View: 1754|Reply: 3
|
Amah Tertekan Tak Dapat Balik, Bukan Didera Majikan
[Copy link]
|
|
Polis menafikan kejadian tular wanita warga Indonesia didera majikannya.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah berkata, polis mengesan video berdurasi satu minit 10 saat yang dimuat naik di Facebook menunjukkan dia dalam keadaan ketakutan dikatakan didera majikan.
Kredit foto: TikTok
Katanya, video asal dimuat naik pemilik akaun TikTok dan kejadian dikatakan berlaku di sebuah kondominium di Taman Ayer Panas pada 16 September lalu.
"Bertindak atas video tular itu, pasukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju dan Balai Polis Setapak ke lokasi untuk mendapatkan maklumat lanjut.
"Berdasarkan maklumat, kejadian berlaku jam 10 malam apabila wanita warga Indonesia itu dipercayai mengalami tekanan perasaan kerana mahu pulang ke negara asal. Dia berjaya dipujuk rakannya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ashari berkata, rakan mangsa turut membuat laporan polis menafikan berlaku kejadian dera seperti ditularkan di media sosial.
Selain itu, beliau berkata, polis tidak menerima sebarang laporan daripada mangsa, individu lain atau pihak kedutaan berhubung kejadian berkenaan.
Justeru, beliau meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan berita tidak tepat.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
xfaham la..
tp i feel u kakak..i pun rasa sendu sgt ni..makan pun tak lalu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|