View: 7974|Reply: 23
|
[Borneo]
Polis syor hadkan pengeluaran lesen memandu kepada warga emas
[Copy link]
|
|
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesyorkan kepada kerajaan agar mengehadkan pengeluaran lesen memandu kepada warga emas.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata antara faktor yang menyumbang kepada kemalangan adalah kerana warga emas memandu kenderaan dalam keadaan mereka tidak sihat sepenuhnya.
Beliau berkata kumpulan warga emas seharusnya menjalani pemeriksaan kesihatan serta mendapatkan surat daripada doktor terlebih dahulu untuk mengesahkan bahawa mereka sihat untuk memandu.
“Apabila mencapai usia warga emas, banyak penyakit yang datang, antaranya penyakit Alzheimer dan penglihatan tidak terang. Faktor ini secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kemalangan di jalan raya.
“Terdapat kes sebelum ini seorang warga emas memandu kenderaan dengan memasuki lorong motosikal. Maka kerajaan perlu meneliti dan mengkaji berhubung pengeluaran LKM kepada golongan warga emas,” katanya dalam sidang media di Ibu pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.
Beliau memberi contoh sekiranya seseorang warga emas berusia 70 tahun memperbaharui LKM bagi tempoh lima tahun, ia tidak sesuai sama sekali kerana faktor usia.
Sementara itu Azisman turut mencadangkan kepada kerajaan untuk mengeluarkan satu polisi bagi motosikal yang berkuasa rendah agar tidak mengeluarkan bunyi bising.
“Polisi berkenaan diperlukan kerana rata-rata motosikal berkuasa rendah ini banyak diubah suai ekzosnya yang mengeluarkan bunyi bingit dan tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan,” katanya.
Mengulas mengenai statistik kemalangan jalan raya, Azisman berkata motosikal masih menjadi faktor penyumbang utama kemalangan yang masih meningkat.
“Kemalangan motosikal masih tinggi iaitu 70 peratus melibatkan 2,075 kematian bagi tempoh awal tahun ini hingga Ogos lepas,” katanya.
Selain itu menurutnya kemalangan kedua tertinggi melibatkan kereta iaitu 450 kematian, diikuti pejalan kaki (168), lori (87), basikal (54), kenderaan pacuan empat roda (53) dan bas (1) bagi tempoh yang sama.
— BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
Setuju. Bnyk den jumpa warga emas drive aiyyo.. blh plk pak cik tu bw slow duduk lorong tgh dkt jalan 3 lorong yg sibuk. Abes jamed jalan berkilo2. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by SalenaGomez at 25-9-2021 09:19 AM
Setuju tp maybe kena impose condition…kalau diluar bandar, better benarkan sbb susah juga kalau nak dptkan keperluan asas sbb kat luar bandar x ramai org muda…taxi, grab pon x byk
Kalau kawasan bandar better limitkan pengeluaran lesen or renewal lesen utk warga emas…sbb kat bandar byk grab n delivery service..so warga emas ada choice utk x drive
Perkara ni x susah nak impose sbb jpj boleh rely pada data bancian utk check demographic sesuatu tempat |
|
|
|
|
|
|
|
sama ...
tapi berlainan Board ...
kalau sama Board ... tu baru kena tutup 
Berita ni juga sesuai untuk Warga Borneo ... sebagai info dan sebagai sembang2 mereka kat sini ... samada mereka setuju ke tak atau ada cadangan lain nya ...
|
|
|
|
|
|
|
|
kat luar bandar x ramai org muda…taxi, grab pon x byk ada tempat memang tak ada pun taxi dan grab ni ...
|
|
|
|
|
|
|
|
setuju juga, pernah nampak acik tua ni langgar lampu isyarat, dia x laju pun, may be mata dia dah x brapa nampak lampu tu, sebb masa tu senja, nasib kereta dari sebelah sana x ada |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak kali dah aku kena dgn orang tua ni. Tetiba melintas ke seberang tak tengok belakang. Nasib baik aku tak sodok dari belakang. Tapi berdecit jugaklah tayar time brake tu. Bile kite marah buat muke macam takde pape. Pekak agaknya. |
|
|
|
|
|
|
|
imanjannah replied at 25-9-2021 12:24 PM
setuju juga, pernah nampak acik tua ni langgar lampu isyarat, dia x laju pun, may be mata dia dah x ...
Ya Tuhan, kalu betul x nmpk, bahayanya keadaan gitu. Bleh membahayakan nyawa org len gk. Wajar jg utk driver kategori2 seumpama ni ambil ujian tertentu sprt buta warna sblm renew lesen. |
|
|
|
|
|
|
|
Start umur 60 je kena review yearly baru la berkesan.. kalau yang pendalaman tu maybe 2 tahun sekali. Walaupun tak banyak kereta tapi akan membahayakan pemandu tu sendiri dan pejalan kaki. Kalau malam lagi lah bahaya.. Gelap Tak nampak clear jalan yang curam, orang berjalan etc |
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 25-9-2021 09:46 AM
ada tempat memang tak ada pun taxi dan grab ni ...
Walaupun ada grab/taxi, tak semua mampu nak bayar. Kalau nak g kedai takkan nak jalan kaki |
|
|
|
|
|
|
|
yang ni FC setuju ...
ramai yang rabun tapi takmo pula tu pakai spek ...
|
|
|
|
|
|
|
|
kena ambik balik lesen la kot ...
terutama yang kat bandar2
|
|
|
|
|
|
|
|
setuju saranan ni ...
bukan nak menyusahkan ... tapi sebab kita sayang mereka ...
|
|
|
|
|
|
|
|
nak tukar tong gas ... tak kan nak pikul kan ...
|
|
|
|
|
|
|
|
setuju.. yang paling kerap jumpa drive terlampau perlahan..
bila ada chance nak potong dah terfikir nak bagi hon je tapi bila tengok orang tua yang drive terus tak sampai hati huhu |
|
|
|
|
|
|
|
lain pula kat sini ...
ramai yang memotong cara bahaya ... main potong jer walaupun depan tu blind spot
tapi kita setuju jer la kan ... jika tu untuk kebaikan semua ... lagi2 kat bandar besar
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|