CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3444|Reply: 23

[Tempatan] Pemaju sokong loan rumah UP sampai tempoh 40 tahun. Bantu industri hartanah. Har

[Copy link]
Post time 18-9-2021 11:34 PM | Show all posts |Read mode
Pinjaman 40 tahun bantu pulih industri hartanah
    Oleh SHAFIQAH SHUKOR dan NURFARAHIN HUSSIN
    18 September 2021, 12:39 pm

PETALING JAYA: Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) menyokong cadangan memperkenalkan inisiatif tambahan bagi memudahkan perjalanan pembeli rumah pertama terutama mengembalikan tempoh maksimum pinjaman hingga 40 tahun dalam Belanjawan 2022.

Presidennya, Datuk Soam Heng Choon berkata, cara itu dapat mempercepat pemulihan industri hartanah yang terjejas akibat pandemik Covid-19 yang berlarutan sejak tahun lalu.

“Cara ini bakal memberi kesan meluas kepada ekonomi secara keseluruhan kerana industri hartanah mempunyai kesan penggandaan kritikal kepada lebih 140 industri.

“Justeru, saya menyokong penuh cadangan inisiatif antaranya meningkatkan tempoh pinjaman serta merujuk kepada pendapatan kasar berbanding pendapatan bersih untuk permohonan pinjaman,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Terdahulu, Pengasas dan Pengarah Urusan Mah Sing, Tan Sri Leong Hoy Kum dalam kenyataannya mencadangkan inisiatif tersebut selain menetapkan pembiayaan margin lebih tinggi sehingga 100 peratus untuk hartanah pertama bagi membantu kumpulan M40 dan B40 yang terkesan teruk berikutan pandemik Covid-19.

Beliau turut berharap kerajaan dapat mempertimbangkan pelaksanaan Skim Tanggungan Faedah Pemaju (DIBS) untuk pembeli rumah kali pertama kerana ia memberikan mereka pilihan untuk tidak membayar faedah pinjaman dan sewa pada masa yang sama dalam tempoh pembinaan.

“Selain itu, lanjutkan kempen pemilikan rumah (HOC) untuk tempoh setahun lagi kerana kempen tersebut terbukti penting dalam menolong pembeli rumah sejak dilancarkan manakala Pengecualian Cukai keuntungan Harta Tanah (CKTH) juga patut dihapuskan ke atas hartanah yang dijual selepas lima tahun,” ujarnya.

Jelas beliau, pakej rangsangan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) kini menawarkan pengecualian CKTH dari 1 Jun 2020 hingga 31 Disember 2021, di mana CKTH dikecualikan untuk tiga kediaman hartanah setiap individu.

“Inisiatif tersebut diterima baik oleh pasaran memandangkan ia mampu mendorong penambahbaikan kediaman dan meningkatkan pasaran hartanah utama dan sekunder.

“Bagaimanapun, pengenaan semula CKTH ke atas hartanah yang dijual selepas lima tahun mungkin akan mengurangkan pemulihan segmen hartanah sekunder dan tidak menggalakkan pelaburan jangka panjang.

“Justeru, kami harap cukai itu dapat dihapuskan bagi mendorong meningkatkan pasaran sekunder dan sentimen pembeli rumah,” jelasnya.

Tambah beliau, sejajar dengan hasrat mengurangkan harga rumah untuk memberi manfaat kepada pembeli rumah, kerajaan diharap dapat mengkaji dan mengurangkan kos pematuhan termasuk membenarkan perbelanjaan modal untuk syarikat utiliti swasta ditanggung oleh pemilik aset masing-masing supaya simpanan dapat disalurkan kepada pembeli. – UTUSAN ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2021 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
35 pun dah lama sgt rasanya..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2021 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Mampoih sampai ke tua dok bayaq loan
Nasib baik rumah aku tanah sendiri

Nak beli rumah for investment purposes pun hold jela camni
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2021 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku mmg dari dulu sumpah top officials dalam rehda ni hidup susah, mati pun susah. Tak habis2 menyusahkan rakyat.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau usia normal tu hidup sampai 100 tahun pun aku x kuasa nak beli.. harga rehda sgt..
Pemaju boleh bawa rumah yg x laku tu masuk kubur
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Rumah kalau loan 30 tahun pun, sepanjang 20 tahun pertama mampus tak gerak pun. Lepas tu even keluar duit epf untuk bayar pun, yang gerak secoet aje. Siapa yang ada cash banyak untung la, tak payah pakai bank
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-9-2021 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Karajaan pun tunduk pada redho..
Cuba buat macam program vaksin, jika pemaju tidak mahu turunkan harga rumah lesen dibatal...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 02:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Patutnya turunkan harga rumah.. bukannya panjgkn hutang

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2021 02:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Dovahkiin replied at 19-9-2021 11:45 PM
Aku mmg dari dulu sumpah top officials dalam rehda ni hidup susah, mati pun susah. Tak habis2 menyus ...

