View: 1205|Reply: 1
|
Jin-Young ungguli Klasik Portland
[Copy link]
|
|
Los Angeles: Birdie di lubang ke-18 membolehkan pemain nombor dua dunia, Ko Jin-Young menjuarai Klasik Portland yang dipendekkan kepada 54 lubang susulan cuaca buruk.
Jin-Young yang hilang ranking nombor satu dunia kepada Nelly Korda awal tahun ini menamatkan permainan dengan 11-bawah 205 untuk muncul juara dengan kelebihan empat pukulan.
Dia meraih kemenangan keduanya musim ini dan yang kesembilan dalam karier LPGA di Oregon Golf Club in West Linn, Oregon, hari ini.
Penganjur membatalkan pusingan ketiga selepas hujan lebat turun di lapangan semalam.
"Saya benar-benar mahu bermain semalam tetapi kami tidak boleh beraksi. Saya cuba melakukan bogey bebas hari ini dan berjaya,'' kata Jin-Young yang kejohanan terakhirnya di Olimpik Tokyo awal Ogos lalu.
Kejohanan itu turut mengalami nasib sama tahun lalu yang turut dipendekkan kepada 54 lubang susulan kualiti udara buruk akibat pembakaran hutan. Georgia Hall muncul juara selepas menewaskan Ashleigh Buhai pada pusingan kedua playof.
Jin-Young mendahului satu pukulan ketika pusingan ketiga dibatalkan tetapi pemain berusia 26 tahun itu meneruskan kecemerlangannya pada pusingan akhir. - HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
JIN-Young bersama hadiah kemenangan di Portland, Oregon. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|