SUASANA lengang di hadapan sebuah panggung wayang di Putrajaya. FOTO NSTP
Kuala Lumpur: Pembukaan panggung wayang sejak beberapa hari lalu masih belum mendapat sambutan hangat, terutama pada sebelah malam apabila jumlah pengunjung dilihat tidak begitu ramai.
Tinjauan wartawan Harian Metro di beberapa panggung wayang di sekitar ibu kota dan Putrajaya, hari ini, mendapati tidak ramai individu mengambil kesempatan pada hujung minggu untuk menonton wayang pada waktu malam.
Seorang pengunjung, Sharifah Sabarina Tahil, 26, berkata, dia mengambil peluang pada cuti hujung minggu untuk menonton wayang bersama rakannya.
"Saya menjangkakan akan ramai orang datang untuk menonton wayang pada hari ini kerana cuti hujung minggu, namun jangkaan saya meleset.
"Hari ini tidak ramai orang datang menonton wayang terutama pada waktu malam.
"Ia mungkin disebabkan keadaan pusat beli-belah yang sunyi kerana banyak premis tutup awal," katanya yang juga eksekutif pemasaran.
Seorang lagi pengunjung, Nurul Munirah Abdul Rahman, 29, berkata, kali terakhir dia menonton wayang pada tahun lalu ketika sektor itu dibenarkan beroperasi semasa perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
"Berdasarkan pemantauan saya malam ini, semua pengunjung mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan memakai pelitup muka serta menjaga penjarakkan fizikal.
"Malah, pekerja panggung wayang juga menjalankan tugas mereka dengan baik apabila melakukan pemeriksaan teliti mengikut SOP terhadap pengunjung.
"Cuma pilihan filem yang ditayangkan tidak begitu banyak berbanding pada waktu sebelum ini," katanya ketika ditemui di sebuah panggung wayang di sekitar ibu kota, hari ini.
Sementara itu, tinjauan wartawan Harian Metro di sekitar Bukit Bintang, di sini, hari ini, mendapati kawasan berkenaan agak lengang.
Meskipun jalan raya di sekitar Bukit Bintang agak sesak dengan kenderaan, namun jumlah pengunjung tidak begitu ramai seperti pada hujung minggu lalu.
Post time 18-9-2021 11:08 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by dua_chzy at 18-9-2021 11:39 PM
Akak nak tengok:
1. Shang Chi and The Legend of the 10 Rings.
2. Eternals
3. Spider-Man : No Way Home (on akak's top list)
Tapi rasanya tunggu kuar di TV ja. Tadak masa @ malas pi cinema. Last akak tengok movie di cinema pun...Ntah. Dah tak ingat. Dah la sekarang wujud Daniel CC Movies and a few other channels like heshe punya channel di Youtube. Layan movie di situ je la. Ringkas, padat, pantas.
Post time 19-9-2021 01:34 AMFrom the mobile phone|Show all posts
putericahaya999 replied at 19-9-2021 01:16 AM
Org dh ada tv besar kat rumah xminat dh
TV beso +broadband+neflix.. X pun tgk yg dr iq ape tah.. bl snek sambil tgk sambil mkn gan anak2..Dr awal covid ade cinema time kat rumah..jd dah x rs pun nk p wayang
Post time 19-9-2021 01:40 AMFrom the mobile phone|Show all posts
dua_chzy replied at 18-9-2021 11:08 PM
Akak nak tengok:
1. Shang Chi and The Legend of the 10 Rings.
Sejak.makin tua ni....aku tgok ja movie di pawagam..dan movie apa saja yg main di astro
Malas dah curi curi secara download atau cetak.rompak punya chanel telegram
Kdg2 benda2 mcm ni nampak remeh..tp tak berkat kita curi2 tgok hasil kerja org tanpa kebenaran
Sokong lah sikit induatri kita dan induatri luar...pengusaha2 industri kreatif..anak2 muda yg design grafik dan effect
Post time 19-9-2021 01:56 AMFrom the mobile phone|Show all posts
sekngucing replied at 19-9-2021 01:40 AM
Sejak.makin tua ni....aku tgok ja movie di pawagam..dan movie apa saja yg main di astro
Malas dah ...
Sama. Sebab tu aku dah tak tengok movie free online. Malas dah kot. Biasa aku tengok di Astro ja. Endgame ngan Infinity War pun aku tengok di Astro daaaa. Takda masa pi cinema. Daniel CC Movie tu takap movie recap. Dia cerita movie 2 jam jadik 13 minit, gitu.