View: 2368|Reply: 3
|
Intan Najuwa Dah Tak Nak Kongsi Kisah Peribadi
[Copy link]
|
|
Ketepikan cerita peribadi kerana tiada apa yang menarik untuk dikongsikan kepada masyarakat.
Justeru, pelakon Intan Najuwa, 24, enggan mengenang dan mengulas kisah putus tunangnya yang sudah berlalu.
Foto: IG
Intan berkata, dia sebaliknya lebih fokus terhadap karier lakonan yang semakin gemilang serta perniagaannya yang kian sukses.
"Saya lebih selesa ambil pendekatan untuk merahsiakan apa saja hal berkaitan peribadi. Ada baiknya saya bercerita hal karier daripada bercerita perkara yang bukan-bukan yang boleh mengundang kecaman terhadap saya.
"Tidak nanti orang hanya asyik bercerita hal peribadi berbanding soal bakat saya yang sepatutnya ditonjolkan," katanya.
Terbaharu, Intan tampil menerusi drama 16 episod berjudul Budak Intern yang menemui penonton menerusi TV9 bermula 22 September ini.
"Syukur kerana peminat dapat menyaksikan lakonan saya dalam cerita yang menarik ini. Mereka akan teruja dengan jalan cerita yang ditampilkan.
"Jadual saya sekarang sangat padat lebih-lebih lagi berlakon drama sampai hujung tahun ini. Selepas ini saya akan kembali sambung penggambaran drama untuk slot Samarinda yang tertangguh sebelum ini," katanya.
Intan juga akan masuk set penggambaran drama berjudul Tikam arahan Michael Ang dan drama lain.
"Dalam perniagaan pula, saya keluarkan modal untuk besarkan perniagaan produk kecantikan penjagaan kulit harian. Kemudian saya sekarang ubah suai premis untuk kedai produk penjagaan rambut sebagai kedai pertama.
"Insya-Allah akan buka kedai jenama saya yang boleh dikunjungi pelanggan secara 'walk-in'. Jadi, saya amat sibuk dengan dua kerja ini," katanya.
Intan bersyukur kerana mempunyai ramai kakitangan yang menguruskan perniagaannya dan akan menghubunginya sekiranya ada masalah.
"Namun, kadang-kadang saya datang juga pejabat untuk mesyuarat penting yang memerlukan saya turut serta. Nak tak nak kena juga bahagikan masa dengan berlakon dan berniaga. Alhamdulillah setakat ini semuanya dipermudahkan," katanya yang turut tercalon dalam pencalonan awal kategori Pelakon TV Wanita Popular Anugerah Bintang Popular BH Ke-34 (ABPBH 34). -CARI
Sumber: MSN
|
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah dek, nko berlakon makin helok….kerja kumpul duit sementara ada peluang. Ker nih response pada cik reputz yg sibuk nak tanya status nko ngan bamjul? |
|
|
|
|
|
|
| |
|