CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22066|Reply: 148

[Tempatan] Agong, Permaisuri adakan lawatan khas ke UK mulai hari Jumaat

  [Copy link]
Post time 18-9-2021 09:58 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 17-9-2021 06:00 PM

Agong, Permaisuri adakan lawatan khas ke UK mulai hari Jumaat


17/09/2021 04:29 PM

KUALA LUMPUR, 17 Sept -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengadakan lawatan khas ke United Kingdom mulai hari ini hingga 27 Sept.


Wisma Putra dalam kenyataan memaklumkan Seri Paduka berdua berkenan mengadakan lawatan ke Battersea Power Station, projek ikonik Malaysia di London yang merupakan usaha sama antara Sime Darby Property, SP Setia Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).


Seri Paduka berdua juga berkenan melawat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London pada 24 Sept bagi sesi pertemuan dengan rakyat Malaysia yang terdiri daripada usahawan, ahli akademik, pelajar serta ketua komuniti.


"Pada 25 Sept, Seri Paduka berdua dijadualkan berangkat melawat Tun Abdul Razak Research Centre (TARRC), sebuah syarikat milik penuh Lembaga Getah Malaysia dan satu daripada institusi penyelidikan dan pembangunan (R&D) getah terkemuka dunia," menurut kenyataan itu.


Seri Paduka turut berkenan menerima kunjungan Ketua Staf Pertahanan United Kingdom Jeneral Nicholas Carter, dengan pertemuan itu akan menyentuh hubungan kerjasama pertahanan Malaysia dan United Kingdom.


Menurut Wisma Putra, secara keseluruhan lawatan khas itu melambangkan kepentingan hubungan erat antara Malaysia dan United Kingdom dimanifestasikan di peringkat pemerintahan tertinggi negara.


Selain itu, lawatan tersebut turut menzahirkan keprihatinan Seri Paduka berdua terhadap kesejahteraan rakyat Malaysia serta prestasi pelaburan dan kepentingan negara di United Kingdom agar sentiasa berada dalam keadaan yang baik terutamanya semasa pandemik yang mencabar ini.

-- BERNAMA




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2021 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Perlu ke lawatan khas ni di saat rakyat sendiri masih mcm ni?
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 10:08 AM | Show all posts
Bukan baru lagi ka pergi UK tengok anak?

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Lawatan smp 27 sept kan? Then istirehat kat London sebulan sebelum balik tanahair..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2021 10:09 AM | Show all posts
Saya Tak percaya lah nak jumpa pelajat, usahawan semua tu dimusim kobit ni. Sedangkan untuk urusan renewal passport pun kena booking dan tunggu sehingga 2-3 bulan.  Semua urusan kena booking dahulu ataupun hanya menggunakan mail sahaja

Passport saya dah meninggal dunia hampir setahun baru dapat perbarui.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 10:18 AM | Show all posts
yg no 2 ada kat sini ke kat sana?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-9-2021 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
kim salam kat kate middleton ya.. suka tengok beliau

tengok pic kate bawa george dgn charlotte jalan2 tak pakai mask. Dekat sana dah tak payah pakai mask eh dah sekarang?
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
kechikchomel replied at 18-9-2021 10:18 AM
yg no 2 ada kat sini ke kat sana?

Iolls pun berfikiran kesitu.. rasanya sambil menyelam minum air tu yang lama kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2021 10:38 AM | Show all posts
hareeeesah replied at 18-9-2021 10:33 AM
Iolls pun berfikiran kesitu.. rasanya sambil menyelam minum air tu yang lama kot

kannn??? jenguk2 rumah kat sana. tengok pokok bunga, tengok ayam itik

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 10:39 AM | Show all posts
mejaputih replied at 18-9-2021 10:03 AM
Perlu ke lawatan khas ni di saat rakyat sendiri masih mcm ni?

queen pun tak mau jumpa dan juga siPMnya.

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
TOPwind replied at 18-9-2021 10:39 AM
queen pun tak mau jumpa dan juga siPMnya.

Itu la ingat ke nk jumpa queen sana.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 10:42 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 18-9-2021 10:08 AM
Bukan baru lagi ka pergi UK tengok anak?

semua ditangAgung 100 kali pun tiada siapa boleh halang.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Jagung kan dah lama x jumpa edora
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 10:49 AM | Show all posts
nak pesan beli jam tuanku
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Beza kan antara dua darjat
Kayangan nak ke planet pluto pun ok
Yg rakyat biasa nk rentas blk kg pun x boleh. Hurmmmm
Ambikla korang dunia ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Senangkan jadi orang kaya.... semua boleh,, kita yang marhean ni .. ok, dok kat dunia kita dilarang jadi miskin je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2021 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Takde common sense orang kata...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Parents queen e pun aman2 duduk London time ww2, palace siap kena bomb takde diaorg lari memana sebab nak tunjuk solidarity ngan rakyat. @MsOren punya lauk thread ni..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
becir replied at 18-9-2021 11:06 AM
Parents queen e pun aman2 duduk London time ww2, palace siap kena bomb takde diaorg lari memana seba ...

Anak cucu Queen e t nampak la buat keja, anak2 raja Malaysia...  cakap melayu pun pelat bagai...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 12:23 PM | Show all posts
begitulah dunia ..kalau sudah kayangan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:30 AM GMT+8 , Processed in 0.066372 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list