View: 7690|Reply: 58
|
[Tempatan]
Pelawak popular didakwa ceroboh rumah bekas teman wanita
[Copy link]
|
|
Menurut polis kedua-dua individu dimaklumkan tidak mahu memanjangkan kes tersebut dan memilih jalan untuk berdamai.
Pelawak popular didakwa ceroboh rumah bekas teman wanita
PETALING JAYA – Seorang wanita membuat laporan polis mendakwa bekas teman lelakinya yang juga seorang pelawak popular tanah air menceroboh kediamannya di sebuah kondominium di daerah ini, kelmarin.
Menurut sumber, wanita berusia 28 tahun yang menjalankan perniagaan online itu mendakwa kejadian berlaku sekitar pukul 7.30 malam ketika dia berada di rumah seorang diri.
“Pelawak tersebut didakwa masuk ke rumah wanita itu yang tidak berkunci selepas pembantu rumahnya keluar lalu menyelongkar barang-barang rumah seperti mencari sesuatu.
“Tindakan itu menyebabkan wanita terbabit berasa tidak selesa dan terancam lalu menghalau pelawak itu keluar dari rumahnya
“Wanita itu mendakwa pelawak tersebut bertindak demikian kerana mengesyakinya membawa balik lelaki lain di rumah berkenaan,” ujarnya kepada Kosmo! hari ini.
Kata sumber itu lagi, berikutan itu berlaku pertengkaran antara kedua-duanya sehingga mendatangkan bunyi bising dan perbuatan mereka telah ditegur oleh jiran sebelum pelawak itu beredar.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan daripada wanita tersebut semalam.
Jelas beliau, kedua-dua individu terbabit dimaklumkan tidak mahu memanjangkan kes tersebut dan memilih jalan untuk berdamai.
Terdahulu, wanita tersebut memuat naik gambar pelawak berkenaan di IG Story sambil meluahkan rasa rimas dengan mendakwa masih lagi diganggu oleh lelaki itu.
Bagaimanapun, gambar berkenaan sudah dipadamkan selepas beberapa minit memuat naik gambar tersebut. – K! ONLINE
Sumber:https://www.kosmo.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
buat laporan pastu berdamai....nanti buat laporan lg pastu berdamai lg |
|
|
|
|
|
|
|
yg acah2 masuk tabligh tu ke |
|
|
|
|
|
|
|
lemahnya security kat situ. |
|
|
|
|
|
|
|
Drama kuat laa korang ni...takyah nak tambah beban kerja polis laa...menyusahkan je...dah takde perasaan malu ke dalam diri masing2 tu |
|
|
|
|
|
|
|
bulalof replied at 20-9-2021 08:11 AM
lemahnya security kat situ.
Heols dah mcm penghuni situ kott...tah2 kunci access semua ada...sekadar tambah garam muahahaa |
|
|
|
|
|
|
|
Kejadian pkl 7.30 mlm,so marilah kita husnuzon Syuk geledah Rumah utk cari sejadah dan kain palayakat utk solat magrib.syuk juga mencari teman lelaki farah utk diajak berjemaah dan mendengar bayan lps solat
Masayallah |
|
|
|
|
|
|
|
hensemnya ASC Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid
|
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 20-9-2021 08:59 AM
hensemnya ASC Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid
Iol pun focus kat bliau haha. |
|
|
|
|
|
|
|
kahwin je la pun dua ketoi ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Menambahkan beban kerja polis plk korang ni.sendiri cr masalah sendiri settle la |
|
|
|
|
|
|
|
**b** dia sedap kot..
nak ngulang je... |
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 20-9-2021 08:59 AM
hensemnya ASC Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid
Aiyoooo rendahnya taste hanggg.. koh koh |
|
|
|
|
|
|
|
wahhhh...bisnes ada masyuk, cari balik kipap hamjadah yea.
eehhmm...nak kena boikot bebetul ni, baru sedar diri agaknyaaa... |
|
|
|
|
|
|
|
Ada sequel rupanya drama 2 makhluk nie
Yang haram jugak dicari |
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 20-9-2021 08:59 AM
hensemnya ASC Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid
Dah aku scroll balik ats |
|
|
|
|
|
|
| |
|