CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2300|Reply: 7

[Dunia] Pemuda ‘perkosa’ dua lelaki lain dipenjara 14 tahun

[Copy link]
Post time 21-9-2021 09:54 AM | Show all posts |Read mode
Pemuda ‘perkosa’ dua lelaki lain dipenjara 14 tahun

https://www.kosmo.com.my/2021/09 ... dipenjara-14-tahun/

Oleh KOSMO!
21 September 2021, 9:18 am


Goodey merogol mangsa sebelum memeras ugut mereka untuk memberikannya wang. – Polis Met

LONDON – Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 14 tahun selepas didapati bersalah merogol dua lelaki lain sebelum bertindak merompak mangsa, lapor akhbar Mirrok UK semalam.

Aaron Goodey, 23, yang berasal dari utara London berkenalan dengan kedua- dua mangsa menerusi aplikasi janji temu, Grindr sebelum berjumpa  mereka di kediaman masing-masing.

Goodey dilaporkan merogol mangsanya sebelum memaksa mereka mengeluarkan wang tunai daripada  mesin pengeluaran wang dan  mengancam untuk terus melakukan serangan ke atas mangsa.

Berdasarkan siasatan, tertuduh turut dikaitkan dengan jenayah ketiga yang berlaku pada Januari 2020, di mana seorang lagi mangsa dilaporkan diserang sebelum dipaksa mengeluarkan wang oleh ‘seorang lelaki yang baru  dikenalinya’.

Berdasarkan bukti forensik daripada mangsa jenayah pertama, siasatan lanjut termasuk rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) dan data telefon, Goodey disabitkan dengan ketiga-tiga insiden.

“Aaron Goodey merupakan seorang penjenayah serangan seksual yang berbahaya dan mengancam kaum lelaki di London.

“Tertuduh mempunyai akses untuk memasuki rumah-rumah mangsa sebelum menyerang mereka secara seksual serta mengancam menggunakan kekerasan untuk mendapatkan wang,” kata pegawai penyiasat, Detektif Superitendan Seb Adjei-Addoh.

Tertuduh didapati bersalah atas tiga kesalahan merogol, dua kesalahan merompak dan satu kesalahan peras ugut.

Mahkamah Wood Green menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun ke atas tertuduh pada Jumaat lepas. – Agensi

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2021 10:07 AM | Show all posts
Kenapa kene ade air quote dekat perkosa tu?
Ko hingat pompuan je ke boleh kene perkosa?
Jenayah seksual ni boleh kene kat sape2 je la. Disebabkan orang mcm kau la laki yang kene sexual harassments simpan dalam ati je.
Sbb kalau report pun nnt kene persenda je.
Boda la.
Sakit pulak hati aku walaupun mende ni nmpk kecik.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian Adam
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 03:52 PM | Show all posts
slyfynx replied at 21-9-2021 10:07 AM
Kenapa kene ade air quote dekat perkosa tu?
Ko hingat pompuan je ke boleh kene perkosa?
Jenayah se ...

ada beza rogol perempuan dengan rogol jantan

rogol jantan ni bermula dengan kononnya sama2 sedap sama2 suka but things turn sour halfway siap dengan minta duit so silembut fefeeling mangsa la. based on berita ni la.


Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by edayildiz at 21-9-2021 07:39 PM

we all know why ppl install grindr you know
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 21-9-2021 06:57 PM
we all know why ppl install grindr you know

If dont know can ask sohai aka SS gila isim si biawak hidup.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-9-2021 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Haiyoooo dok penaya orang
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 05:17 AM | Show all posts
Ni gila ni. Ni gila betol ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 08:48 PM GMT+8 , Processed in 0.066052 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list