CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4269|Reply: 28

[Tempatan] Air berkarat:Air Kelantan bertindak lepas Fizo Omar mengeluh

[Copy link]
Post time 18-9-2021 02:52 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 18-9-2021 03:14 PM

Air Kelantan bertindak lepas Fizo mengeluh
Diterbitkan:  Sep 17, 2021 6:22 PM

Dikemaskini: 6:24 PM



Selepas menggesa langkah proaktif diambil bagi menyelesaikan isu air kotor di Kelantan, Fizo Omar memaklumkan syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) telah menghantar pekerja bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

Pelakon itu berkata, AKSB mengambil tindakan pantas dengan menghubunginya sebelum menghantar pasukan mereka ke kawasan perumahannya semalam.

Bagaimanapun, perkara itu baru dikongsikan di Instagram Fizo hari ini.

“Berkaitan isu air di Kelantan, pihak yang berkaitan dan AKSB telah pun menghubungi saya.



“Mereka menghantar pasukan untuk menyelesaikan masalah air kotor di kawasan saya.

“Terima kasih atas perhatian dan tindakan pantas yang diambil,” katanya.

Terdahulu, Fizo atau nama asalnya Wan Hafizol Wan Omar yang kecewa dengan masalah sama dihadapi sejak sekian lama menyentuh isu berkenaan di Instagram miliknya.

Pelakon Maaf Tak Indah itu mengiringi hantaran tersebut dengan memuat naik sebuah klip video pendek memaparkan dia sedang membuka paip yang mengeluarkan air keruh.



Kata Fizo, 36, dia berharap ada pihak yang akan mendengar luahannya itu serta mengambil tindakan sewajarnya bagi menyelesaikan masalah air di Kelantan.

Fizo dipercayai berada di kampung halamannya di Kampung Bukit Jawa, Pasir Puteh.

Susulan itu, ramai dalam kalangan pengikut dan peminat Fizo yang menetap atau pernah tinggal di Kelantan berkongsi pendapat yang sama dengan aktor berkenaan.

Fizo pada hantaran sama turut berkata, dia memohon agar masalah masalah air bukan saja dapat diselesaikan di kawasan perumahannya bahkan dapat diselesaikan di seluruh negeri berkenaan.

“Saya berharap pihak yang berkaitan dapat selesaikan masalah air di semua tempat di Kelantan. Terima kasih atas kerjasama AKSB,” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2021 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
So perumahan lain air jernih ka?
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 03:09 PM | Show all posts
Org lain punye banyak kali suarakan,
Tibe tang artis laju je nk bettindak.
Aku dok kelantan dari tahun 1997 - 2009
Air dah macam teh tarik.
Report buat byk kali.
Tp sbb bukan retis kan
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
jahlop boleh bersuara mewakili pasir mas. ada retis asal kota bharu, gua musang , jeli, tanah merah machang, kuala krai, tumpat, bachok nak tolong bersuara? nescaya bersih air satu negeri
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Famri7 tolong bersuara bagi pihak.kawasan uols
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 18-9-2021 04:21 PM
jahlop boleh bersuara mewakili pasir mas. ada retis asal kota bharu, gua musang , jeli, tanah merah  ...

Jahlop busy meloya dan bergaduh di porem dengan acik2 b40
Air Kelate not her problem katanya sambil libas mask K95 nunha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-9-2021 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus la Fizo ni. Nanti boleh tolong jadi wakil suarakan masalah untuk daerah kelantan yg lain pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Baik fiZo jerr jd MB kelate......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2021 04:10 PM | Show all posts
kesiannya. tabah betul penduduk kelantan, bertahun hadap air mcm tu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 04:31 PM | Show all posts
bodo politik puak2 verod
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kg fizo xde air hujan ke?

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 06:48 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
slyfynx replied at 18-9-2021 03:09 PM
Org lain punye banyak kali suarakan,
Tibe tang artis laju je nk bettindak.
Aku dok kelantan dari t ...

