CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8925|Reply: 50

'Aina Abdul Tak Ada Idea Ke Buat Lagu Macam Ni? '

[Copy link]
Post time 20-9-2021 04:58 PM | Show all posts |Read mode
Penyanyi Aina Abdul tampil dengan single terbaharu berjudul Aina Abdul yang menampilkan kelainan apabila menggabungkan tiga lagu baladanya iaitu Sumpah, Semalam dan Sepi.


Namun, dalam ramai yang menyukai lagu berkenaan, ada juga memberikan reaksi sebaliknya apabila beranggapan mereka seolah-olah tertipu memandangkan ia bukanlah lagu baru sepenuhnya.




Kredit foto: IG Aina




“Saya ada baca banyak ‘mix review’. Ada yang rasa tertipu, ada yang kata saya ‘scam’ dan pelbagai lagi. Bagi saya, semua orang ada pendapat saya tersendiri.


“Lagu ini juga seperti lagu baharu. Saya juga tak pernah janji kepada sesiapa yang saya bakal mengeluarkan lagu baharu. Ada yang ingat saya keluarkan lagu baharu, rupanya tiga lagu lama yang disatukan.


“Susunan muzik dalam lagu ini juga adalah susunan baharu dan bagi saya, lagu ini seperti lagu baharu. Tapi, saya sendiri faham kepada mereka yang tak dapat merasakan ‘hype’ yang sama seperti saya, saya bersedia untuk terima komen sebegini,” katanya.








Aina bagaimanapun tidak menyalahkan mereka yang memberikan kritikan kerana dia sedaya upaya telah cuba memberikan suatu yang berbeza.


“Saya tak fikir saya tipu sesiapa kerana saya sukakan produk akhir yang disampaikan dalam lagu ini, saya gemarkan bunyi lagu ini, kualitinya serta produk keseluruhan.


“Saya nak buat sesuatu yang berbeza dalam portfolio saya. Tetapi, dalam komen negatif, ada juga komen positif. Saya sendiri tak rasa saya membazir kerana saya rasa bangga dengan hasil kerja saya ini.


“Saya percaya dengan kreativiti dan selepas ini Insya-Allah akan ada banyak lagi lagu menyusul. Lagu untuk dikeluarkan pada tahun 2022 pun saya dah siap.


“Ada yang tanya mana lagu baru saya? Tak ada idea ke buat lagu seperti ini? Doakan saya sentiasa ada idea dan yang pasti akan ada banyak lagu di masa akan datang. Tunggu tau, Insya-Allah,” katanya lagi.








Berkongsi lanjut, Aina Abdul turut mempunyai mesejnya yang tersendiri dan dia menjadikan perjalanan kerjaya sebagai fokus utama.


“Tiga lagu ini digabungkan kerana emosinya yang saling berkait dan sesuai untuk ditampilkan dalam sebuah karya. Di awal lagu dimulakan dengan melodi Sumpah, diikuti dengan Semalam dan diakhiri dengan Sepi.


“Emosi dari gabungan tiga lagu ini menceritakan figura wanita yang kuat meskipun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran hidup dan perjuangan seorang diri.


“Sesuai dengan mesej Sumpah yang mengetengahkan hal kesihatan mental, Semalam pula memberi fokus kepada konflik masalah rumah tangga, manakala Sepi pula mengenai self-empowerment.


“Saya jadikan kesusahan perjalanan karier seni sebagai fokus mesej utama lagu Ain Abdul. Alhamdulillah, apabila tiga buah lagu ini digabungkan, hasilnya menjadi dan Aina bangga dengan mashup ini,” katanya.




Sumber: Media Hiburan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2021 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Heshe boleh tahan ambitious. Taktau apa dia buat dapat imej gituh. Pajura duta jurulatih pun jarang imej symbolism nih
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Sisz.. Rakyat mesia xleh terima kalu urban sgt.. Nnt berbakul2 deme cerca sisz..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
samshik replied at 20-9-2021 05:54 PM
Sisz.. Rakyat mesia xleh terima kalu urban sgt.. Nnt berbakul2 deme cerca sisz..

Janganlah consider jubah rahib tu urban.
Rahib sekarang pakai jeans
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
samshik replied at 20-9-2021 05:54 PM
Sisz.. Rakyat mesia xleh terima kalu urban sgt.. Nnt berbakul2 deme cerca sisz..

makcik2 baju kurung bunga2 mana bleh terima haha

most lagu die underated gilos.. lagu peluang kedua die nyanyi pun next level..

die suka cover lagu n mmg jauh dr lagu asal… prg msia plak suka cover sebiji penyanyi asal


Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat je macam apa ko nak nyahhhh
Setiap musician mesti ada trademark sendiri
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-9-2021 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Suspicious dia ni tapi tak jelas sejelas lembaga

Maybe handler dia pandai nego rate, boleh mewah mewah walaupun tak tunjuk allegiance sangat ke
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 07:29 PM | Show all posts
Tak minat lagu sheols, tak minat fesyen sheols. Suara sheols sedap tapi over. Gitu la pandangan tak penting dari iolss.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2021 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia tengah cuba cara market dia la tu.
Ada la trial n error sebelum dia dapat faham apa peminat nak.

