud ke? kalau yg dh mati ic hilang camna eh..malaysia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2021 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa pny ic yg palsu sebenarnya
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam kete klon. Satu kat johor, satu kat sabah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2021 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Sabah mcm2 ada
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Kan ic tu tunjuk je. Nak verify mana ori kena cek thumb print la
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 04:40 PM | Show all posts
sharlenetexas replied at 17-9-2021 04:23 PM
Macam kete klon. Satu kat johor, satu kat sabah.

sindiket yg sama kut. semua benda dia klon nasib baik catut bakso tak klon
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa kerja cs cina cukup pantang kalau kita mintak ic nak verify..depa lagi sanggup bagi passport dari bg ic..katanya sama ja..boleh refer situ ja..ini international..semua guna
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus juga mysejahtera ni, boleh detect org guna ic kita.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat laporan polis boleh kena tangkap ker orang yang menipu IC tu? Sabah ni dari zaman kaka sekolah lagi dah dengar berita IC palsu. Siap masuk berita tibi tiga lagih pengarah jab pen kat sana (lupa tempat) kena tangkap kes pemalsuan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg menipu tu kat Johor bukan Sabah la gaiss
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Berfaedah juga ye mysejahtera ni utk perkara lain selain covid
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2021 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
ada dua benda yg korang jgn bg org lain pegang dan bawa pergi hilang dari pandangan.
kad bank dan ic.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 08:32 PM | Show all posts
sharlenetexas replied at 17-9-2021 04:23 PM
Macam kete klon. Satu kat johor, satu kat sabah.

ni berlaku kat kawan aku sendiri

cikgu klate duk johor.. tgh main badminton mlm2, member 1 kg kat klate call dia, tanya ko ada balik kg ke, aku nmpk toyota wish ko tadi

menggelupur kwn tu call bini kat umah, bini cakap elok je kereta ada kat umah

takkanlah keluar umah lepas maghrib, kereta masih ada depan mata, pukul 9.30mlm dh smpi klate dari johor
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 08:41 PM | Show all posts
kat johor mmg ramai imigran sabah
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Nurse Sabah tu la warganegara sbb dia nurse.. tmbh klu dia nurse gomen
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:51 PM GMT+8 , Processed in 0.080099 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list