CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4637|Reply: 21

[SEJARAH] HERSTORY | Evelyn Nesbit & 'Perbicaraan Terhebat Abad Kini'

  [Copy link]
Post time 21-9-2021 08:08 PM | Show all posts |Read mode
Edited by dani-rox at 22-9-2021 06:13 AM

Kisah ni dah lama ditulis, pastu peram sbb tetiba kena penyakit malas. Maafkan penulisan daku yg sgt santai dan cincai sebegitu



Evelyn Nesbit merupakan pompuan yg paling terkenal di New York di antara lewat abad ke-19 dan awal abad ke-20. Dia dikenali dgn paras rupanya yg jelita, dan dijadikan salah sorg model ideal “Gibson Girls” – yg diperkenalkan oleh juru ilustrasi, Charles Dana Gibson.



Dia sentiasa diburu oleh artis yg ingin melukis dan mengambil gambarnya, oleh syarikat yg nak menggunakan imejnya dlm pengiklanan dia org, dan oleh para lelaki yg mahu memilikinya. Pendek kata, Evelyn adalah prototaip utk supermodel zaman moden. Mcm beruntung sgt jd seorg Evelyn Nesbit, tp kejelitaannya itulah bakal membawa nasib buruk kpdnya.

Pada waktu itu, dia adalah model terhangat, pelakon dan juga chorus girl sejak umurnya 14 thn. Evelyn mengahwini jutawan Harry Kendall Thaw semasa dia berusia 20thn.



Namun kebahagiaan dan hidup glamour Evelyn berubah selepas kes pembunuhan yg penuh skandal sorg arkitek dan juga socialite NY, Stanford White oleh suami Evelyn, Harry. Tembakan yg membawa maut itu berlaku di atas bumbung Teater Madison Square Garden pd Jun 1906 – yg diikuti dgn jolokan oleh pihak media sbg “Perbicaraan Pada Abad Kini” (the Trial of the Century), frasa yg pertama kali digunakan dlm sejarah. Punca pembunuhan tu berlaku kerana Harry berdendam dan amat marah dgn perbuatan Stanford yg pernah merogol Evelyn, masa isterinya tuh berusia 14thn.

------------

Dilahirkan pd 25 Disember 1884 (atau 1885 – rekod kelahiran terbakar katanya), di Natrona, sebuah pekan berdekatan Pittsburgh, Pennsylvania, Florence Evelyn Nesbit adalah anak sulung drpd 2 beradik. Apabila ayahnya, peguam Winfield Scott Nesbit mati mengejut ketika Evelyn berusia 11thn, ibunya Evelyn Florence (kita panggil Pn Nesbit) yg selama ni kerja suri rumah mati kutu tak tahu mcm mana nak tanggung Evelyn dan adik lelakinya. Susah nak dpt kerja dan juga memilih sgt menyebabkan Pn Nesbit gagal beroleh pendapatan tetap dan mengisi perut anak2. Akibatnya, tiga beranak tu terpaksa menumpang di rumah saudara dan bergantung harap dgn belas ehsan dia org. Bbrp bulan kemudian, Pn Nesbit meninggalkan kedua2 anaknya dlm jagaan saudara, dan merantau ke Philadelphia utk cari kerja sbg tukang jahit.



Walau bagaimanapun, Pn Nesbit cuma mampu mendpt kerja sbg sales girl di bahagian fabrik pasaraya Wanamaker. Tidak lama selepas itu, dia bawak Evelyn dan anak bongsunya, Howard tinggal bersamanya di Philadelphia. Budak2 itu (Evelyn 14thn dan adiknya 12thn) bekerja bersama2 ibu dia org di pasaraya tersebut, 12 jam sehari utk 6 hari seminggu.

