CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2485|Reply: 4

Page ‘Norman & Memey’ Didakwa Cuba Tipu Pelanggan, Memey Suhaiza Buat Lapora

[Copy link]
Post time 22-9-2021 09:36 AM | Show all posts |Read mode
Pelakon Memey Suhaiza mendedahkan telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Setapak pada Isnin berikutan terdapat aduan mengenai sebuah akaun laman peminat (page) di Facebook yang menggunakan namanya dan suami, Norman Hakim yang didaftarkan sebagai ‘Norman & Memey’.


Menurut Memey atau nama sebenarnya Suhaiza binti Suhaimi,33 ‘page’ itu bukan kendaliannya dan memohon kepada pengendali akaun tersebut untuk berhenti menyalin status hantarannya di laman Instagram sebelum dikongsi di akaun mereka.


Foto: IG




Katanya lagi, dia berharap agar akaun tersebut tidak lagi menggunakan namanya mahupun suami serta berhenti menipu orang ramai bagi urusan jual beli yang tidak sah.


Tegas Memey, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang seterusnya usai daripada membuat laporan polis.




  



Dalam perkembangan berkaitan, pengarah urusan jenama telekung tempatan, Telekung Hiqmah, Innanie Ariffin berkata pihaknya  sedia maklum akan aduan yang diterima berikutan terdapat individu atau pihak yang cuba menipu pelanggan mereka dengan menggunakan nama Memey.


Ketika dihubungi Murai.my, Innanie berkata individu yang terlibat dalam kes penipuan tersebut dikatakan pernah terlibat dalam beberapa kes sebelum ini termasuk memperdayakan blogger dan pengamal media sosial terkenal.




  



“Mereka menggunakan ‘fan page’ artis untuk scam pelanggan Telekung Hiqmah. Bila customer bayar, dia menghilang..” kongsi Innanie


Dalam hantaran akaun rasmi Telekung Hiqmah pula,syarikat ini menjelaskan pihak mereka telah mengugurkan nama seorang individu sebagai ejen jualan mereka dan tidak akan bertanggungjawab atas sebarang urusniaga yang dilakukan oleh wanita itu. -CARI


Sumber: Murai.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2021 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Ooo muda lagi si memey ni..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Ciktiekus replied at 22-9-2021 09:55 AM
Ooo muda lagi si memey ni..

Moga kekal lah dgn Oman sampai bila2. Rasanya org tak boleh lupa kejadian sebelum korang nikah dulu
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Apsal kaki dia kecik sangat... Jelesnya!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 12:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Saman deme sampai tinggal spender jahh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54446 Replies : 4
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54459 Replies : 20
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 98662 Replies : 1017
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 282585 Replies : 8332
"Kita usaha, bukannya duduk saja", Zain Saidin akhirnya bersuara, sedang gigih jual minyak wangi
maklukpenggoda"Kita usaha, bukannya duduk saja", Zain
Views : 57284 Replies : 124
Pelancong Malaysia Dihantar Pulang Walaupun Telah Melengkapkan Semua Dokumen Termasuk K-ETA (Korea Electronic Travel Authorization) , Mengapa Makin Susah Nak Masuk Korea?
YgBenarPelancong Malaysia Dihantar Pulang Walau
Views : 49083 Replies : 76
Konsert Biduanita-Judika bak 'muktamar PAS, kerusi takde nombor' mutu penganjuran hauk-sehauknya (level funfair ramai rasa tertipu)
maklukpenggodaKonsert Biduanita-Judika bak 'muktam
Views : 13175 Replies : 29
Sindiket 'Counter Setting' masih beroperasi di KLIA, dakwa sumber
AbahmungSindiket 'Counter Setting' masih
Views : 55281 Replies : 5
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 146957 Replies : 2475
Pasca Penceraian Fattah Amin: Edisi Bedah Siasat/Ulasan/Gosip Santai (Post #1 UPDATED)
kakasotongPasca Penceraian Fattah Amin: Edisi Beda
Views : 191790 Replies : 10011

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.046372 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list