CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2281|Reply: 4

[Sabah] PGA Sabah Rampas Kulit Kayu Tangar Benilai RM350,000

[Copy link]
Post time 25-9-2021 11:32 PM | Show all posts |Read mode


Anggota Batalion 20 PGA Beluran bersama agensi lain memeriksa bot membawa muatan kulit kayu tangar yang dicuri dari Hutan Simpan Kuala Sungai Paitan. – Foto ihsan PGA Sabah

KOTA KINABALU: Operasi Op Khazanah Bersepadu menemui 10,000 kilogram kulit kayu tangar dipercayai dicuri dari Hutan Simpan Kuala Sungai Paitan, Sungai Sugut, Pulau Jambongan, Beluran, semalam.

Dalam operasi jam 2 petang itu, kayu berkenaan ditemui ditinggalkan dalam sebuah bot dipercayai dari Filipina.

Bot bersama kulit kayu tangar dilupuskan dengan membakar semua termasuk bot yang disyaki dari Filipina.

Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Abdul Rani Alias, berkata operasi dijalankan pegawai dan anggota Batalion 20 PGA Beluran dengan kerjasama Jabatan Perhutanan dan Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF).

Katanya, ketika rondaan pasukan operasi menemui sebuah bot berserta enjin yang tidak berdaftar dipercayai digunakan penceroboh.

Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Abdul Rani Alias, berkata operasi dijalankan pegawai dan anggota Batalion 20 PGA Beluran dengan kerjasama Jabatan Perhutanan dan Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF).

Katanya, ketika rondaan pasukan operasi menemui sebuah bot berserta enjin yang tidak berdaftar dipercayai digunakan penceroboh.

“Pasukan operasi terus melakukan pemeriksaan di kawasan sekitar dan tidak menemui mana-mana individu atau kesalahan lain di lokasi.

“Rampasan kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Perhutanan untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Abdul Rani berkata, semua kayu yang ditemui dianggarkan bernilai RM350,000 berdasarkan harga pasaran semasa.

Katanya, bot yang digunakan pula dianggarkan bernilai RM80,000 dan menjadikan nilai keseluruhan rampasan sebanyak RM450,000.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 23 Enakmen Perhutanan 1968 dan Peraturan-Peraturan Hutan 1969.

“Jabatan Perhutanan kemudiannya melupuskan dengan membakar semua kulit kayu berkenaan termasuk bot ,” katanya. – BH Online


sabahpost.net/2021/09/25


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2021 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Kulit kayu tu depa nak buat ape?
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 12:56 PM | Show all posts
Gomea replied at 26-9-2021 12:03 AM
Kulit kayu tu depa nak buat ape?
haha FC pun tertanya2 tadi ...

hasil tanya acik Google ... kata nya salah satu kegunaan untuk buat arak kat Pilipin

dan satu lagi kegunaan sebagai bahan pewarna ...


Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 11:08 PM | Show all posts
ingatkan kulit kayu manis td

tp pasai pa p bakaq semua tu...bleh buat duit apa....ish
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 06:37 AM | Show all posts
musangbodoh replied at 26-9-2021 11:08 PM
ingatkan kulit kayu manis td

tp pasai pa p bakaq semua tu...bleh buat duit apa....ish
takmo la kot nanti d kata memacam ...

gambar bakar tu ... kira bukti mereka dah lupus kan

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 05:49 PM GMT+8 , Processed in 0.122666 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list