View: 1172|Reply: 1
|
Ellen juara dunia kali kedua
[Copy link]
|
|
Bruges, Belgium: Juara acara lebuh raya Eropah, Ellen van Dijk dari Belanda muncul juara ujian masa buat kali kedua di kejohanan dunia semalam selepas mengatasi cabaran Marlen Reusser dan Annemiek van Vleuten.
Ellen yang berusia 34 tahun melakukan catatan 10 saat lebih pantas berbanding jaguh Switzerland, Reusser yang meraih pingat perak di Sukan Olimpik pada Julai lalu dan 24 saat mengatasi pelumba senegara, Van Vleuten yang menjuarai acara itu di Tokyo.
"Saya tak jangka sangat emosi tetapi sudah sekian lama saya menunggu untuk mendapatkan semula gelaran dunia ini,'' katanya yang mengalirkan air mata sambil meletakkan tangan di dada.
"Marlen sangat kuat dan lebih laju daripada saya pada mulanya tetapi apabila dia kehilangan masa menuju penamat, sukar saya percaya. Ia pengakhiran yang saya impikan sekian lama.''
Kali terakhir dia menjuarai gelaran dunia pada 2013 di Florence dan semalam dia menguasai laluan mendatar sejauh 30.3km dalam masa 36 minit 05 saat dengan purata kelajuan 50.383km sejam.
Perlumbaan bersambung hari ini dengan acara ujian masa junior lelaki dan wanita yang turut berlangsung di Bruges. - HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
AKSI Ellen menuju garisan penamat di Bruges. |
|
|
|
|
|
|
| |
|