CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2296|Reply: 3

[Borneo] K'jaan kaji suntikan Sinovac, pastikan semua vaksin Covid-19 berkesan

[Copy link]
Post time 25-9-2021 10:08 AM | Show all posts |Read mode


Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberi jaminan bahawa semua vaksin Covid-19 di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan sangat berkesan untuk mencegah kematian dan penyakit teruk akibat jangkitan berkenaan.

Namun, katanya, KKM melakukan kajian lebih lanjut mengenai vaksin Sinovac, termasuk kemungkinan memberikan suntikan penggalak bagi penerima.

Ini selepas kementerian mengumumkan hasil kajiannya semalam, yang mendapati vaksinasi penuh mengurangkan risiko jangkitan sebanyak 88 peratus.

Di kalangan individu yang dijangkiti, ia mengurangkan risiko kemasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebanyak 83 peratus dan kematian sebanyak 88 peratus, berbanding dengan individu yang tidak divaksinasi.

Bagaimanapun, prestasi vaksin Sinovac - walaupun tinggi - ketinggalan berbanding vaksin dari Pfizer dan AstraZeneca.

Pada sidang media di Putrajaya hari ini, Khairy berkata perkara itu perlu dikaji lebih teliti untuk menentukan sama ada perbezaan itu disebabkan oleh vaksin itu sendiri, atau faktor lain.

"Kita kena buat kajian yang lebih mendalam untuk menentukan sama ada ia adalah disebabkan oleh jenis vaksin ataupun perkara-perkara lain seperti maklumat berkenaan dengan patient (pesakit) tersebut, ataupun waktu mereka dijangkiti sama ada penularan varian of concern dan sebagainya.

"Jadi, analisis yang lebih luas ini sedang dilakukan sekiranya didapati bahawa antara sebab adalah jenis vaksin, maka kita akan mengambil kira perkara tersebut dalam pemberian dos penggalak.

"Tapi buat masa ini, saya rasa yang penting adalah semua vaksin dalam portfolio Malaysia berkesan dan telah mengurangkan kematian dan kemasukan ICU. Itu adalah perkara yang paling penting, ”katanya.

Koh Jun Lin

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2021 12:46 PM | Show all posts
tak lah kj. iainya sebab made & design by china. sejak bila pula produk keluaran china ni berkualiti dan tahan lama. tgk je la kereta naza ria spec china, kereta mmg harga murah  RM15k marhean pon mampu beli cash tapi nak cari sparepart takda. nak pakai part naza ria malaysia tak boleh. warranty ke laut spare part mahal
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2021 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
"saiya suka malesia..kita bangla kasi pfizer...sendiri rakyat kasi sinovac....Malesia Boleh...kahkahkah..."-Abangla
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 01:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Iyolaaaahhh pak kj
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.932598 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list