CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6602|Reply: 32

Nourul Depp jelaskan kenapa anak sulung tak ikut ke Bali

[Copy link]
Post time 21-9-2021 11:27 PM | Show all posts |Read mode
Nourul Depp jelaskan kenapa anak sulung tak ikut ke Bali


NOURUL dan Ayu dalam sesi video secara langsung.

Kuala Lumpur: Penghijrahan penyanyi, Nourul Depp bersama suami, Eric Daniel Depp dan tiga anak mereka, Zachary, Raphael dan Isabella ke Bali, Indonesia tanpa anak sulungnya, Ayu Nazirah menimbulkan pertanyaan dalam kalangan netizen di media sosial.

Ayu, 23, adalah anak hasil perkahwinan Nourul dengan bekas suami, Ajai yang juga komposer dan penyanyi popular.

Nourul dan Ayu yang tampil dalam sesi video secara langsung berkata, Ayu tidak dapat turut serta ke Bali kerana isu berkaitan visa dan situasi penularan Covid-19 ketika ini.

"Ayu memang dah tahu saya akan berpindah ke Bali sejak saya berkahwin lagi. Saya berusia 44 tahun dan bukan dalam usia persaraan, manakala suami sudah berusia 56 tahun dan mendapat visa untuk berhijrah.

"Saya pun 'tumpang' visa Eric. Ayu pula berbintikan Ajai, jadi kami tak dapat bawa Ayu," katanya.

Menurutnya, sekiranya bukan kerana Covid-19, Ayu akan turut serta bersamanya ke Bali. Namun, disebabkan situasi berkenaan, Ayu tidak dapat ke sana.

"Selepas pintu sempadan dibuka semula, Ayu akan datang ke sini (Bali). Ramai yang bertanya, kenapa Ayu tak ikut. Susah saya nak menjawab satu persatu," katanya.

Sementara itu, Ayu berkata, dia kini sudah mula hidup berdikari.

"Saya semakin meningkat dewasa. Memang dari dulu lagi saya dah tahu bahawa keluarga mama akan berpindah ke Bali kerana itu adalah impian bapa tiri saya.

"Saya pula anak bapa yang lain. Kalau tukar nama nanti, drama lain pula. Alhamdulillah, saya pun sudah bekerja dan boleh menyara kehidupan saya.

"Saya berbesar hati kerana mama berikan peluang kepada saya untuk berdikari. Saya gunakan peluang ini untuk belajar hidup sendiri," katanya.

Nourul juga tidak menafikan bahawa perpisahan dengan anaknya itu umpama dia kehilangan sebahagian daripada dirinya.

"Sewaktu di dalam pesawat, saya rasa seperti separuh daripada badan saya tertinggal di Malaysia. Memang saya rasa sangat sedih, namun, Ayu ada pilihan hidupnya sendiri.

"Dia ada ayah dan pasukan kerjanya di Malaysia. Ramai yang akan bantu untuk menjaganya di Kuala Lumpur. Banyak kenangan di Malaysia dan keluarga saya pun ramai di tanah air. Sebagai ibu, kalau kena tinggal macam mana pun, kalau tak cerai sekalipun, anak pergi sambung belajar pun memang rasa hilang separuh badan," katanya.

Nourul juga meminta pengikut dan peminatnya akan mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga dan anaknya.

"Kita doakan yang terbaik untuk keluarga dan juga Ayu. Ini fasa baru dalam hidup saya dan anak saya. Saya nak anak saya menjadi anak yang kuat," katanya.

Nourul bersama suami dan tiga anak mereka kini menjalani kuarantin di Jakarta.

Sumber:https://www.hmetro.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2021 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Alah netizen ni pun dok tanya2. Ayu tu dah besar kot. Pandai jaga diri dah. Bukan umur 9 tahun. Tp of course lah as ibu kalau anak xda depan mata rasa mcm x complete hidup kita kan. Nasib lah ada phone boleh video call hari2.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 11:44 PM | Show all posts
Eh, sudah2 la bukak thread pasal nourul/nurul/noorul ni ke Bali.
Ko mengundang orang mengutuk die.
Ko sekali terpalit dosa nnt
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Umur dah 23 bukan budak kecik. Rindu ibu terbanglah ke bali.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau Ayu tukar nama korang pulak yg kecoh.

Anak tiri ex suami arwah Seha dulu pun tukar nama surname sebab nak permudahkan urusan kat UK. Sama mcm Manohara Odelia Manz guna surname pak tirinya, Pinot.

Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Bali je xde la jauh mana..kecoh aje kisah dia nak pindah..timeline fb kalau x kisah dia..kisah vida iqbal .stress mokcik.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2021 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 21-9-2021 11:46 PM
Kalau Ayu tukar nama korang pulak yg kecoh.

