CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1395|Reply: 1

PRISM seru orang ramai, penggiat sukan patuh SOP

[Copy link]
Post time 22-9-2021 08:19 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Persatuan Pengurusan Industri Sukan Malaysia (PRISM) menyeru orang ramai terutamanya penggiat sukan tempatan agar mematuhi setiap prosedur operasi standard (SOP) ketika mengunjungi pusat-pusat sukan di negara ini.

Menurut pemangku Presiden PRISM, Datuk Jack Koh, pematuhan SOP itu perlu bagi memastikan kepercayaan yang diberi Kerajaan menerusi pembukaan sektor itu tidak terhakis.

Katanya lagi, beliau mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob dalam membenarkan pembukaan semula industri sukan selepas penutupan akibat pandemik Covid-19 bermula 10 September lalu manakala gimnasium turut sama dibuka pada 17 September lalu.

"Langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan amatlah bertepatan dengan situasi semasa yang mana kini sedang dalam peralihan ke fasa 2 dan seterusnya ke fasa 3.

"Kini, Covid-19 ini bukan lagi pandemik tetapi endemik. Pihak kerajaan membenarkan semua sektor dalam industri sukan dibuka semula sekarang untuk memulakan perniagaan sukan dengan selamat tanpa melupakan SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

"Selain daripada pembukaan semula industri sukan dengan pelaksanaan SOP dan pengawalan yang ketat, maka PRISM juga menyeru kepada orang awam untuk kembali semula ke sukan dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.

"Ia seperti pengguna kemudahan sukan mestilah sudah melengkapkan dua dos vaksin, membuat tempahan terlebih dahulu, memakai topeng muka sebelum masuk dan keluar daripada kompleks kemudahan sukan dan langkah-langkah pencegahan Covid-19 yang lain," katanya.

Ujarnya lagi, beliau yakin melalui keputusan itu, rakyat akan kembali aktif dan dapat mengekalkan kesihatan masing-masing.

"Dengan adanya kerjasama daripada pengusaha kemudahan sukan dan pengguna kemudahan sukan dalam mematuhi SOP dalam sukan ini, PRISM yakin bahawa rakyat negara ini untuk sama-sama kekal aktif dan positif dalam norma baharu sukan ini.

"PRISM turut berharap agar pihak Kerajaan akan terus menyokong pembangunan industri sukan di Malaysia atas sukan memainkan peranan penting dalam menyokong gaya sihat rakyat Malaysia dan seterusnya menyumbang dalam pembangunan ekonomi negara Malaysia". - HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-9-2021 08:21 AM | Show all posts

JACK menyeru kepada orang awam untuk kembali semula ke sukan dengan mematuhi SOP yang ditetapkan. FOTO Ihsan Jack Koh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 10:53 AM GMT+8 , Processed in 0.058831 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list