View: 2176|Reply: 13
|
Pelajar IPTA Direman 14 Hari Jual ‘Flavor Vape’ Perisa Ganja
[Copy link]
|
|
Seorang pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) warga asing ditahan selepas disyaki menjual cecair ‘ganja’ digunakan untuk diisi ke dalam rokok elektronik.
Difahamkan, suspek berusia 29 tahun itu ditahan kira-kira pukul 6.35 petang kelmarin di tepi Jalan Alamanda 2, Presint 1, Putrajaya.
Gambar hiasan
Suspek ketika pemeriksaan dijalankan juga cuba melarikan diri, namun berjaya ditahan.
Hasil pemeriksaan menemukan dadah disyaki cecair ganja (200.62 gram) dan hasil saringan awal mendapati suspek positif THC.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sahar Abd Latif berkata, siasatan awal mendapati cecair tersebut digunakan untuk diisi ke dalam rokok elektronik (vape).
“Cecair itu mendapat permintaan yang tinggi di kalangan rakan-rakan rapat dan urusan jual beli dijalankan melalui media sosial.
“Cecair ini boleh memberi kesan menghayalkan seperti penggunaan Ganja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kredit foto: SM
Menurut Sahar, menerusi tangkapan tersebut, pihaknya berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang didalangi warganegara asing yang dikesan aktif selama dua bulan di sekitar Lembah Klang.
Ujarnya, nilai dadah yang dirampas adalah RM501 dan boleh menampung penggunaan seramai 402 orang pengguna (user) dadah.
Tambahnya, suspek kini reman selama 14 hari bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sumber: Suara Merdeka |
|
|
|
|
|
|
|
Pelajar first degree ke master ni umur 29?
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas: Pelajar first degree ke master ni umur 29?
Kau tak pernah dengar orang buat master umur 40 tahun ke dek??? |
|
|
|
|
|
|
|
Jual ganja ada lesen, jual candu ada lesen tapi jual belacan tak ada lesen, saya smuggle dari Malaya |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by jas7512 at 23-9-2021 09:58 PM
Bangsat..merosakkan rakyat malaysia..hrp mereput dlm penjara...x sedar diuntung..dtg cni utk belajar tapi buat tahi |
|
|
|
|
|
|
|
pooh~key replied at 23-9-2021 09:44 PM
Kau tak pernah dengar orang buat master umur 40 tahun ke dek???
Tuanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 23-9-2021 10:07 PM
jual dadah ke,jual ganja ke,mencabul ke...yg penting mereka warga asing sudah divaksin secara percuma tuk capai 'herd immunity'-Kapla hotak berjambul |
|
|
|
|
|
|
|
Please la stop ambil foreign student terutamanya dari africa, bkn ada faedah pun to MY..mmg almost all bawak masalah |
|
|
|
|
|
|
|
vape sendiri pun patut tidak digalakkan...banyak kesan tidak baik pada kesihatan |
|
|
|
|
|
|
|
lembab btol menteri undang2 buat keje...vape dh lebih 10taun kot..still xde law..pemalas!haih...
|
|
|
|
|
|
|
|
Padan muka dok nak validation foreigners sangat
Sekali foreigners buat Malaya ni macam playground untuk benda2 jenayah jaaa
Haa amalkan selalu. |
|
|
|
|
|
|
|
nakkomenjugak: Padan muka dok nak validation foreigners sangatSekali foreigners buat Malaya ni macam playground untuk benda2 jenayah jaaaHaa amalkan selalu.
Income tok negara katanya... Haaaa, hambek... yg penjenayah2 sume pakat masuk. |
|
|
|
|
|
|
|
dia kira 200gm ni sama mcm weed 200gm jugak ke agaknya?
masak dik non |
|
|
|
|
|
|
|
Tolong la perketatkan syarat deme2 ni yg konon nak further study kat sini. Banyak yg merosakkan anak bangsa dari yg benar2 dtg utk sambung belajar. Values utk ekonomi la sgt |
|
|
|
|
|
|
| |
|