View: 17507|Reply: 109
|
[Jenayah]
Guru didakwa 32 pertuduhan seks luar tabii, amang seksual
[Copy link]
|
|
Mohd. Faizal Amir dibawa keluar selepas mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan seks luar tabii terhadap tujuh pelajar lelaki di Mahkamah Sesyen Teluk Intan hari ini. FOTO- ZULFACHRI ZULKIFLI.
Guru didakwa 32 pertuduhan seks luar tabii, amang seksual
TELUK INTAN-Seorang guru sebuah sekolah menengah di Tapah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 32 pertuduhan melakukan seks luar tabii dan amang seksual fizikal terhadap tujuh pelajar lelaki, tahun lalu.
Tertuduh, Mohd. Faizal Amir, 32, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Intan Nurul Farena Zainal Abidin.
Mengikut pertuduhan, bapa kepada seorang anak itu didakwa atas 10 pertuduhan dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii kepada tujuh pelajar lelaki berusia 14 hingga 16 tahun.
Perbuatan itu dilakukan tertuduh di rumah warden sekolah berkenaan antara 28 Julai hingga 29 September 2020.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun serta sebat.
Tertuduh turut didakwa dengan 22 pertuduhan amang seksual fizikal mengikut Seksyen 14(a) dan Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang dibaca bersama Seksyen 16 akta sama.
Kesalahan yang dilakukan di lokasi, tarikh dan masa yang sama itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Cheah Shuh Yuan manakala tertuduh diwakili peguam, Muhammad Farid Wajdi Hanif.
Pada prosiding tersebut, Shuh Yuan tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh namun Muhammad Farid memohon agar jaminan RM3,000 dikenakan ke atas anak guamnya bagi setiap kes.
Hakim Intan Nurul Farena membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin bagi setiap 11 kes dengan jumlah keseluruhan jaminan sebanyak RM55,000 sebelum menetapkan 15 November ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Mahkamah juga menetapkan tertuduh untuk melapor diri setiap bulan di balai polis berhampiran dan dilarang mendekati mangsa.
Tertuduh membayar wang jaminan berkenaan. -K! ONLINE
Sumber:https://www.kosmo.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
Boleh jamin kes lahanat macam ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Tak sangka hakim luluskan jaminan. |
|
|
|
|
|
|
|
Lahanat punya cikgu...patut dikembirikan saje....tu la nk ckp apa tengok drama pkl 7 tb3 smlm pun sahreza blh ckp dpt anak mcm sotong tu mmg ikut peredaran zmn mak bpk kena terima seadanya.....l@&$@u la |
|
|
|
|
|
|
|
Alamak mudanya la haiii..rosak diri rosak kerjaya rosak anak bangsa |
|
|
|
|
|
|
|
kawin sebab nk cover je ke. kesian bini |
|
|
|
|
|
|
|
Jenis gini memang kena penjara... kalau tak habislaj kepupusan lelaki straight di masa depan |
|
|
|
|
|
|
|
seorang bapa yg sanggup merosakkan anak2 orang lain ... |
|
|
|
|
|
|
|
Tudiaaaaa. 7 org sekali harung |
|
|
|
|
|
|
|
boleh pulak tu bebas atas jaminan...
hahahahhaa...
|
|
|
|
|
|
|
|
Siamang betul |
|
|
|
|
|
|
|
Kejadian berlaku di sekolah asrama ke ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Pelik boleh dijamin...memang belum terbukti bersalah, tapi kes berat nie duk dalam sehingga selesai pembicaraan |
|
|
|
|
|
|
|
amang seksual, tu satu
buak seks luar tabii jugak tuu !!!????
mmg sangat2 berat ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|