Sekitar masa ini la, Evelyn bertemu dgn sorg artis lukisan, yg terpesona dgn kecantikan dan personalitinya yg menarik. Apabila Pn Nesbit berkenalan dgn artis itu dan lega bila dpt tahu dia sorg wanita - lantas bersetuju membenarkan Evelyn berposing utk lukisannya yg mengambil masa selama 5 jam dgn upah sebanyak satu dollar (bersamaan USD $28 nilai sekarang). Menyedari yg dia boleh mendapatkan wang yg banyak dgn begitu mudah, Evelyn merancang nak jd model sepenuh masa. Mula2 ibunya mcm teragak2 nak benarkan anaknya modeling tp selepas mendengar pujukan rayu Evelyn dan juga pendapatan yg lebih byk, maka Pn Nesbit bersetuju. Bermulalah karier Evelyn sbg model utk segala jenis artis, spt juru ilustrasi, pelukis portrait dan artisan seni kaca di sekitar Philadelphia.

Destinasi seterusnya utk mencapai cita2 Pn Nesbit eh… Evelyn adalah berpindah ke New York City. Pn Nesbit sgt susah mendptkan pekerjaan impian di situ, memandangkan pesaing lebih ramai dan berkelayakan dlm kemahiran menjahit dan seni fesyen. Miskin dan desperate menjadikan Evelyn sbg pencari nafkah utama keluarganya. Dgn itu, dia mula dihantar ke bbrp buah studio artis. Berbekalkan surat2 recommendation drpd artis di Philadelphia, Pn Nesbit berjaya mendptkan job pertama anaknya dgn pelukis terkenal, James Carroll Beckwith – yg sudi melukis portrait Evelyn. Melalui Beckwith, peluang Evelyn terbuka luas dan semakin dikenali di kalangan artis NYC. Evelyn Nesbit menjadi satu2nya model paling sukses waktu itu.



Gadis itu berposing utk Frederick S. Church, Carle J. Blenner, Herbert Morgan, Carle J. Blenner, Rudolf Eickemeyer, Otto Sarony, dan ramai lg artis New York. Wajah Evelyn sgt popular - menghiasi muka depan majalah2 wanita terkenal spt Cosmopolitan, Vanity Fair, The Delineator, Harper’s Bazaar, Ladies’ Home Journal, dan Women’s Home Companion. Tak cukup di luar, dlm majalah pun terpampang muka Evelyn mengiklankan krim muka, ubat gigi, dan pelbagai jenis barangan lg. Selain itu, org ramai boleh jumpa gambar Evelyn pd kotak rokok, poskad, dulang beer, cermin poket dsb. Bergaya utk kalender Coca-Cola, Swift, Prudential Life Insurance dan bbrp sykt besar yg lain, Evelyn adalah gadis pin-up pertama di dunia.





Setelah mencapai status supermodel dan mempunyai jadual kerja yg ketat, remaja belasan thn itu mula rasa bosan – sbb kena berdiri berjam2 posing di depan artis. Apabila bbrp promoter pentas menawarkan job berlakon, Evelyn pun memujuk ibunya utk bersetuju agar dia tukar profesion sbg aktres pulak. Pn Nesbit pd awalnya takmo bg anaknya berlakon tp sebaik saja melihat jumlah wang dlm kontrak dan juga peluang aktres dpt berkahwin dgn org kaya lebih tinggi, jd dia pun bg green light. Evelyn diberikan watak sbg salah sorg ‘chorus girls’ dlm drama pentas Florodora di Teater Casino, Broadway. Tak lama lepas tu, dia beraksi dlm ‘The Wild Rose’, sekali lg di Broadway. Kemudian, Evelyn ditawarkan kontrak sethn utk drama yg sama tp kali ini naik taraf sket – watak penting iaitu sbg gadis Gypsy bernama Vashti. Dlm akhbar, dia byk dipuji dari segi paras rupa tp sikit jah sentuh psl kebolehan lakonannya.


