View: 1906|Reply: 9
|
Remaja Tak Sekolah Bunuh Ibu Sebab Selalu Ditegur Asyik Tonton TV
[Copy link]
|
|
Remaja berusia 17 tahun di Jepara, Jawa Tengah ditahan kerana membunuh ibu kandungnya pada Ahad lalu hanya kerana sering ditegur kerana menonton televisyen.
Detik melaporkan, Polis Daerah Jepara menerima laporan Ahad lalu berlakunya kekerasan fizikal mengakibatkan mangsa meninggal dunia yang dilakukan seorang remaja berusia 17 tahun.
Gambar hiasan
“Remaja itu tidak lagi bersekolah sejak kelas 1 Sekolah Menengah Pertama (SMP). Mangsa ialah ibu kandungnya sendiri,” jelas Ketua Unit Jenayah Polis Jepara, Fachrur Rozi.
Menurutnya, kejadian berlaku ketika suspek tidur depan televisyen dan ditegur ibunya kerana tidak bekerja serta hanya menonton televisyen.
Difahamkan, bapanya tiada di rumah dan sedang bekerja ketika kejadian berlaku.
“Suspek yang berang mengambil pisau lalu menikam mangsa. Panik dengan apa yang berlaku, dia meminta bantuan jiran dan ibunya dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
“Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di hospital,” jelasnya.
Fachrur berkata, mangsa sempat ‘melindungi’ anaknya dan berkata kononnya ditikam individu tidak dikenali.
“Bagaimanapun remaja tersebut ditahan kerana terdapat kesan darah pada badannya dan selepas siasatan lanjut, suspek mengakuinya,” katanya.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
Kasihnya ibu pada anak sampai ke hujung nyawa. |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah apa jadi kat kau ni dik
ibu tu saat mcm tu sanggup lagi lindung kau
harap kau menyesal la dik |
|
|
|
|
|
|
|
Note: Thread has been banned by manager
|
|
|
|
|
|
|
Mario897 replied at 22-9-2021 02:57 PM
Oh God ! What is this What Happens to US.
Kau nak spam apa hari ni babi? |
|
|
|
|
|
|
|
Syg btul c mak pda anknya. |
|
|
|
|
|
|
|
Gitu lerrr mak
Anak nagih dadih pun still cover anaknya tak salah
Ni anak yang kuar dari body sendiri sanggup bunuh sheol
Sheol tetap cover. |
|
|
|
|
|
|
|
anak nonstop mendadih
ibu bapa kaki bebel nonstop
mmg kombo keluarga2 nusantara. |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti menyesal lepas tu. Sebab tu masa marah jangan ikut perasaan. Sekarang menyesal dah tak berguna lagi. Mak kau penat2 bersalin kan kau. Kau senang2 tikam dia |
|
|
|
|
|
|
|
sian..apalah nasib dpt anak perangai gini..takdir |
|
|
|
|
|
|
| |
|