CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1466|Reply: 1

[Sabah] Warga emas tipu urus vaksinasi Covid-19 ditahan di Semporna

[Copy link]
Post time 20-9-2021 03:19 PM | Show all posts |Read mode

Gambar sekadar hiasan.

SEMPORNA, 20 Sept — Polis menahan seorang lelaki warga emas di Taman Kanak-Kanak Pekan Semporna di sini pada Jumaat lepas setelah disyaki terlibat dengan penipuan vaksinasi COVID-19.

Ketua Polis Daerah Semporna Supt Farhan Lee Abdullah berkata suspek warga tempatan berusia 61 tahun yang tidak bekerja itu ditahan pada 2.35 petang.

“Suspek menawarkan perkhidmatan mengurus vaksinasi di Dewan Masyarakat Semporna dengan bayaran RM20 setiap seorang dan setakat ini dikesan terdapat 16 mangsa penipuan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata polis memandang serius perkara itu sama ada membabitkan individu atau sindiket yang cuba mengambil peluang menjalankan penipuan dengan menawarkan perkhidmatan vaksinasi berbayar.

Kerajaan Malaysia memberikan vaksinasi secara percuma dan tindakan undang-undang akan diambil ke atas pihak terlibat,” katanya.

Sehubungan itu, Mohd Farhan meminta 16 mangsa yang terlibat itu agar tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan individu yang mempunyai maklumat mengenai kes berkenaan diminta menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Mohamad Hayazi Hariff Fazilah di talian 017-895 4967 atau 089-782020.

— BERNAMA




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-9-2021 03:20 PM | Show all posts
dah tua tua pun masih nak menipu haih ...

sekarang ramai yang susah .. tapi jangan la sampai menipu orang camtu ...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 04:13 PM GMT+8 , Processed in 0.495634 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list