Evelyn dipromosi sbg chorus girl



Evelyn Nesbit sewaktu berlakon dlm "The Wild Rose"



Ketika itu, artikel2 berkenaan Evelyn Nesbit yg berusia 16thn, mendpt perhatian ramai termasuklah Stanford White, arkitek kaya, duda beranak satu, berusia 46thn. Stanford atau nama manjanya Stanny, gigeh nak mendekati Evelyn melalui rakan2 dan kenalannya. Sebaik saja Stanford berjaya berkenalan dgn Evelyn dan keluarganya, dia pun menyediakan rumah yg besar utk dia org dan tolong masukkan Howard ke akademi tentera. Stanford sgt murah hati terutamanya dgn wang, dan atas ‘kebaikan’nya itu dia mendpt kepercayaan drpd Pn Nesbit utk menjaga dan mengiringi Evelyn di luar. Kononnya Stanford spt bapa kpd gadis itu tp niat sebenarnya adalah jauh lebih keji.


Stanford White

Pada satu hari, apabila Pn Nesbit melawat saudara maranya di Pittsburgh, Stanford pun menjemput Evelyn utk makan malam di rumahnya. Menurut kenyataan Evelyn bbrp thn kemudian, pd malam itu dia org minum champagne sehinggalah dia berasa pening2, dan ingatan terakhirnya adalah dia menukar pakaian kpd kimono satin kuning atas pemintaan Stanford. Keesokan paginya, Evelyn bangun tanpa pakaian bersama Stanford yg juga bogel, tido di sebelahnya. Dia perasan ada tompokan darah di atas cadar, menandakan yg kesucian dirinya telah diragut oleh jantan tak guna itu. Namun, Evelyn tak pernah bg tahu siapa2 dan Stanford meneruskan lakonan sbg father figure yg juga pelindung. Hakikatnya, Evelyn di grooming, terpaksa melayan nafsu serakah dan menjalin ‘hubungan romantik’ dgn lelaki tersebut. Gadis itu salah sorg drpd berpuluh2 mangsa, juga dipaksa memenuhi kegemaran pelik Stanford yg suka melihat gadis muda berayun di atas buaian khas di rumahnya, yg diperbuat drpd baldu merah.

Sewaktu usianya 17thn, Stanford White yg berselera pedo semakin kurang bernafsu terhadapnya dan Evelyn pun mula berkenalan dgn lelaki lain. Salah sorg drpdnya adalah bakal bintang filem, John Barrymore, 21thn (datuk kpd aktres Drew Barrymore). John masa tu cuba mengelak drpd mengikuti jejak langkah keluarganya sbg pelakon, maka dia bekerja sbg juru ilustrasi dan kartunis. Bg John, dia tergila2kan gadis itu, dan menganggap Evelyn sbg cinta pertamanya. Evelyn juga menyayanginya dan mereka pun menjalinkan hubungan cinta. Malangnya wang pendapatan drpd pekerjaannya tidak memuaskan hati Pn Nesbit dan Stanford. Utk memisahkan pasangan kekasih tersebut, Evelyn dihantar ke New Jersey oleh Stanford, dan dimasukkan ke sebuah sekolah asrama di situ. Dikatakan tujuan sebenar remaja itu dihantar ke NJ adalah utk menggugurkan kandungan hasil hubungannya dgn John Barrymore. Akhirnya, John berjaya menemui Evelyn, dia pun melamar gadis itu bersaksikan Pn Nesbit dan Stanford, tp Evelyn menolak lamaran perkahwinannya.



Dlm masa yg sama ramai lg lelaki yg cuba mendampingi Evelyn Nesbit, dan dia ingin memastikan bakal suaminya nanti mampu memberikan kesenangan dan jaminan kewangan yg kukuh kpd nya. Selepas John Barrymore, Evelyn didekati pemain polo James Montgomery Waterbury, penerbit majalah Robert J. Collier, dan anak kpd pemilik empayar bisnes arang batu dan landasan keretapi Pittsburgh, Harry Kendall Thaw, 30thn. Sebelum Evelyn dan Harry berkenalan, lelaki tu lebih awal kenal Stanford, malah membencinya hingga ke tahap obses. Harry menyalahkan Stanford yg sbg punca dia tak dpt bercampur dgn org2 ternama di NYC dan juga jelik dgn reputasi Stanford yg sukakan gadis muda dan bwh umur. Tp sayugia diingatkan Harry pun takdalah sebaik mana – anak manja jutawan, yg memburukkan penyakit mentalnya dgn dadah dan alcohol, menggemari seks ganas tanpa kerelaan mangsanya dan meniduri pompuan muda. Pendek kata 2x5, 5x2. Harry membenci Stanford bukan sbb prinsip dan moral compass pun, tp kerana jauh di sudut hatinya dia berangan nak jd Stanford jugak – boleh buat apa2 saja tanpa masyarakat memandang serong.

