CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9224|Reply: 111

[Tempatan] Boleh rentas negeri bila 90 peratus kadar vaksinasi

  [Copy link]
Post time 22-9-2021 08:47 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan

Boleh rentas negeri bila 90 peratus kadar vaksinasi

PUTRAJAYA – Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri hari ini bersetuju untuk membenarkan pembukaan beberapa buah sektor bermula esok.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan berkata, kedai runcit, pasar mini, restoran, stesen minyak dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi berkuat kuasa esok dari pukul 6 pagi hingga 12 tengah malam.

Beliau memberitahu, kerajaan juga membenarkan pembukaan pusat-pusat pelancongan iaitu pulau-pulau atau kawasan pelancongan berserta aktiviti rentas negeri dibenarkan dengan syarat mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa berdasarkan data dan analisis yang telah dibuat Kementerian Kesihatan (KKM).

“Operasi perniagaan spa, pusat kesihatan (wellness) dan urut kesihatan dibenarkan kepada pengunjung dan operator yang telah menerima dos lengkap vaksin bermula 1 Oktober 2021.

“Pusat, premis atau produk pelancongan seperti zoo, perladangan, akuarium, snorkeling, selam skuba, pelancongan memancing dan taman rimba dibenarkan beroperasi di semua fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa 1 Oktober 2021 dengan semua pengusaha atau operator dan pelawat atau pengunjung lengkap divaksin,” katanya hari ini.

Selain itu, menurut Ismail Sabri, kehadiran pekerja bagi setiap perniagaan yang dibenarkan beroperasi adalah pada kapasiti 100 peratus dengan syarat majikan dan semua pekerja lengkap divaksin.

“Warga asing yang tiba di pintu masuk antarabangsa perlu menanggung kos ujian Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) di pintu masuk negara, manakala bagi warganegara adalah percuma,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa tiga buah negeri akan beralih fasa PPN pada Jumaat ini iaitu Negeri Sembilan daripada Fasa 3 kepada Fasa 4, Pahang (Fasa 2 kepada Fasa 3) dan Johor (Fasa 1 kepada Fasa 2).

“Peralihan fasa ini mengikut garis panduan yang ditetapkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan mengambil kira kemasukan ke hospital bagi kes bergejala, penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) serta peratusan lengkap divaksinasi.

“Keputusan ini juga dilakukan berdasarkan penilaian risiko semasa yang dibuat oleh KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya. – K! ONLINE


Sumber:https://www.kosmo.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2021 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
skrg dah bape percent
benci la..cukup 90% tu bila agaknya..dah la boss dah announce bulan dpn dh blh masuk ofis gilir2..so mksdnya bila i dh strt masuk ofis masatu dh xblh balik kg
dari bln 3 wfh..tup tup dh blh merentas negeri kena masuk opis pulak..pastu kan tup tup berlaku perubahan monsun pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu kata 80% skrg duda naik 90 lak.ckp jr la seratus persen kan sng
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 22-9-2021 09:09 PM
skrg dah bape percent
benci la..cukup 90% tu bila agaknya..dah la boss dah announce bulan dpn d ...

Maybe hujung Oktober baru dapat 90% tapi rasa Nov baru boleh rentas negeri. I pun tak nak terus balik kampung bila dah boleh rentas negeri sebab nak elak jem, boring dalam kereta sorang2 kalau jem. My sis pulak dah kena jaga pesakit covid sekarang, ntah bila ler dia dapat cuti.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 10:34 PM | Show all posts
80
90
100

80 3rd
90 3rd
100 3rd

.......

merekalah yg memgang bola
merekalah yg mengawal tiang gol


mmg perangai umno...pn pun umno...skrg pun umno
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 10:40 PM | Show all posts
JohnyEnglish replied at 22-9-2021 09:35 PM
Dulu kata 80% skrg duda naik 90 lak.ckp jr la seratus persen kan sng

80%,90% tu pun baru adult population.ni nanti budak2  nak ambik vaksin dia pusing lagi...sekian2 population seluruh negara.dgn alasan nanti ballik kampung bawak budak2.sudahnya raya thn depan pun masih jugak x dapat balik kampung
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-9-2021 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini semata-mata taktik kotor KERAjaan untuk membuatkan geng 80% menyerang geng 19% seperti zomba menyerang manusia. Zombie apocalypse sudah bermula sisthurrr...!
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
delia3003 replied at 22-9-2021 09:37 PM
Maybe hujung Oktober baru dapat 90% tapi rasa Nov baru boleh rentas negeri. I pun tak nak terus ba ...

