CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1371|Reply: 1

[Dunia] Data peribadi 100 juta pelawat ke Thailand ‘bocor’

 Close [Copy link]
Post time 22-9-2021 02:22 PM | Show all posts |Read mode
Data peribadi 100 juta pelawat ke Thailand ‘bocor’


MAKLUMAT peribadi pelancong antaranya nama dan nombor pasport terdedah dalam talian. – AFP

BANGKOK: Data peribadi lebih daripada 106 juta pelancong ke Thailand dilaporkan ‘terdedah’ secara terbuka melalui platform dalam talian pada bulan lalu.

Perkara itu ditemukan sebuah syarikat penyelidikan ke-selamatan siber.

Bagaimanapun, pihak ber-kuasa Thailand berjaya menyekat kebocoran data itu dengan segera.

Syarikat keselamatan pengguna berpangkalan di Britain, Comparitech menerusi satu laporan memaklumkan, ketua penyelidikan keselamatan, Bob Diachenko menemukan data yang mengandungi maklumat peribadi pelancong ke negara tersebut.

“Mana-mana warga asing yang mengunjungi Thailand sepanjang sedekad lalu, maklumat peribadi mereka mungkin terdedah.

“Ia termasuk nama, nombor pasport dan maklumat tempat tinggal,” jelasnya.

Comparitech memaklumkan Diachenko juga menemukan namanya dan maklumat perjalanannya ke Thailand pada 2011 di pangkalan data terbabit.

Pihak berkuasa Thailand dimaklumkan mengenai kebocoran maklumat pelancong pada 22 Ogos lalu dan mereka segera bertindak menyekat pangkalan data itu pada keesokan harinya.

“Bagaimanapun, kami tidak pasti sudah berapa lama data itu terdedah sebelum dikesan.

“Pihak berkuasa Thailand menegaskan data itu tidak diakses oleh mana-mana pihak yang tidak dibenarkan,” tambah laporan tersebut.

Sementara itu, Biro Siasatan Jenayah Siber Thailand memaklumkan, pihaknya tidak sedar mengenai insiden tersebut dan akan menjalankan siasatan.

Pada Jun lalu, sebuah laman sesawang pendaftaran vaksin Covid-19 bagi warga asing didapati membocorkan beberapa butiran peribadi penerima termasuk nama dan nombor pasport.

Laman sesawang milik kerajaan itu kemudian berjaya di-sekat segera. – AFP

Sumber:https://www.utusan.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2021 10:46 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:30 AM GMT+8 , Processed in 0.069251 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list