Akhirnya Harry berjaya menggoda Evelyn dan tak lama kemudian dia org bersama2 Pn Nesbit, pergi bercuti ke Eropah. Tp Harry sengaja merancang perjalanan ke tempat2 menarik dgn tempoh pendek di antaranya dan spt terburu2, supaya Pn Nesbit kepenatan dan hilang minat. Apabila mood semua org rosak, maka anak beranak Nesbit makin kerap bertengkar. Ujung2 Pn Nesbit bg tahu dia takmo meneruskan percutian dan ingin balik ke US. Harry yg berjaya menimbulkan krisis di antara Pn Nesbit dan anaknya, membawa Evelyn sambung bercuti ke Paris.


Harry K. Thaw

Ketika di Paris, Harry melamar Evelyn utk mengahwininya, tp gadis tu menolak. Dia sedar akan Harry yg obses dan cerewet psl ‘virginity’ dan Evelyn tak dpt berkahwin dgn nya tanpa berlaku jujur. Oleh itu, dia mendedahkan rahsianya buat kali pertama. Evelyn memberitahu Harry tentang apa yg telah dilakukan oleh Stanford ke atas dirinya, dan lelaki itu pun naik darah. Tiba2 dia membawa Evelyn ke sebuah castle di Austria dan mengurungnya di situ. Selama 2 minggu, Harry menyebat Evelyn dgn cambuk (whip) dan merogolnya. Namun, selepas itu dia meminta maaf dan kononnya dia tak tahu kenapa dia berbuat sebegitu rupa.

Oleh kerana faktor jaminan kewangan lebih kuat, Evelyn memaafkan Harry dan akhirnya menerima lamarannya 4 thn kemudian – setelah puas dipujuk rayu Harry. Ibu Harry bersetuju dgn perkahwinan itu dgn syarat Evelyn berhenti kerja modeling dan lakonannya. Setelah gadis itu buat spt apa yg diminta, Evelyn pun tinggal di mansion keluarga Thaw bersama suaminya dan ibu mertuanya yg alim. Pn Thaw adalah ketua keluarga dan segala perkara di rumah itu adalah mengikut telunjuknya. Dlm masa yg sama Pn Nesbit pun berkahwin sekali lagi, dan semakin disisihkan drpd hidup anaknya.



Pada 25 Jun 1906, Harry Thaw dan Evelyn Nesbit bermalam di NY sebelum belayar ke Eropah utk bercuti. Harry membeli tiket utk persembahan ‘Mam’zelle Champagne’ yg pertunjukan perdananya diadakan di atas bumbung Teater Madison Square Garden. Pd mlm itu, pasangan tersebut berjumpa dgn bbrp org rakan, dan bertembung dgn Stanford White tp Harry dan Evelyn dgn tenang menuju ke arah meja dia org. Kira2 dlm pkl 11 mlm, ketika pertunjukan pentas itu menghampiri penamatnya, Harry pun berjalan ke arah Stanford, mengeluarkan pistol drpd kotnya dan menembak Stanford 3 kali di kepala dan satu kali di belakang. Lelaki berusia 52thn itu mati serta merta.



Seluruh media melaporkan kejadian yg mengejutkan itu dan mendedahkan rahsia Evelyn. Menurut bbrp buah laporan berita, ketika pembunuhan tersebut Harry sama ada menjerit “Your ruined my wife” atau “You ruined my life.” Kisah Evelyn turut dikorek dan diadili oleh masyarakat. Gadis yg sepatutnya dikasihani kerana sejarah child grooming nya, telah diserang secara peribadi, termasuklah ibunya dituduh melacurkan anak sendiri. Harry direman dlm penjara The Tombs – tp dlm keadaan yg mewah dan selesa. Pn Thaw membelanjakan jutaan dollar utk mendptkan pengesahan para doktor dan mengupah para peguam agar anaknya dilepaskan atas tiket ‘tidak waras.’ Dengan duit keluarga Thaw yg menggunung itu juga telah menempatkan Harry di salah sebuah apartmen mahal hospital sakit jiwa.


