CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4877|Reply: 35

[Borneo] [ Edisi Padan Muka ] Padah tular 'tak pernah kena walau satu dozz pun boleh dine

[Copy link]
Post time 24-9-2021 08:00 AM | Show all posts |Read mode
Tindakan seorang peniaga memuat naik hantaran di media sosial makan di kedai berserta gambar tanpa menerima suntikan vaksin mengundang padah apabila dipanggil pihak berkuasa untuk siasatan.


Hantarannya menerusi akaun Facebook (FB) yang dibuatnya pada 11 September lalu menjadi tular selepas seorang pengguna Twitter membuat tangkap layar hantaran itu dan ciapan dikesan pihak berkuasa semalam.

Peniaga terbabit menerusi hantarannya di FB menyatakan, "Tak pernah kena walau satu dozz pun boleh dine in juga... Gumonim.. Semua".

Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata, bertindak daripada tular ciapan itu, pihaknya mengesan pemilik akaun FB terbabit dan lelaki berkenaan kemudiannya dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh bagi membantu siasatan.

"Lelaki itu hadir ke IPD Pasir Puteh semalam untuk diambil keterangan dan telefon bimbitnya juga dirampas sebagai bahan bukti.

"Daripada rakaman percakapan didapati gambar yang dimuat naik itu adalah foto individu yang tidak dikenali yang diambil di dalam kumpulan WhatsApp.

"Lelaki itu juga menyatakan tujuannya memuat naik gambar itu hanyalah untuk bergurau sahaja dan tiada niat lain," katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Shafien berkata, lsiasatan lanjut mendapati lelaki berusia 43 tahun itu masih belum mendaftarkan diri untuk menerima suntikan vaksin atas alasan mahu melihat terlebih dahulu jika ada sebarang tindak balas yang tidak diingini oleh penerima vaksin lain.

Menurutnya lagi, lelaki itu kemudiannya dilepaskan dengan jaminan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 269/506(b) Kanun Keseksaan (KK).

"Siasatan juga dibuat mengikut Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Seksyen 233 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-9-2021 08:07 AM | Show all posts
"Lelaki itu juga menyatakan tujuannya memuat naik gambar itu hanyalah untuk bergurau sahaja dan tiada niat lain," katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Shafien berkata, siasatan lanjut mendapati lelaki berusia 43 tahun itu masih belum mendaftarkan diri untuk menerima suntikan vaksin atas alasan mahu melihat terlebih dahulu jika ada sebarang tindak balas yang tidak diingini oleh penerima vaksin lain.

yer lah bergurau jer ...
tapi...?
nak nengok dulu ... ada respon ke tak...
kalo ada segeng ... apalagi lah kan ...

sebab sendiri pun lom vaksin lagi... ada niat lain la tu ...


Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2021 10:14 AM | Show all posts
dan dan ngaku gambo org lain..
ingat set2 bbnu je suka upload bragging kat socmed, dh tua2 bangka pon sama 2x5 sama2 bodoh.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2021 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
bangang tak bertempat. Golongan yg gurau bodo/provoke orang macam ni la yg menaikkan darah orang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2021 01:48 PM | Show all posts
DayangKirana replied at 24-9-2021 10:14 AM
dan dan ngaku gambo org lain..
ingat set2 bbnu je suka upload bragging kat socmed, dh tua2 bangka p ...
haha jangan ...

yang tua2 baru kenal FB apa semua tu ... lagi ligat dari BBNU

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2021 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Gurau la sangat.. Dah habis kelakar la tuu.. Mmg kena ngan titlr.. Edisi padan muka!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-9-2021 02:45 PM | Show all posts
sume nk dijadikan bahan gurauan ... upload kat medsoc plak ... kan dah mendapat. menyusahkan diri sendiri ....
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2021 03:13 PM | Show all posts
Jenuh Iols baca dua tiga kali ayat gumonim tu, ingat lidah jer pelat, jari pun pelat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-9-2021 03:15 PM | Show all posts
azie5zoe replied at 24-9-2021 03:13 PM
Jenuh Iols baca dua tiga kali ayat gumonim tu, ingat lidah jer pelat, jari pun pelat.


apa makna nya ey ...?

bunyi macam good morning ...



Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2021 03:20 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 24-9-2021 03:15 PM
apa makna nya ey ...?

bunyi macam good morning ...

Rasanya good morning tu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2021 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 24-9-2021 08:07 AM
yer lah bergurau jer ...
tapi...?
nak nengok dulu ... ada respon ke tak...

-Dia nak tengok respon kan ? Mmg betul dapat respon.
-Kena panggil kat balai.
Kalau nasib bertambah xbaik, kes dia disiasat under 3 seksyen tu semua kena naik court.

Unnecessary burden kan?
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2021 03:31 PM | Show all posts
Gumonim = good morning sskjp
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2021 03:34 PM | Show all posts
azie5zoe replied at 24-9-2021 03:20 PM
Rasanya good morning tu..
haha mesti tergeliat juga nak menyebut nya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2021 03:34 PM | Show all posts
fatinandreanna replied at 24-9-2021 03:29 PM
-Dia nak tengok respon kan ? Mmg betul dapat respon.
-Kena panggil kat balai.
Kalau nasib berta ...
pikir dapat penyokong ...

rupa2 nya dapat bala

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2021 03:35 PM | Show all posts
lapar perhatian, xpasal2 ke balai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2021 03:35 PM | Show all posts
KamikuP replied at 24-9-2021 03:31 PM
Gumonim = good morning sskjp
kita lak dok pusing mikir pa menda  ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-9-2021 03:36 PM | Show all posts
squeeze replied at 24-9-2021 03:35 PM
lapar perhatian, xpasal2 ke balai
nak tips dari rakan setakvaksin la kot ...

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2021 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Penolak vaksin ni kan, bangang dan suka buat provokasi mmg berpisah tiada. Diorg ni makan apa jadi bodoh. Curious iols
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2021 04:09 PM | Show all posts
_blackbird replied at 24-9-2021 04:04 PM
Penolak vaksin ni kan, bangang dan suka buat provokasi mmg berpisah tiada. Diorg ni makan apa jadi b ...
baca doa makan tak betul ...kot


takat takmo vaksin dan dendiam jer ... tu kita tak kisah la kan ...

ni dah la takmo ... banyak buat hal... kulu kilir kata nak hak nak hak... ades ...


Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2021 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 24-9-2021 04:09 PM
baca doa makan tak betul ...kot



Kan.. hak apa yg dia perjuangkan pon kita tak Tahu. Kat tempat iols ni mana2 regular customer mmg yg sebelum covid dari breakfast, lunch, teatime melepak kat kedai tu mmg tokey kedai bg je dine in kalau tak vaksin pon tapi takyah la kecoh bgtau 1 dunia.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54459 Replies : 20
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54446 Replies : 4
Filem Filem Hebat Karya Pengarah Woody Allen
mat_arofFilem Filem Hebat Karya Pengarah Woody A
Views : 10545 Replies : 33
Mutu penganjuran konsert Biduanita-Judika hauk (taraf funfair ramai rasa tertipu)!!
maklukpenggodaMutu penganjuran konsert Biduanita-Judik
Views : 18723 Replies : 31
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 282688 Replies : 8340
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 2266 Replies : 18
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 64501 Replies : 396
'Tak takut ke esok Allah hisab?'- pendedahan bekas kontraktor Che Ta
maklukpenggoda'Tak takut ke esok Allah hisab?'
Views : 41684 Replies : 147
Sekumpulan Wanita Kongsi Tidak Mahu Lelaki Kelantan yang mereka takkan ‘date’ atau menjalinkan hubungan cinta.
YgBenarSekumpulan Wanita Kongsi Tidak Mahu Lela
Views : 2929 Replies : 0
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 98662 Replies : 1017

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.123072 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list