CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1359|Reply: 2

[Tempatan] Wow syabas! Tiada kes COVID-19 babitkan pelancong di Langkawi

[Copy link]
Post time 22-9-2021 02:21 PM | Show all posts |Read mode
Tiada kes COVID-19 babitkan pelancong di Langkawi


Tinjauan gelembung pelancongan Langkawi di Pantai Chenang yang dibuka untuk pelancong sejak 16 September lalu. - Foto LUQMAN HAKIM ZUBIR

ALOR SETAR: Tiada kes jangkitan COVID-19 membabitkan pelancong domestik di Langkawi dikesan selepas lima hari pulau itu dibuka menerusi projek rintis gelembung pelancongan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni dan Budaya, Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Mohd Firdaus Ahmad, berkata setakat ini penularan COVID-19 hanya membabitkan penduduk tempatan sahaja.

"Keadaan ini membuktikan kejayaan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) di bawah projek rintis berkenaan. Tiada kes jangkitan dikesan membabitkan kedatangan pelancong domestik.

"Ini kerana kerajaan sudah menggariskan SOP yang baik di bawah projek gelembung pelancongan. Saringan ujian COVID-19 dibuat di lokasi pelepasan sebelum ke Langkawi turut membantu menghalang individu yang positif daripada memasuki Langkawi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Azhar Ibrahim (PAS-Ayer Hitam) mengenai kesan pelaksanaan SOP kepada pelancong dalam sektor pelancongan di Langkawi dalam sesi pertanyaan lisan di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Setakat ini, Mohd Firdaus berkata, diunjurkan seramai 200,000 pelancong akan memasuki Langkawi sehingga hujung tahun ini.

Katanya, Kementerian Pelancongan juga sudah mengumumkan bahawa sektor pelancongan lain akan mula dibuka pada 1 Oktober ini setelah melihat perkembangan yang positif di Langkawi.

Dalam pada itu, Mohd Firdaus, berkata pembukaan Jeti Kuala Kedah yang menjadi antara laluan utama ke Langkawi esok, diyakini mampu memberi kesan positif kepada penduduk di pulau itu terutamanya peniaga.

"Ketika jeti ini ditutup ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sebelum ini, kesannya memang terasa kerana pelancong terpaksa 'dilencongkan' ke Kuala Perlis untuk menaiki feri ke Langkawi.

"Insya Allah apabila jeti itu kembali dibuka esok, kita akan melihat rakyat di Kuala Kedah dapat turut menikmati kesan pembukaan Langkawi," katanya.

sUMBER:https://www.bharian.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2021 02:26 PM | Show all posts
sebelum keluar dari pulau ada buat test tak?
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 02:28 PM | Show all posts
thread kita sama lh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:29 AM GMT+8 , Processed in 0.502446 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list