CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1592|Reply: 7

[Tempatan] Dua warga Pakistan dalang sindiket palsukan dokumen ditahan

  [Copy link]
Post time 23-9-2021 01:39 AM | Show all posts |Read mode
Dua warga Pakistan dalang sindiket palsukan dokumen ditahan

@bh.com.my







Dua warga Pakistan dalang sindiket palsukan dokumen ditahan
Seorang daripada dua warga Pakistan yang ditahan Jabatan Imigresen selepas disyaki terbabit dalam sindiket memalsukan pasport dan pelbagai dokumen imigresen. - Foto Jabatan Imigresen

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket pemalsuan pasport dan pelbagai dokumen susulan penahanan dua lelaki warga Pakistan dalam satu operasi awal pagi semalam.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud, berkata dua suspek berusia 32 dan 37 tahun itu ditahan dalam operasi khas Unit Risikan Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan Jabatan Imigresen Putrajaya di Ampang, Selangor dan Wangsa Maju, Kuala Lumpur hasil risikan dan maklumat awam.

Beliau berkata, dua suspek itu mengenakan bayaran antara RM2,500 hingga RM 4,000 untuk setiap pasport.

"Serbuan pertama di Ampang menemui cap keselamatan Jabatan Imigresen Malaysia, cap nama pegawai, cap kedutaan asing, cap masuk dan keluar negara Pakistan, cap Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR), cap Hasil, cap bank dan pelbagai cap syarikat selain surat kelulusan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja yang dipalsukan.

"Serbuan di lokasi kedua di Wangsa Maju menemui cap nama pegawai Imigresen, cap pesuruhjaya sumpah, cap Majlis Agama Islam Narathiwat dan pasport India," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Khairul Dzaimee berkata, siasatan awal mendapati suspek berusia 32 tahun didapati tinggal lebih masa dan memiliki pasport tamat tempoh, manakala suspek kedua berusia 37 tahun, pemegang pas lawatan sosial jangka panjang dan berkahwin dengan warganegara Malaysia.

Katanya, sindiket itu dipercayai mempunyai rangkaian dengan beberapa lagi ejen warga asing lain yang dikenal pasti termasuk warga tempatan.

"Kita sedang memburu suspek berkenaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh melaporkan kepada Jabatan Imigresen.

"Operasi dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dan suspek ditahan di Depoh Imigresen KLIA bagi siasatan lanjut selepas ujian saringan COVID-19." katanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2021 06:52 AM From the mobile phone | Show all posts
TUDIA....'Herd Immunity' kapala hotak berjambul...bg vaksin free kat warga asing.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 07:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau nak bersihkan pati, boleh jer
Kalau nak la kannnn
Bersepah...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 07:40 AM | Show all posts
kena tangkap lepas
yg kantul Melayu
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 09:32 AM | Show all posts
buat penjara khas untuk pati & local yang bersekongkol.  Simpan sekejap je  2-3 bulan untuk kasi hukuman maximum sebatan 20-30 kali pastu hantar balik. Simpan lama2 dalam jel tak guna, buang duit public je bela depa ni.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Setakat dokument palsu tu apalah sgt, senapang pun diaorg pandai buat, pakai minimum toolings
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2021 03:50 PM | Show all posts
dah boleh buang dah semua cop cop tu upgrade la siket system.. kerajaan kan byk duit adohai
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2021 01:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Katanya, sindiket itu dipercayai mempunyai rangkaian dengan beberapa lagi ejen warga asing lain yang dikenal pasti termasuk warga tempatan.

Si local dengan si foreigners boleh pergi mamp. Hapuskan kerakyatan si local. Pandai2 laa dia nak hidup

Itu pun kalau kerajaan jenis North Korea la. Takde main lembut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 04:27 PM GMT+8 , Processed in 0.064310 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list