CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3350|Reply: 28

[Tempatan] Keengganan AJK masjid divaksinasi antara punca masjid tak dibuka sepenuhnya. Tak

  [Copy link]
Post time 23-9-2021 12:55 AM | Show all posts |Read mode
Enggan divaksinasi punca masjid tidak dapat dibuka sepenuhnya
| | 22 September 2021

SHAH ALAM - Keengganan segelintir masyarakat Islam menerima vaksin Covid-19 menyukarkan pihak berkuasa membenarkan pembukaan sepenuhnya masjid-masjid di Selangor, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Dr Siti Mariah Mahmud.

Beliau berkata sehingga semalam masih ada ahli masjid yang tidak mahu divaksin menyebabkan kelulusan sepenuhnya untuk membuka semula masjid-masjid belum dapat dipenuhi.

“Perkara ini sudah pasti sangat menyedihkan, walaupun golongan yang menolak vaksin mengatakan perkara tersebut adalah hak mereka, hak majoriti juga perlu dilindungi.

"Saya rasa sudah cukuplah media sosial menguar-uarkan perkara yang tidak berasas (berkenaan vaksin dan Covid-19) yang telah menyebabkan banyak program tertunda," katanya pada sidang media hari ini.

Media hari ini melaporkan, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata hanya 20 peratus daripada 146 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), pegawai serta ahli jawatankuasa masjid dan penolong pendaftar nikah JAIS yang hadir program vaksinasi khas JAIS hari ini, bersetuju mendapatkan suntikan dos pertama.

Menurut Mohd Shahzihan, jumlah sebenar mereka yang diarahkan hadir dalam program dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) itu adalah 872 orang.

Susulan itu, beliau berkata JAIS dijangka mempersembahkan senarai individu yang enggan menerima vaksin di bawah kelolaan pihaknya kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Jumaat ini untuk tindakan lanjut. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2021 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan mati tak bergaji pon AJK masjid tu kalo tukor onglain..  Memang jawatan takde gaji.  So?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 23-9-2021 01:01 AM
Bukan mati tak bergaji pon AJK masjid tu kalo tukor onglain..  Memang jawatan takde gaji.  So?

Mahu golongan ini dipersalahkan sebagai punca masjid ditutup. Masjid tidak boleh dibuka kerana golongan ini tidak dicucuk, tetapi golongan ini sudah lama tidak dibenarkan menjejak kaki di masjid kerana tidak dicucuk. Semakin hari semakin biol.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 01:15 AM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 23-9-2021 01:01 AM
Bukan mati tak bergaji pon AJK masjid tu kalo tukor onglain..  Memang jawatan takde gaji.  So?

Ooo mmg x de gaji ye..kat FB aku dl ade seorg ni org tabligh rsnye sampai konon2 nk letak jawatan dr imam sbb masjid x buka.. dl la zmn masjid kn tutup..tp skrg ni duk ckp vaksin ni agenda Yahudi, agenda mcm2.. p cucuk x gak...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 01:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru baca tadi kat Pahang aman2 je masjid penuh 2000 jemaah. Lepastu raja dan mufti Pahang tidak amalkan diskriminasi vaksin tak vaksin. Yang penting ikut SOP dan cek suhu sahaja. Tidak mahu tanggung dosa semata2 tak benarkan mereka yang tak vaksin tidak dibenarkan solat dimasjid.
Bagusnya...lepastu ramai2 cakap nak pindah Pahang
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 01:21 AM From the mobile phone | Show all posts
manzilla replied at 23-9-2021 01:09 AM
Mahu golongan ini dipersalahkan sebagai punca masjid ditutup. Masjid tidak boleh dibuka kerana gol ...

Ntah apa2. Apa la yang ditakut sangat pada yang tak vaksin tu. Dah vaksin patut aman2 jelah masjid rumah Allah, Dia berhak jemput mana2 tetamu nya datang solat dirumahnya. Tapi taksuberr halang dengan sistem mengarut. Tanggunglah korang nanti
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2021 01:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Mangkok hayon punya AJK.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 02:07 AM | Show all posts
Edited by Lagubestbest at 23-9-2021 02:22 AM
ina_na replied at 23-9-2021 01:15 AM
Ooo mmg x de gaji ye..kat FB aku dl ade seorg ni org tabligh rsnye sampai konon2 nk letak jawatan  ...

eh. imam bilal siak n guard masjid semua tu jawatan dari majlis agama n ada gaji.
AJK ni yg pengerusi masjid/ setiausaha/ etc2 tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2021 02:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagubestbest replied at 23-9-2021 02:07 AM
eh. imam bilal siak n guard masjid semua tu jawatan dari majlis agama n ada gaji.
ajak ni yg peng ...

Ooo kompius lak aku ni.. skrg mls nk bc kat FB.. antivaksin gaduh gan provaksin.
Pening kepala jdnye
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 06:30 AM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 23-9-2021 01:18 AM
Baru baca tadi kat Pahang aman2 je masjid penuh 2000 jemaah. Lepastu raja dan mufti Pahang tidak ama ...

Kan ank raja phg dh bgtau dlm Islam xde diskriminasi
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 06:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau betul2 nak bukak penuh, bukak ja la.

Tak payah la bagi ajk masjid yg tak vaksin tu masuk masjid. Selama ni pun depa tak dibenarkan masuk. Lagipun depa tu bukan ada sistem penjawatan, payah nak pecat.

Alasan semata jaa. Sebab sekarang ni orang mmg tengah bising kritik SOP masjid yg melampau ketat.

Dalam flight boleh capacity penuh, dalam masjid limited.

Di kedai makan boleh bukak mask, di masjid solat pun tak boleh bukak mask.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2021 06:36 AM | Show all posts
atas kerajaan negeri
cth mcm Pahang yg korang bagi tau tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 06:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Buat la masjid baru versi tak vaksin.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 06:38 AM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 23-9-2021 01:18 AM
Baru baca tadi kat Pahang aman2 je masjid penuh 2000 jemaah. Lepastu raja dan mufti Pahang tidak ama ...

Pahang pun dah masuk Fasa 3 semalam. Aman2 jaa depa kat sana solat Jumaat ramai2.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu je sebabnye x dpt jemaah ....lucut dan tukar ajk je la..nape nk susahkan org ramai. Kalau biarkan isu ni tanggung dosa. Bkn nk kena ada election ajk bagai kan
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 07:32 AM | Show all posts
Sangat betul.. terjadi depan mata AJK Masjid pakat2 tak mo vaksin... atas alasan dengar cakap org.. Jabatan Agama turun siasat.. baru mengelupur imam, bilal dan lain-lain ke pusat vaksin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2021 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Bergajila..elaun tetiap bulan xpayah amik la lepas ni..apa susah sangat
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukalah masjid cam biasa. Semua blh berjemaah sesama.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 08:29 AM | Show all posts
Aku dgr yg dh vaksin x kan sakit teruk klu kena kobid.dah tu ape nak takut dgn yg tak viksin?aku tanya jer
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 23-9-2021 01:01 AM
Bukan mati tak bergaji pon AJK masjid tu kalo tukor onglain..  Memang jawatan takde gaji.  So?

Ada tmpt dpt elaun kak. Mcm tempat sy setiap kali pemilihan ajak masjid diorg siap berkempen tau. Dah mcm kempen politik. Gila betul.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.067808 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list