View: 1886|Reply: 4
|
Tewaskan PDRM, Pemain Negeri Sembilan Merajuk Pingat Tak Cukup
[Copy link]
|
|
Permainan akhir Liga Perdana pada musim ini menyaksikan pasukan Negeri Sembilan berjaya menewaskan pasukan PDRM dengan mata 4-2 di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi.
Meskipun stadium tidak dapat dipenuhi dengan penyokong susulan pematuhan prosedur operasi standard (SOP), namun kemeriahan tetap dirasai dalam acara penyampaian trofi dan pingat buat pasukan berkenaan.
Manakala bunga api turut dilepaskan di luar perkarangan stadium untuk meraikan kemenangan bersama peminat sukan bola sepak.
Namun, tular di laman sosial apabila salah seorang pemain import pasukan berkenaan iaitu Francis Kone merajuk kerana pingat yang diagihkan tidak mencukupi.
Beberapa rakan pemain yang lain pula dilihat cuba untuk memujuk dan menceriakan semula mood atlet terbabit.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut dengan ‘drama’ berkenaan. Malah, ramai mempertikaikan kesilapan seperti itu tidak sepatutnya berlaku.
Namun difahamkan, jumlah pingat terpaksa dibahagi dua dengan satu lagi lokasi untuk persediaan jika Sarawak United memenangi liga tersebut.
Sumber: Kisah Dunia |
|
|
|
|
|
|
|
Dapnyehhhhh masing2 pemain bola |
|
|
|
|
|
|
|
Olololooooo hati tissu nyehhhh {:iwant
Badan besar, tapi tersentap di jiwa bila tak dpt pingat nehhh. Olo olo bucuk olowatudimalunggumumbatu. |
|
|
|
|
|
|
|
Mau tak sentap.. 90 min main perah keringat satu pingat pun yilekk.. kunji betoi |
|
|
|
|
|
|
| |
|