Semoga dapat kutip duit youtube banyak2 Dek Na supaya Dek Na dapat buat plastic surgery di hatyai dengan laser treatment untuk tutup kulit kawah permukaan bulan ittew. Mesti meletop.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
X minat walaupun suara dia blh tahan sedap.hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 07:56 PM | Show all posts
minah_selekeh replied at 20-9-2021 11:29 AM
Tak minat lagu sheols, tak minat fesyen sheols. Suara sheols sedap tapi over. Gitu la pandangan tak  ...

meols pun sama mcm chuols..lagu2 dia setakat boleh layan gegituh je..kadang2 kalau suara jerit over sgt pun bingit....siap wisel bagai
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 20-9-2021 07:31 PM
Dia tengah cuba cara market dia la tu.
Ada la trial n error sebelum dia dapat faham apa peminat nak ...

khir rahman tu ade lombong bijih lg.. relaks je die haha
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 08:02 PM | Show all posts
OyaTonggek replied at 20-9-2021 07:56 PM
meols pun sama mcm chuols..lagu2 dia setakat boleh layan gegituh je..kadang2 kalau suara jerit ove ...

Tau takpe.. Especially live performance dia.. Punya la nak tunjuk sangat.. Kita yang tengok pun penat, like.. Calm down, lady..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 08:04 PM | Show all posts
minah_selekeh replied at 20-9-2021 12:02 PM
Tau takpe.. Especially live performance dia.. Punya la nak tunjuk sangat.. Kita yang tengok pun pe ...

khenn..kadang fikir..kau over jejerit ni nk tunjuk kt sapeeee..megren terus
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
dino replied at 20-9-2021 07:59 PM
khir rahman tu ade lombong bijih lg.. relaks je die haha

Khir rahman tu dia tahu kalau dia laser kulit dia pun tetap la haukkkk gittew wajahnya ala2 kelindan lori. Yang aina ni lain kaka. Kalau dia buat double eyelid, hidung, bibir, laser kulit  bagi licin lepastu free hair buat rambut kepok2... Confirm meletop gittew. Siap libas2 rambut dekat acik2 bawang yang kata dia tak cantik. Mesti aura terpancar2 bagaikan Penyanyi bernombor. ala2 kpop star wajahnya nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 20-9-2021 07:31 PM
Dia tengah cuba cara market dia la tu.
Ada la trial n error sebelum dia dapat faham apa peminat nak ...

Mcm Liza Linda Mortopo Hanim dulu lah suara gemersi ksedap bethol tapi ditenggelami tokti yg dtg dgn complete package. Nasib baik la dik aina di debut takde pon penyanyi wanita yg lawa sgt..semuanya biasa2 je drp segi rupa paras..so aina yg muka berjerawat pon ada dpt tempat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2021 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu je...suara dia mmg sedap...jenis menjerit yg lunak ...lagu smlm mmg aku paling suka
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols tak minat sangat suara dia dengan ernie sebab tak gemersik lembut merdu macam tokti zaman muda dengan liza hanim
Tapi dari segi teknikal diorang ok dah nama pun vocal trainer kan.
Cuma susah nak terbuai dengan suara diorang
Tapi apa- apa pun iols tetap support sebab diorang je harapan nak selamatkan industri nyanyian di Malaysia ni yang mana kalau nak harapkan bbnu sekarang semua hauk dan poyo.

So goodluck aina, dan teruskan cita- cita apa yang aina nak buat mudah mudahan suatu hari nanti aina akan popular gila2 Inshaallah
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagu2 dia pada iols jenis dengar sekali je dah cukup.
Kalau dgr lebih,mcm geli sebab ada bunyi ala2 kahak tersembunyi gittew.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Shinichikudo replied at 20-9-2021 09:13 PM
Dia ni tak dinafikan suara mmg sedap internationale gitu..tp nampak macam try hard nk recognition pl ...

Macam Ernie tu ke? Ada org tak leh nak appreciate dia jerit tapi ada orang punya puji technical dia memang apply segala tone segala technic

Gigih la duk ulas satu satu setiap video ada komen yg sama. Siti pun sama, ada je org yg duk ulas segi technical berjela jela ulang ulang kat setiap video.

Kesian tak de platform yg sesuai nak dispose knowledge lol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.057440 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list