CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3172|Reply: 22

[Dunia] Kajian Ketum Penyelidik USM Menang Anugerah Penyelidikan George Foster Jerman be

  [Copy link]
Post time 25-9-2021 12:50 PM | Show all posts |Read mode
https://sahih.com.my/penyelidik- ... lidikan-antarabang/

PENYELIDIK USM KAJI KETUM MENANG ANUGERAH PENYELIDIKAN ANTARABANGSA

Penyelidik dari Pusat Penyelidikan Dadah Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Zurina Hassan menerima anugerah penyelidikan antarabangsa pada 4 Ogos lalu.

Penyelidik berasal dari Pulau Pinang itu menerima anugerah penyelidikan Georg Forster daripada Yayasan Alexender Von Humbolt Jerman di atas kajiannya berkenaan ketum.


Daun ketum yang menjadi kajian Prof Madya Zarina Hassan yang memenangi anugerah antarabangsa
Beliau seorang pensyarah dalam bidang farmakologi, Zurina menyertai pemenang lain dan diberikan dana berjumlah 60,000 euro (RM294,679) untuk menyambung penyelidikannya di negara itu.

“Untuk program ini, saya diberi tempoh enam hingga 12 bulan untuk selesaikan kajian dengan dana sebanyak 60,000 euro disediakan.

“Saya bercadang untuk pergi ke Universiti Erlangen, Jerman bagi memulakan kajian saya pada Januari tahun depan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini  hari ini.

Zurina, 45, berkata penyelidikannya dilihat bagaimana ketum dapat memberi kesan kepada ingatan manusia dan menyebabkan ketagihan.

“Saya nak lihat macam mana ketum akan ‘bekerja’ apabila masuk ke badan manusia, contohnya berapa dos yang boleh menyebabkan ketagihan dan berapa dos yang beri kesan kepada memori manusia,” katanya yang telah membuat penyelidikan berkenaan dengan ketum sejak 2010.

Selain itu, dia juga berhasrat untuk membawa hasil penyelidikannya berkenaan bunga telang dan potensinya untuk merawat penyakit dementia dan alzheimer untuk dibincangkan di Jerman.

“Saya turut menggunakan bunga telang yang biasa kita buat nasi kerabu, untuk memulihkan ingatan terutamanya orang-orang tua yang selalu lupa.

“Kalau boleh saya nak bawa pergi ke sana untuk bertanya dan berbincang dengan mereka berkenaan cara untuk komersialkannya dan bercadang untuk jadikannya dalam bentuk kapsul dan boleh dijual di pasaran,” katanya lagi.

Zurina merupakan penasihat pakar sementara Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2015 dan 2016.

Dia juga pernah dijemput oleh Institut Penyalahgunaan Dadah Kebangsaan (Nida) untuk membentangkan kajian berkenaan ketum di San Diego, Amerika Syarikat.

Mengulas tentang pemilihannya, Zurina berkata, ia bukanlah perkara mudah kerana dia perlu bersaing dengan lebih dua ribu penyertaan dari seluruh dunia dan hanya sepuluh penyelidik yang akan terpilih.

“Cabaran memang berat kerana kebanyakan mereka yang terpilih adalah profesor yang sangat berkaliber,” katanya.

Katanya lagi, pihak Jerman menganjurkan program tersebut untuk menggalakkan penyelidik dari luar – terutama di negara membangun yang menyumbang kepakaran masing-masing kepada institusi penyelidikan di sana.

“Anugerah ini berdasarkan pencapaian kita dalam penyelidikan yang dibuat sebelum ini, tujuannya adalah untuk kita kongsikan kepakaran kita di sana, jadi ia akan banyak memberi faedah kepada mereka,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2021 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
esok negara luar patenkan ketum. kita melopong la tgk
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2021 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu buat kapsul ketum bgs gak x payah aku rebus dah.oder je dr farmasi
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2021 01:14 PM | Show all posts
TuntungReturn replied at 25-9-2021 12:54 PM
esok negara luar patenkan ketum. kita melopong la tgk

negara mat saleh ni bijik - adakan pertanding beri hadiah tinggi- lepas tu idea kita dia kebas  dan di komesialkan.

sama dengan marketing exam kat UK - dia beri tajuk mcm mana nak buat syarikat ni maju. Then yg bagus diambilnya jual kat syrikat yg memerlukan.

samalah dgn proposal kat bank atau kerajaan- sataff bank dan kerajaan ambil dan jual -yg buat proposal bagai nak rak - dia tidak dilayan,
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2021 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Iol ingat lgi berita kat tv kluar budak2 uni rasanya..dorang kunyah ketum ke ganja iol tak ingat Yang pasti dorang kata Bantu untuk fokus utk exam
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2021 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg pelik kita haramkan ketum bagai nk rak, kt tv siap tunjuk berlori2 daun ketum kena rampas.   Kokesen buat kajian pastu jual buat untung....yg kita balik semula zmn kena jajah, hasil timah  besi, getah mat saleh yg sapu....lps tu meroyan kena tindas kena jajah, kokesen x adil
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-9-2021 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
TuntungReturn replied at 25-9-2021 12:54 PM
esok negara luar patenkan ketum. kita melopong la tgk