Sbb msa mula2 umum PPN ni mmg dh mention bln 11 bru bleh rentas negeri...rsa dorg akn stick to yg asal ni jugak kot...i pn dh set mind bln 11 blk kg huhuhu....cuma jgn ada extend lg dh lah sbb klu gtu xtau dh mental iols mcm mna...dr awal thn dh set utk bertahan smpai bln 11 je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2021 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
I rasa cam I kena scam dgn gomen je...janji palsu memanjang...nnt bile cecah 90%, die ckp tunggu pulak 100% then bile dh cecah, later die ckp pulak tunggu 3rd dose...end up sampai abg jamil mampus I x blk kg
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
delia3003 replied at 22-9-2021 09:37 PM
Maybe hujung Oktober baru dapat 90% tapi rasa Nov baru boleh rentas negeri. I pun tak nak terus ba ...


nampak gayanya i xboleh balik le.. nngis bucu katil
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
bulan 11 belah2 pata timo dah start banjir ok..jalan semua tutup
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 11:28 PM | Show all posts
oh my god

KEDAH je keee fasa 1

iskk...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
taun lepas cuti sempat gak jenjalan cameron melaka pd dan penang..taun ni apa citer
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 11:32 PM | Show all posts
jap 90% kadar vaksinasi ni per Malaysia overall?

atau 90%  per state  ye?

kedah ni  baru 64 % semalam ...iskk...jenuh jugak nak tunggu  ni...

kata 2 minggu lagi sebab nak tunggu endemic bagai...iskk
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Cucuk PATI ramai ciked oi
Janji boleh 90% khuens
Boleh Pak Mael lambong bangga kejayaan beliau mengekang cobid

Dan dapi boleh buat lagu baru, "Apakku Hero Cobid"

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 23-9-2021 12:32 AM
jap 90% kadar vaksinasi ni per Malaysia overall?

atau 90%  per state  ye?

Hai nak balik loqstaq ka tuu
Pengiraan 90% ni rasanya per Malaysia
Kalau per state, Perelih dulu gamaknya
Lapaq laksa kola niii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2021 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tanya yg kena dos ketiga nanti ni hanya sinovac je ke? Ada org ckp kat fb ni hat kena dos ketiga tu cuma sinovac AZ tak kena.
Betul ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Haritu kata sape lengkap 2nd dose ade privelege rentas merentas
Pastu konon tunggu 80% pulak
Now 90%
Xustahil 90 tu nanti termasuk 12-17thn
Kencing jer lebih....scam...
Untung la sape makpak kat langkawi
Boleh pi melancong melencong

Pasni tioman dgn melaka pulekkk
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 22-9-2021 09:09 PM
skrg dah bape percent
benci la..cukup 90% tu bila agaknya..dah la boss dah announce bulan dpn d ...

Pi pujuk kawan2 uols yg cikgu2 tu huhu,kawan2 iols yg bukan cikgu pun bersepah2 tak amik vaksin.
Tapi takleh pujuk dorang la, rata2 tu jenis takkan uturn dah hehe sbb dorang bukan baru tahun ni tiba takut ngn vaksin ke apa. Ni hat dah lama2 dulu lg heheh rata2 yg uturn amik vaksin yg dia cuma risau ngn vaksin covid 19 ni je vaksin2 lain dorang amik je sblm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
tupai replied at 22-9-2021 11:12 PM
I rasa cam I kena scam dgn gomen je...janji palsu memanjang...nnt bile cecah 90%, die ckp tunggu pul ...

Bulan 11 nanti mereka akan kata, "Imuniti sebahagian besar korang sudah tamat tempoh. 80% herd immunity korang sudah tinggal 43% sebenarnya. Oleh itu sebagai raykat yang bertanggungjawab melindungi diri dan semua, anda diwajibkan mengambil dos penggalak sebagaimana yang telah dipersetujui dan ditandatangani oleh anda, bagi memastikan kesinambungan herd immunity 80% itu berjaya dikekalkan, seterusnya lebih banyak kelonggaran boleh diberikan untuk raykat pemegang status 'vaccinated'. Lindung diri, lindung semua."
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:56 AM GMT+8 , Processed in 0.257954 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list