Aku sambil taip sambil menyumpah
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 04:23 AM From the mobile phone | Show all posts
little_sis replied at 20-9-2021 12:14 AM
Kalau usia normal tu hidup sampai 100 tahun pun aku x kuasa nak beli.. harga rehda sgt..
Pemaju bol ...

Khen, lagipun rumah2 tak laku tu memang overpriced pun. Tanah secoet jual 1juta+.

Sedangkan buat atas tanah sendiri separuh dari reganya dan lebih besar dan puas hati sebab kita boleh design ikut kita nak.

Mana la tak laku, orang prefer buat rumah sendiri lagi ikut citarasa. Kalau jenis malas nak fikir je baru beli rumah yang dah siap dan takpun duduk kondo je. Rumah jugak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 05:19 AM | Show all posts
Dovahkiin replied at 19-9-2021 11:45 PM
Aku mmg dari dulu sumpah top officials dalam rehda ni hidup susah, mati pun susah. Tak habis2 menyus ...

Inilah isu sebenarnya... bukan pasal bisnes. Kalau pasal bisnes dan bersifat pasaran terbuka patutnya dah turun dah harga kerana pemaju akan ada tekanan akan rugi... tetapi cadangan melanjutkan ini sebenarnya tindakan berat sebelah untuk mencacatkan corak bisnes yang normal.. yang jadi mangsa ialah rakyat. Tindakan seperti ini akan sebabkan harga rumah tak akan turun... Ini adalah taktik bisnes yang di ajar mahatir dulu, buat dasar menekan rakyat supaya bisnesnya tak melingkup.. tapi bila tak ada kuasa politik untuk tolong, perniagaan roti dia pun bangkrap...kemahiran tertinggi dia ialah memperokperondakan sistem dan ambik keuntungan dari keadaan tersebut..

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 12:16 PM | Show all posts
dah kurang biz masih x reti2 trnkan harga...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 02:11 PM | Show all posts
Edited by lurve82 at 20-9-2021 02:12 PM

Giler hutg 40thn…rege yahudi tu yg kena turunkan dulu..ko tny pemaju mmg la dorg sokg klu keuntungan dkt dorg..cuba tny rakyat marhein ni...ngek betul..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 02:39 PM | Show all posts
cm_vungtau replied at 20-9-2021 12:18 AM
Rumah kalau loan 30 tahun pun, sepanjang 20 tahun pertama mampus tak gerak pun. Lepas tu even keluar ...

haih la seriau pulak
iols dah la baru sgt2 je ni buat loan rumah 1st house
35tahun tu pon rasa lamanyaa ntah sempat entah tidak habiskan bayar loan ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
lifeline replied at 20-9-2021 02:39 PM
haih la seriau pulak
iols dah la baru sgt2 je ni buat loan rumah 1st house
35tahun tu pon rasa l ...

Kalau tak sempat takpe. Sebab ada mrta yang akan burn hutang kita kalau kita mati huhu. Masalah yang timbul kalau tak mati2, sebab 10-20 tahun pertama macam bayar sia2 aje tak gerak pun.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 03:14 PM | Show all posts
gila, kalau 40 tahun hutang, maknanya sampai umur 60 tahun pun dok pikiaq nak bayaq umah,.,  last2 mati cmtu ja...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2021 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadi hamba loan sampai mati
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2021 04:23 PM | Show all posts
25-30 tahun hutang tu selama ni
dgn andaian
lepas grad kebanyakan org dh mula beli rumah
so umur 50 tahun dh habis byr
tu conggakan asalnya
dan umur 60 tahun dh bebas hutang
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 04:26 PM | Show all posts
Tak perlu rasanya zaman sekarang ramai yang cuba bebas dari hutang awal bukan bawa hingga dah pencen
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 04:31 PM | Show all posts
kalau buat loan umor 30 beli rumah
hbs bayar umo 70...lbh separuh dr usia bank dh ikat duit kita tiap bln
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:28 AM GMT+8 , Processed in 0.064162 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list