Ibu Harry, Mary Sibbet Thaw


Harry Thaw di penjara ketika menunggu hari perbicaraan


Gambar Evelyn Nesbit di witness box dan suasana di mahkamah

Ketika perbicaraan, Evelyn mendapati dirinya tgh hamil, dan dia melahirkan sorg anak lelaki, dinamakan Russell William Thaw pd 1910 di Berlin. Wpun suaminya langsung takmo mengaku Russell adalah anak kandungnya, wanita itu hingga ke akhir hayat tetap mempertahankan status anak itu sbg darah daging Harry. Keluarga Thaw memberikan Evelyn wang sebanyak USD $25k ($750k nilai sekarang) setelah perbicaraan itu tamat, tetapi utk menyakitkan hati Pn Thaw, Evelyn menderma seluruh wang tersebut kpd Emma Goldman, pejuang anarki politik.


Evelyn dan anak tunggalnya, Russell

Evelyn dan Harry bercerai pd thn 1915 dan wanita itu juga berbaik2 dgn ibunya semula. Utk menanggung hidup dan anaknya Russell yg masih kecil, Evelyn bekerja dgn membuat persembahan utk sykt pementasan vaudeville dan berlakon dlm bbrp buah silent movies. Pd thn 1916, dia berkahwin buat kali kedua dgn Jack Clifford, rakan sekerja pementasannya. Malangnya perkahwinan itu pun tak bahagia jugak. Masyarakat belum lg dpt melupakan dan membenarkan Evelyn membina hidup baru dgn memanggilnya ‘si cantik yg membawa sial’, dan juga mengaitkannya dgn ‘pembunuh playboy’. Merasakan dirinya dibayangi oleh kisah Evelyn, Jack meninggalkan isterinya itu dan bercerai secara sah pd 1933.


Bersama suami keduanya, Jack Clifford


Evelyn dlm salah satu babak filem 'The Woman Who Gave'

Sekitar 1920 - 30an, Evelyn memiliki sebuah kedai teh dan juga mula terbabit dgn alcoholism dan ketagihan morfin. Pd 1926, dia cuba membunuh diri dgn meminum cecair pembasmi kuman kerana kecewa dibuang kerja sbg penari di Moulin Rouge Café, Chicago. Pada masa yg sama, tanpa Evelyn sedari Harry mengupah sorg detektif utk mengekori bekas isterinya sejak perceraian mereka dan membayar nafkah sebanyak $10 dollar sehari kpd Evelyn, yg menurut Harry Thaw: atas ‘tanda terima kasih atas segala kenangan manis mereka bersama’. Harry juga melawat dan berbaik2 dgn Evelyn di hospital selepas percubaan membunuh dirinya itu. Tp mereka tak pernah rujuk semula. Apabila lelaki itu meninggal pd thn 1947, dia mewariskan wang sebanyak $10k shj kpd Evelyn – drpd hartanya yg keseluruhan bernilai $1 juta.


Kedai teh Evelyn

Evelyn ketika hayatnya telah menulis dua buah buku biografi, ‘The Story of My Life’ (1914) dan ‘Prodigal Days’ (1934). Masa WW2, Evelyn berpindah ke Los Angeles, California dan mengajar seni seramik dan seni pahat.

Dia pernah diupah sbg penasihat teknikal utk filem ‘The Girl in the Red Velvet Swing’ pd thn 1955, yg berdasarkan kisah hidup Evelyn sendirik tp byk ditokok tambah. Kemudian wanita itu menetap di New Jersey utk bbrp tahun sebelum kembali ke California. Evelyn Nesbit meninggal dunia di rumah org tua di Santa Monica, California pd thn 1967 pd usia 82thn.