Ketum haram pun pakat ramai anak kedah hancur dek ketum..tgk jelah anak2 muda kedah tu kebanyakkan taik dadah
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2021 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
weezerfan replied at 25-9-2021 01:52 PM
Ketum haram pun pakat ramai anak kedah hancur dek ketum..tgk jelah anak2 muda kedah tu kebanyakkan ...

Iol dgr yg tu sbb dh campur dgn dadah. Xtaulah sjauh mna betulnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2021 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Drmu replied at 25-9-2021 01:58 PM
Iol dgr yg tu sbb dh campur dgn dadah. Xtaulah sjauh mna betulnya

campur coke, ubat batuk nk bagi high
takdenya depa nk minum mcm tu je..org2 tua boleh la..
tau jela melayu ni bab2 ni mmg win la
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2021 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
weezerfan replied at 25-9-2021 01:52 PM
Ketum haram pun pakat ramai anak kedah hancur dek ketum..tgk jelah anak2 muda kedah tu kebanyakkan ...

setuju sgt..kalau dah x haram x tau la mcm mana lagi rosaknya bdk2 kt kg tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2021 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Ketum ni pun patut research as ubat sapu tahan sakit untuk arthritis ke camtu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2021 03:34 PM | Show all posts
weezerfan replied at 25-9-2021 01:52 PM
Ketum haram pun pakat ramai anak kedah hancur dek ketum..tgk jelah anak2 muda kedah tu kebanyakkan ...

ada data ke budak kedah hancur dek ketum? Ke sebab syabu?
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2021 03:40 PM | Show all posts
Aku pernah komen kat Youtube Ustaz Shahul Hamid. Dia kata, kawan dia kat USM buat kajian pasal ketum 15 tahun dan hasilnya mengatakan bahawa ketum ni tak de sebarang manfaat. Aku komen, sure kawan hang tu pi kerja tak buat kerja..tidoq saja.. sedangkan, pada masa yg hampir sama, sekumpulan budak sekolah asrama penuh menang anugerah pasal kajian ketum depa.. pastu, komen aku kena delete dengan admin.

Kalau pun benci dengan peminum ketum, tak perlu la menggelabah label itu ini...

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2021 03:43 PM | Show all posts
Jenis palatao


Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2021 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Lpstu jerman la dpt patent....untunglah
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2021 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
najib888 replied at 25-9-2021 03:34 PM
ada data ke budak kedah hancur dek ketum? Ke sebab syabu?

Permulaannya ketumlah..lepas tu campur segala jenis ngan ketum jadilah taik dadah sampai kesudah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2021 01:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena paten copyright bagai tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 02:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Zurina, 45, berkata penyelidikannya dilihat bagaimana ketum dapat memberi kesan kepada ingatan manusia dan menyebabkan ketagihan.

Apa result kajian dia ni?
Apa kesan pada ingatan manusia? Baik ke x.
Sebabkan ketagihan tak? Benda ketagih ni x bagus kann.

Gantikan morphine dan jadi painkiller. Baguslah.. tapi morphine pain killer yg lain mcm.celebrex pon x bagus amalkan selaluu.. ada effect lain

Apa result sebenarnya. Bagus ke x.
Yg aku tahu dulu usm ni tgh buat study utk dapatkan kelulusan utk gazetkan undang2 ketum ni part of dadah juga.. tapi x berjaya lagi ke? Dah lebih 10 thn aku rasa diorang buat kajian ni..tup2 skang keluar kajian ketum lagi bagusss..  
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 25-9-2021 01:19 PM
Yg pelik kita haramkan ketum bagai nk rak, kt tv siap tunjuk berlori2 daun ketum kena rampas.   Koke ...

supposed kalau kena tangkap tu letak tajuk rampasan dadah yg tersembunyi disebalik air ketum. tapi kalau nak highlightkan “ketum” sbg tajuk utama… mmg dpt nama buruk
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Dr zurina ni kepakaran dia dlm bidang nuerosains yg berkaitan otak.. Di sebelah utara ni kebanyak kan yg mengambil air ketum terdiri dr nelayan penoreh getah. mereka jadikan air ni sbg tonik. malangnya kebanyakkan dr mereka telah menambah ketum+coke atau panadol atau apa2 barang yg boleh menyebabkn ketagihan dan khayal. bila depa buat urine test kebanyakkn positiflh.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:32 PM GMT+8 , Processed in 1.147428 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list