Anak tiri ex suami arwah Seha dulu pun tukar nama sur ...

kisah anak arwah seha tu mmg epik ya
sbb the big sister trying to gather all her siblings, rasanya ada 3 adik dan mereka semua berlainan ibu. ayah mereka kokesen udah meninggal.
and anak seha dr father kokesen tu yg ms tu ada di msia pun sedih gak kisahnya sbb ayah tiri meninggal lps arwah seha meninggal..so dia mcm takde sapa2 je smpi la the big sister cari dia
x silap d eldest sister tu duk kat australia mcm tu..tp mmg akak smpi termimpi2 la kisah diorg ni lps sis @Changa vokuro bongkar kisah nih.akak ingat2 lupa fakta citer tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Hoola at 22-9-2021 12:04 AM

Omg kecohnya lahaiiiiiiii x hbis lg kisahnya
Orglain pun di luaq ng..kami chill je ni bjauhan kluarga walau hati meratap hiba
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2021 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 21-9-2021 11:59 PM
kisah anak arwah seha tu mmg epik ya
sbb the big sister trying to gather all her siblings, rasany ...

Kyra ke apa nama dia tu tak nmpk muka mak dia. Sekarang ni jadi penyanyi ke apa?

Kakak paling tua tu umur 30s kot ke dah cecah 40?

Pengajaran kepada lelaki2 tak kira apa bangsa dan agama sekali pun jangan asyik nak bersusun bini.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 22-9-2021 12:13 AM
Kyra ke apa nama dia tu tak nmpk muka mak dia. Sekarang ni jadi penyanyi ke apa?

Kakak paling t ...

x silap ms tu ada yg kata budak tu duk ipoh
pastu dpt gak jmpe the eldest sister
lagi dua org tu lak rasanya mmg siblings gak.
tp mmg pun..bersusun2 bini smpi dh meninggal bapam dia, sib baik si kakak ada usaha nk satukan adik beradik kandung dia
mmg worldwide global konsepnya sbb sorang kt australia, malaysia, lagi satu negara ingat lak...tp mmg lain2 negara adik2 dia stay
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ellejo at 21-9-2021 04:28 PM
cmf_premierleag replied at 21-9-2021 04:20 PM
x silap ms tu ada yg kata budak tu duk ipoh
pastu dpt gak jmpe the eldest sister
lagi dua org tu ...


lepas dia kawen dgn pempuan indon tu yg seha lost contact dgn si boy tu kan?

edit
i edit nama sebab salah nama samiha pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Cik_jantung at 11-1-2022 07:04 PM

..........
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
ellejo replied at 22-9-2021 12:22 AM
lepas dia kawen dgn pempuan indon tu yg seha lost contact dgn si boy apa kenama entah samiha ke ap ...

anak sulung dia nama misha
seingat aku, kisahnya lps cerai, ex hasben bawak misha duk jakarta dan kawen dgn org indonesia
pastu arwah seha meninggal, pastu bapak tiri kira,pastu bapak kira
x tau misha kt mana skang
tp kakak diorg kat australia
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 12:37 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 21-9-2021 04:26 PM
anak sulung dia nama misha
seingat aku, kisahnya lps cerai, ex hasben bawak misha duk jakarta dan ...

penah baca paper adiknya kata abangnya duduk london keje dgn universiti. paper apa tak ingat tapi dalam tahun 2014-2016 gitu.


Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Besar gajah dah aihh anaknye bukan isap susu lagi....mak nye pon kat seberang nun je haa sejam je flight
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 03:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Biarlaaaahhhhh
Nanti rindu naik flight letew
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2021 05:00 AM | Show all posts
sharlenetexas replied at 22-9-2021 12:13 AM
Kyra ke apa nama dia tu tak nmpk muka mak dia. Sekarang ni jadi penyanyi ke apa?

Kakak paling t ...

Kyra tu badan kusmangat bam bam
Aritu pakai tudung, ni bukak dah
Muka piaw melayu
Adik lelaki arwah seha bela lepas arwah meninggal
Ada aritu aku jumpa ig dia
Pandai menyanyi
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 06:15 AM From the mobile phone | Show all posts
seketui muka ajai ..i baru tgk live dorg..sedih pulak..feeling sampai nngis gituh i..emo..yela mak pun ada family sendiri..bkk border nnti blh la p..sheols dh hbs study kew? junior i dia ni rp xpnh jmpa pun..btw i suka tgk ayu ni..dia hitam yg manis mcmtu kan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 07:14 AM From the mobile phone | Show all posts
23 dah pun
Kalau 13 pun, umur budak gi boarding school, berpisah jg
Apa la sgt, dah dewasa
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 08:47 AM | Show all posts
I lagi berminat nak tahu kisah anak arwah seha tu...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:06 PM GMT+8 , Processed in 0.093151 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list