Management air Kelantan ni mmg hampeh ke...tang retis..cepat je take action...yg menteri Dan exco exco berlambak2 Tu buat apa
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Huk aloh klate gedebe cawwat kote buah mempele serambi Moscow gommo klate gommo!
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2021 01:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Side eye jeleeee
nampaknya ummah kena jadik retis baru problem jalan
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2021 06:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Mohon peruntukan Federal byk sikit...selesai laa isu air Kelantan ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2021 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Selangor pun keruh air nya. Tak nampakla kan sbb masing2 pakai filter besor tong gas dpn rumah
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2021 07:55 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 18-9-2021 03:57 PM

Kamu orang ni fitnah Kerajaan pas ye?


Kelantan sedia kongsi kejayaan tadbir negeriJune 21, 2021

KOTA BHARU: PAS Kelantan akan memanfaatkan pelbagai media dan medium bagi mengetengah kejayaan kerajaan negeri sejak ditadbir PAS pada Oktober 1990 sehingga sekarang.

Usaha itu dilakukan secara berterusan sejak dahulu sehingga sekarang termasuk melalui Urusetia Penerangan dan Komunikasi Kerajaan Negeri (UPKN), Harakah dan laman-laman berita.

Ketua Penerangan PAS negeri Dato’ Mohd Nassuruddin Daud berkata, kejayaan itu sebelum ini dikongsi melalui pelbagai medium milik kerajaan negeri dan PAS untuk dikongsi rakyat di seluruh negara.

Katanya, biarpun perkara itu sudah lama dilaksanakan namun kaedah promosi perlu diulang-ulang bagi membolehkan ia disebarkan secara meluas.
Malah kata beliau pada 10 tahun pertama kerajaan Kelantan berjaya merintis 100 perubahan terutamanya perkara-perkara yang berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

“Kerajaan Kelantan melakukan perubahan awal berkaitan perkara-perkara yang berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri antaranya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“PBT menguatkuasa peraturan melarang premis perjudian dengan tidak mengeluarkan lesen premis sejak awal 1990-an.
“Begitu juga hiburan yang melampau tidak dibenarkan. Penguatkuasaannya di bawah bidang kuasa PBT. Kelantan juga mempunyai Enakmen Kawalan Hiburan,” katanya di sini.

Konvensyen Penerangan dan Media Baru PAS Pusat Sabtu lepas mahu usaha mempromosikan kejayaan kerajaan Kelantan, Terengganu dan Kedah serta Kerajaan Persekutuan dilakukan melalui pelbagai platfom media dan organisasi parti.

Resolusi juga meminta setiap ahli PAS memperbanyakkan perkongsian bahan penerangan dalam Harakah dan Harakahdaily serta lain-lain media online PAS kepada khalayak awam.

Mohd Nassuruddin yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, ahli-ahli PAS hendaklah beriltizam untuk menjadi ejen penerangan yang berkesan dengan konsep semua ahli adalah ejen penerangan.

“Ia selaras dengan gesaan Timbalan Presiden PAS Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man supaya setiap ahli dan penyokong perlu bertindak sebagai agen penerangan,” katanya. – HARAKAHDAILY 21/6/2021




Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2021 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
aHoi83 replied at 19-9-2021 07:41 AM
Selangor pun keruh air nya. Tak nampakla kan sbb masing2 pakai filter besor tong gas dpn rumah

Sekeruh2 air selangor tak penah lg dpt pakej air paip teh tarik..hahha...tp mmg ah..dr krai ke kb...teruk ah air kelate ni...gua musang iols tatau...iols seriau ja nak berenti membuang tau..kang bukak paip takdo air...ni kazen iols dok menceceh takdo air..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2021 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
penapis cowey  mesti laku kat negeri ni..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 09:47 PM GMT+8 , Processed in 0.374385 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list