CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1197|Reply: 1

Pengalaman lalu di Piala Sudirman jadi azimat Wooi Yik

[Copy link]
Post time 22-9-2021 07:21 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Dua tahun lalu pemain beregu lelaki negara, Soh Wooi Yik pernah meminta kepada jurulatihnya ketika itu, Paulus Firman agar dia tidak disenaraikan atau diturunkan untuk aksi menentang India bagi saingan peringkat kumpulan Piala Sudirman 2019 di Nanning, China.

Wooi Yik mengakui sendiri bawah dia tidak mempunyai keyakinan untuk berdepan gandingan India, Manu Attri-B Sumeeth Reddy tatkala perlawanan bertemu negara Asia Selatan itu adalah sangat penting bagi memburu tempat ke pusingan kalah mati.

"Memang ada kisah di sebalik perlawanan berkenaan ketika Malaysia menentang India, di mana saya sendiri berbincang dengan jurulatih bahawa tidak cukup yakin untuk beraksi," katanya ketika ditemui di Majlis Penyerahan Insentif Persatuan Badminton Kuala Lumpur (KLBA) hari ini.


Wooi Yik menerima insentif daripada Presiden KLBA, Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos. FOTO BAM

Wooi Yik, menceritakan semula kisah berkenaan menjelang saingan Piala Sudirman 2021 yang akan berlangsung 26 September hingga 3 Oktober di Vantaa, Finland.

"Saya masih ingat walaupun ketika itu saya dan Aaron Chia adalah pasangan nombor satu negara namun saya berbincang dengan jurulatih bahawa masih belum cukup pengalaman dan jurulatih membuat keputusan menurunkan Teo Ee Yi.

"Selepas berbincang jurulatih menerima permintaan saya dan turunkan mereka berdua yang sebelum itu pernah bergandingan bersama di Piala Thomas," kata Wooi Yik mengimbau semula kenangan Piala Sudirman sebelum dia dan skuad negara berlepas ke Vantaa esok.

Kali ini, ia sedikit berbeza buat pemain kelahiran Kuala Lumpur itu, kerana dia adalah antara pemain paling senior bersama Aaron dan Lee Zii Jia (perseorangan lelaki).

"Kali ini tekanan dia sedikit berbeza, kerana menjadi pasangan utama dan juga mempunyai tanggungjawab. Bukan saja di gelanggang malah secara keseluruhan kejohanan itu sendiri.

"Kami perlu lebih berkomunikasi dengan pasukan, apa yang penting ialah semangat berpasukan dan bukannya individu. Kami juga harus berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan lain," katanya yang meraih pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo baru-baru ini.

Malaysia diundi dalam Kumpulan D bagi saingan Piala Sudirman kali ini dan cuba untuk memburu dua slot terbaik bersama Jepun, England dan Mesir, seterusnya layak ke pusingan suku akhir. - HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-9-2021 07:30 AM | Show all posts

Aksi Wooi Yik bersama pasangannya, Aaron Chia di Olimpik Tokyo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 10:51 AM GMT+8 , Processed in 0.418189 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list