Evelyn bersama aktres Joan Collins di set ‘The Girl in the Red Velvet Swing’


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2021 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
i buat journaling selalu nampak sticker & kertas lama yg ada gambar evelyn ni, tapi la ni baru tau itu dia & kisahnya.

by the way, aje giler harry dalam penjara pun pakai tie & vest. tak panas ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols park duluuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Gambo last, Evelyn yg pakai spek tu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Tragis. Tak pernah dicintai. Cuma trophy woman saje
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
kisah hidup yg sgt menatik.. tq sharing.. she is gorgeous. ada movie ke kisah Evelyn ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2021 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
lawa giler joan collins waktu muda, lagi lawa pulak i rasa drpd evelyn masa muda. hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2021 05:48 PM | Show all posts
hanihan16 replied at 21-9-2021 08:29 PM
i buat journaling selalu nampak sticker & kertas lama yg ada gambar evelyn ni, tapi la ni baru tau i ...

entah2 pasang aircond... org have2 kheenn, tak mustahil
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-9-2021 05:51 PM | Show all posts
ilahaz replied at 21-9-2021 09:24 PM
kisah hidup yg sgt menatik.. tq sharing.. she is gorgeous. ada movie ke kisah Evelyn ni

ni jah movie berdasarkan kisah hidup dia


Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2021 10:47 AM | Show all posts
Macam handsome si Harry kendall tu..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2021 09:54 AM | Show all posts
tragisnya.... wanita cantik,, dikelilingi cinta tapi tidak pernah bahagia...

macam pernah tgk gambar dia kat tin krim rambut hijau...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2021 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedih dengan nasib anak dia. Comelnya dengan pipi gebu. Tak boleh bayang budak secomel tu direject oleh bapak kandung (if betul)..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2021 12:41 PM | Show all posts
anak lelaki Evelyn Nesbit nama Russell William Thaw ni pergi mana?

tak bela mak dia kah yang sampai mak dia duduk n passed away di old folks home?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2021 02:34 AM | Show all posts
bettyboops replied at 21-10-2021 12:41 PM
anak lelaki Evelyn Nesbit nama Russell William Thaw ni pergi mana?

tak bela mak dia kah yang sampai ...

biasalah kalau kat sana, anak2 bila dah besar akan duduk asing2 drpd parents... makpak tak expect pun anak2 akan jaga dia org. rumah org tua kat US takda le sedih sgt mcm kat sini, byk hiburan sesama rakan sebaya. penyakit siflis pun subur jua di situ... if you know what i mean
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2021 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
hanihan16 replied at 21-9-2021 09:54 PM
lawa giler joan collins waktu muda, lagi lawa pulak i rasa drpd evelyn masa muda. hehe

Terpegun i tgk mmg cantik gila babs joan collins tu. Terus lupa pasal evelyn. Btw kesian sheol jd mangsa org pitenah mcm2
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2021 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Dr dulu lg diaorg dah start salahkan mangsa, hanya sbb mangsa x pernah buka mulut dan si perogol lak mati kena bunuh
Kesian juga kt anak yg x diakui bapa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2021 08:47 AM | Show all posts
citer dulu2 klu cantik je selalu tak bahagia.. nasib baik iollss kurang cantik.. bahagiaaaaa~~~~ ahahahahahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2021 03:20 PM | Show all posts
mamichik replied at 15-11-2021 08:47 AM
citer dulu2 klu cantik je selalu tak bahagia.. nasib baik iollss kurang cantik.. bahagiaaaaa~~~~ aha ...

hahaha... org kata kecantikan tu satu sumpahan. tp at least dia org menang dr segi rupa. brp byk kelebihan dan peluang dia org akan dpt. paling tragis org tak brp nak jelita pastu hidup sedeeyyh pula.

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2021 03:21 PM | Show all posts
dani-rox replied at 15-11-2021 03:20 PM
hahaha...  org kata kecantikan tu satu sumpahan. tp at least dia org menang dr segi rupa. brp ...
ahahahaahhahaha.. nasib baik iolls bahagiaaaa.. ahahahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2021 10:30 AM | Show all posts
cantik tak jamin kebahgiaan gitu....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.126486 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list